Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Mesilou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Kebangsaan Mesilou atau nama ringkasnya SK Mesilou, merupakan Sekolah Kebangsaan yang terletak di Daerah Ranau.

Pada 2000, Sekolah Kebangsaan Mesilou memiliki N/D pelajar lelaki dan N/D pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 60 orang. Ia mempunyai seramai 3 orang guru.2000

Sekolah Kebangsaan Mesilou
Lokasi
Beg Berkunci No.08, 89300, Ranau, Sabah
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBerilmu, Berwawasan, Berakhlak
Ditubuhkan2000
Nombor sekolahTIADA
Kod sekolahXBA5471
FaksTIADA


SK Mesilou sebelum ini dikenali sebagai SK Kundasang Cawangan Mesilou ditubuhkan pada Tahun 2000 hasil usaha gigih dan pemuafakatan penduduk kampung Mesilou yang menyedari betapa pentingnya ilmu pengetahuan kepada generasi akan datang.Tambahan lagi, kos tambang mencecah RM60 sebulan bagi seorang murid menjadi bebanan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka bersekolah di SK Kundasang yang jaraknya sejauh 7.6km sehala. Keadaan ini menyebabkan segelintir anak-anak mereka jarang datang ke sekolah menyebabkan mereka tergelincir dalam pelajaran.

Atas kesedaran inilah yang akhirnya membawa kepada suatu perjumpaan perbincangan di antara Puan Winnie Awang Guru Besar SK Kundasang, En Lasim Batindo Ketua Kampung Mesilou dan En Ajmain Harun Pengerusi JKK menemui En Adzman Manaf Pegawai Pelajaran Daerah Ranau pada ketika itu. Mesyuarat kemudiannya bersetuju untuk menubuhkan sekolah cawangan dengan syarat bilik darjah atau bangunan sekolah sementara mesti didirikan dahulu.

Pada awal penubuhan hanya tiga buah bilik darjah diwujudkan iaitu Tahun 1, 2 dan 3 dan sebuah bilik guru. Manakala muridnya pula adalah sejumlah 60 orang sahaja dengan 3 orang guru. Pada tahun 2001, sebuah bilik darjah lagi dibina oleh penduduk kampung dan pertambahan guru seramai 2 orang.

Pada tahun 2009, Sekolah Cawangan ini telah mendapat pengiktirafan sebagai sebuah sekolah bersendiri dan berpisah secara rasminya dengan SK Kundasang.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Mesilou
Beg Berkunci No.08
89300, Ranau
Sabah, Malaysia
Telefon = TIADA
Faks = TIADA

Pautan Luar

[sunting | sunting sumber]