Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur
Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Jalan Matang Gelugor, 34750, Matang,, Perak Darul Ridzwan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 601165750547 |
Kod sekolah | ABA6006 |
Pengerusi PIBG | Encik Abdul Rahman bin Said |
Guru besar | Encik Omar bin Ibrahim |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Shaharil bin Saidin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Encik Mohd Jaiza bin Zainal |
Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur atau nama ringkasnya SK Matang Gelugur, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Jalan Matang Gelugor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur memiliki 61 pelajar lelaki dan 48 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 109 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur ini dibina oleh penjajah British pada tahun 1826 dengan nama Sekolah Melayu Matang Gelugur yang terletak di Kampung Matang Gelugur, Matang, Perak, jaraknya lebih kurang 10km dari bandar Taiping. Di awal penubuhannya sekolah ini mempunyai 11 orang murid dan seorang guru sukarela. Sekolah ini pada peringkat awalnya dibina oleh penduduk kampung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dipersekitaran setempat. Ianya lebih merupakan sebuah pondok beratap nipah, berdinding tepas, bertiang nibung dan berlantaikan tanah.
Pada tahun 1860 sekolah ini berpindah ke Kampung Matang Gelugur Tengah dengan bilangan murid 30 orang. Pada tahun 1890 sebuah bangunan kayu yang berukuran 24 kaki lebar dan panjang 60 kaki berbumbung genting telah dibina di atas tanah yang dihadiahkan oleh Tuan Ali Bashah. Sebuah rumah guru juga dibina bersebelahan bangunan tersebut. Sekolah Melayu Matang Gelugur ini ditukarnya namanya kepada Sekolah Umum Matang Gelugur pada tahun 1946. Kemudian pada tahun 1957 nama sekolah ini bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur. Pada tahun 1983, sebuah bangunan dua tingkat dibina berhampiran sekolah asal. Bangunan ini mempunyai 6 bilik darjah, 1 pejabat dan , 1 perpustakaan. Sebuah bangunan kantin turut dibna bersebelahannya. Bilangan murid pada waktu itu berjumlah 200 orang.
Kini Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur telah diwartakan dan mendapat pengiktirafan dari pihak Muzium Perak sebagai sekolah pertama didirikan di negeri Perak. Sebagai penghargaannya gambar bangunan asal sekolah ini telah diabadikan di Muzium Perak Darul Ridzuan di Kota Ngah Ibrahim, Matang. Masa berlalu, zaman berubah, kini Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur terus berfungsi dan menabur baktinya kepada penduduk Matang Gelugur.
SENARAI NAMA GURU BESAR
1826-1830 Encik Khamis
1830-1919 Tiada rekod
1920-1923 Encik Basharuddin
1923-1924 Encik Saad
1924-1933 Encik Majid bin Kulub Mahmud
1934-1952 Encik Tajuddin
1952-1957 Encik Shahabuddin
1957-1967 Encik Md Hashim bin Mat Isa
1967-1973 Encik Majid bin Hussain
1974-1981 Encik Mohd Tamin bin Md Desa
1981-1984 Encik Abu Hassan bin Md Saman
1984-1986 Encik Mokhtar bin Mohd Noor
1987-1989 Encik Adnan bin Saidi
1989-1995 Tua Haji Kamaruddin Sohaimi bin Mohd Ali
1995-1996 Encik Abdullah bin Haji Enon Jabadin
1996-1998 Encik Mohamed Shariff bin Mat Ali
1998-2000 Encik Mustafa bin Dahalan
2000-2003 Puan Hajah Salbiah binti Che Din
2003-2006 Puan Hajah Intan bin Sulaiman
2006-2008 Encik Ab Rahman bin Ab Majid
2008-2010 Tuan Haji Mohd Nasir bin Abu Bakar
2010-2012 Puan Hajah Hasnah binti Abdullah
2012-2013 Puan Marradziah binti Mokhtar
2013-2014 Puan Hajah Norizan binti Haji Musib
2014-2016 Encik Rosli bin Ahmad
2016-2017 Puan Hajah Masitah binti Ahmad
2017 - Encik Omar bin Ibrahim
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Matang Gelugur
- Jalan Matang Gelugor
- 34750, Matang
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 601165750547
- Emel : ABA6006@moe.edu.my