Sekolah Kebangsaan Kiandongo
Sekolah Kebangsaan Kiandongo | |
---|---|
Lokasi | |
Wdt 08, 89300, Telupid,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | XBA2238 |
Faks | TIADA |
Laman sesawang | Sekolah Kebangsaan Kiandongo |
Sekolah Kebangsaan Kiandongo atau nama ringkasnya SK Kiandongo, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Wdt 08.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kiandongo memiliki 44 pelajar lelaki dan 56 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 100 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Kiandongo merupakan sebuah sekolah rendah bantuan kerajaan yang mula dibuka pada tahun 1989. Sekolah ini terletak di daerah Tongod di dalam Bahagian Sandakan di negeri Sabah.Sekolah ini dibuka di sebuah tapak kilang kayu balak yang telah dibina pada awal 1950-an. Pembukaan sekolah ini telah memberi peluang kepada para penduduk di Kampung Kiandongo Darat dan Kampung Malagatan mendapat pendidikan khususnya buat mereka yang berusia antara 7 hingga 12 Tahun. Sekolah dibuka atas inisiatif Cikgu Moses Koh Eng Luk yang juga orang yang bertanggungjawab membuka Sekolah Kebangsaan Saguon. Di atas kerjasama yang diberikan oleh Ketua Kampung Kiandongo Darat, Encik Mahir Rio yang merupakan pemilik tapak tanah sekolah telah memberi peluang sekolah ini ditubuhkan walaupun status pemilikan tanah tidak diperolehi. Hasil usaha Cikgu Moses Koh Eng Luk , pada awal tahun 1989 , sekolah ini berjaya mendapat kelulusan pembukaannya. Pada tahun pertama sekolah ini dibuka, hanya tiga orang guru sahaja ditempatkan di sekolah ini iaitu Cikgu Moses Koh Eng Luk, Cikgu Susan @ Dulia Lagayan dan Cikgu Peter Sodom. Cikgu Peter Sodom dilantik memangku jawatan Guru Besar sementara menunggu kehadiran Guru Besar yang dilantik oleh JPN Sabah. Selepas 2 minggu , sekolah ini dibuka, Encik Justa Alim telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama di sekolah ini. Sehingga ke hari ini, sekolah ini adalah sebuah sekolah pedalaman yang dikategorikan Sekolah Kurang Murid (SKM) berdasarkan bilangan murid yang kurang daripada 150 orang.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Tongod 2010
- Johan Karnival Futsal Daerah Tongod Anjuran LSNS 2010
- Johan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Tongod 2011
- Johan Bola Tampar Perempuan B12 Zon Tongod 2011
- Johan Bola Tampar Perempuan B12 Zon Tongod 2012
- Johan Bola Tampar Perempuan B12 Daerah Telupid 2012
- Naib Johan Bola Baling Perempuan B12 Daerah Telupid 2012
- Naib Johan Karnival Futsal Bahagian Sandakan Anjuran LSNS 2012
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kiandongo
- Peti Surat 08
- 89300, Telupid
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA
- Blog = www.skkiandongo.blogspot.com
- Emel = skkiandongo@gmail.com ; xba2238@gmail.com
- Facebook = https://www.facebook.com/skkiandongo.tongod