Sekolah Kebangsaan Long Lapok
Sekolah Kebangsaan Long Lapok | |
---|---|
Lokasi | |
D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram, 98050, Marudi,, Sarawak Bumi Kenyalang Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 0132860045 |
Kod sekolah | YBA4308 |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Long Lapok atau nama ringkasnya SK Long Lapok, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Long Lapok memiliki 165 pelajar lelaki dan 168 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 333 orang. Ia mempunyai seramai 24 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Long Lapok telah mula beroperasi pada 31 Januari 1988. Pembukaanya bertujuan bagi memberi pendidikan kepada anak-anak penduduk di sekitar kawasan yang berdekatan. Guru pertama yang berkhidmat ketika itu ialah Guru Joshua Jenau selaku Guru Besar dan juga guru kelas. Seramai 42 orang murid telah memulakan sesi persekolahan bertempat di bawah rumah Encik Along Engan.
Guru Besar terpaksa menumpang di rumah Encik Jerangku iaitu salah seorang penduduk rumah panjang di Rumah Encik Magilit, Kelijat Menok, Lapok. Pada masa itu tidak ada kemudahan yang sempurna. Punca air adalah dari anak sungai dan perigi yang seringkali kering dan berbau sekiranya tiada hujan dalam tempoh seminggu. Orang kampung telah bergontong royong untuk membina dua buah bilik darjah yang siap dibina pada bulan April 1988, bagi membolehkan proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan dengan sempurna. Pada awal 1990, dua buah bilik darjah dan sebuah rumah guru siap dibina dengan cara gotong-royong juga. Keseluruhan bangunan sekolah siap dibina apabila 3 buah bilik darjah ditambah pada bulan Disember 1991.
Pada tahun 2000, terdapat 6 buah bilik darjah, sebuah bilik sumber dan sebuah bilik guru telah dibina. Sehingga sekarang sekolah ini mempunyai 12 bilik darjah sebuah bilik Guru Besar, sebuah bilik Penolong Kanan, sebuah bilik guru, sebuah Pusat Sumber dan 2 buah Pra Sekolah. Kemudahan lain yang ada setakat ini ialah 13 unit rumah guru dan kakitangan, sebuah dapur RMT, sebuah padang bola sepak, sebuah gelanggang bola jaring, sebuah gelanggang badminton dan 2 buah taman permainan.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Long Lapok
- D/A Pejabat Pelajaran Daerah Baram
- 98050, Marudi
- Sarawak, Malaysia
- Telefon = 0132860045
- Fax = TIADA