Sekolah Kebangsaan Kilimu
Sekolah Kebangsaan Kilimu | |
---|---|
Lokasi | |
Malaysia Pejabat Pendidikan Daerah, 89300, Ranau, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6088876300 |
Kod sekolah | XBA5466 |
Guru besar | Pn. Siti Dayang Suhaimin |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Wisnah Awang |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Siti Jubaidah Sidam |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Tuvin Siong |
Faks | 6088876300 |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kilimu |
Sekolah Kebangsaan Kilimu atau nama ringkasnya Sk.Kilimu, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Daerah Ranau.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kilimu memiliki 168 pelajar lelaki dan 140 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 308 orang. Ia mempunyai seramai 29 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah ini ditubuhkan dari usaha tiga buah kampung, iaitu kampung Kilimu, kampung Lukapan dan kampung Tanah Merah. Dengan kerjasama dan usaha JKKK dan ketua kampung Kilimu, Balairaya kampung Kilimu diubah suai menjadi bilik darjah.
Pada 27 April 1997 anak-anak dari tiga buah kampung ini yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Pekan ditarik belajar ke Kg.Kilimu menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Kilimu cawangan Sekolah Kebangsaan Pekan. Enam orang guru dipindahkan ke sekolah ini dari Sekolah Kebangsaan Pekan yang diketuai oleh En.James Saihing. Awal tahun 1998 bangunan kilat dibina atas tapak tanah sekolah dengan 3 buah bilik darjah dan 1 unit kembar rumah guru.Pada 30 Jun 1998 dengan rasminya berpisah dengan Sekolah Kebangsaan Pekan. Guru Besar pertama Sekolah Kebangsaan Kilimu ialah En. Azmin dengan jumlah guru 13 orang, 6 buah kelas dan seramai 145 orang murid.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kilimu
- Beg Berkunci 08
- Pejabat Pendidikan Daerah
- 89300, Ranau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6088876300
- Fax = 6088876300