Sekolah Kebangsaan Kuala Gula
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/e/ea/Sekolah_web_edit.jpg/263px-Sekolah_web_edit.jpg)
Sekolah Kebangsaan Kuala Gula atau nama ringkasnya SK Kuala Gula, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kuala Gula.
SK Kuala Gula | |
---|---|
Lokasi | |
https://goo.gl/maps/nXnxY8oMD4tNSo2t7 Kuala Kurau, Kerian, Perak Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | SK- Sekolah Kebangsaan |
Moto | "SEGULAAN, Kami Excellent" |
Nombor sekolah | 058900021 |
Kod sekolah | ABA 3038 |
Pengerusi PIBG | En. Zairi bin Mat Arshad (2022) |
Guru besar | En. Azmi bin Sadar |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Ahamad Fasial bin Abdullah |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Siti Normala bt Adris |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Muhammad Fahmi bin Mahamod |
Laman sesawang | http://segulaan.net |
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1986 Tuan Haji Hassan Bin Abdullah PMP.,AMP., Pegawai Daerah Kerian dan Tuan Haji Ismail Bin Salleh AMP., PPT. Pegawai Pelajaran Daerah Kerian telah berusaha mewujudkan sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Gula. Pada 8 Februari 1987 bangunan Sekolah Kebangsaan Kuala Gula mula didirikan melalui peruntukan Projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kos RM 50,000.00 bagi penyediaan 4 bilik darjah. Pada 28 Mac 1987 bangunan sekolah ini telahpun disiapkan. Pada 21 April 1987 seramai 35 orang murid telah mula belajar di sekolah ini dengan tenaga pengajar seramai 4 orang guru. Murid-murid ini terdiri daripada bekas murid SK Seri Pinang, SJK(T) Ladang Gula, SJK(C) Yuk Hwa dan SK Kuala Kurau.
SK Kuala Gula diletakkan di bawah Cawangan SK Seri Pinang 34400 Simpang Empat Semanggol, Perak. Tuan Haji Abdul Rahim Bin Haji Omar sebagai Guru Besar SK Seri Pinang membuat penyeliaan di sekolah ini sekali dalam seminggu. Encik Mohayiddin Bin Hasim dilantik sebagai Penyelia Sekolah ini sehinggga 15 November 1987.
Pada 1 Januari 1988 Encik Ghazali Bin Kasim telah dilantik sebagai Guru Besar sekolah ini. Dengan ini SK Kuala Gula tidak lagi menjadi cawangan kepada SK Seri Pinang.
Pada 10 Mac 1988 Kementerian Pendidikan telah meluluskan peruntukan melalui Projek Gotong Royong berjumlah RM 25,000.00 untuk membina 2 unit rumah guru.
Pada 12 September 1989 kerja-kerja membina dan menyiapkan bangunan 3 tingkat dan sebuah bangunan kantin kekal telah dimulakan di bawah peruntukan Projek Bank Dunia Ke Sepuluh dengan kos RM 823,751.70 dan penyerahan dibuat pada 7 Desember 1992.
Dari masa ke semasa jumlah murid dan guru telah bertambah secara perlahan-lahan. Sehingga kini jumlah guru adalah seramai 14 orang, seorang PTR dan seorang PRA telah berkidmat untuk murid seramai 140 murid termasuk murid Pra Sekolah.
Visi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
Misi Sekolah
[sunting | sunting sumber]Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Falsafah Sekolah
[sunting | sunting sumber]Mendidik setiap insan supaya perkembangan dirinya seimbang melalui pertumbuhan jasmani, emosi, moral dan estetika yang ada padanya untuk menjadi rakyat Malaysia yang mendukung prinsip-prinsip Rukun Negara.
Untuk mencapai falsafah tersebut maka prinsip-prinsip di bawah menjadi pegangan:
1. Bersepadu ke arah pencapaian bermutu,
2. Mentaati tatasusila profesion perguruan,
3. Memahami insan boleh dididik,
4. Memahami alam sekitar boleh mempengaruhi dan
5. Segala usaha ditumpukan kepada murid.
Moto Sekolah
[sunting | sunting sumber]""Segulaan, Kami Excellent"
Carta Organisasi
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kuala Gula
- Kuala Gula
- 34350, Kuala Kurau
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6058900021
- Fax = 6058900021
Gambar
[sunting | sunting sumber]![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/69/Aktiviti_murid.jpg/220px-Aktiviti_murid.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/6/6d/Perhimpunan_pagi.jpg/220px-Perhimpunan_pagi.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/0/02/Jom_Datang_ke_Sekolah_%28Kempen%29.jpg/220px-Jom_Datang_ke_Sekolah_%28Kempen%29.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/f/f9/Gambar_AJK_Sukan_2019.jpg/220px-Gambar_AJK_Sukan_2019.jpg)
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Laman Web Rasmi Sekolah (Versi Google Site) : http://segulaan.net
Kemaskini
[sunting | sunting sumber]Cikgu Daim - 13 Jun 2019