Sekolah Kebangsaan Kampung Betong
Sekolah Kebangsaan Kampung Betong | |
---|---|
Lokasi | |
Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 044647136 |
Kod sekolah | KBA8006 |
Faks | 044647136 |
Laman sesawang | SK Kampung Betong |
Sekolah Kebangsaan Kampung Betong atau nama ringkasnya SK Kampung Betong, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.[1]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Kampung Betong telah diasaskan pada tahun 1941. Sekolah ini telah diusahakan oleh Tuan Hj. Salleh bin Daud, Md Isa bin Hassan dan Saud bin Ismail. Asalnya, ia merupakan sebuah sekolah rakyat. Bangunan sekolah ini dibuat secara gotong-royong oleh penduduk kampung ini daripada bahan-bahan tempatan beratapkan rumbia dan berdindingkan papan sahaja.
Pada peringkat awal, jumlah murid sekolah ini lebih kurang 40 orang sahaja. Dengan usaha gigih Tn Hj Salleh, jumlahnya semakin meningkat dari semasa ke semasa. Tenaga pengajar pada peringkat awal hanya 3 orang sahaja, bila mana gaji mereka dibayar oleh penduduk kampung. Pada tahun 1948, sekolah ini terpaksa ditutup kerana ketiadaan guru untuk mengajar.
Pada tahun 1950, dengan usaha gigih Tn Hj. Salleh, penduduk kampung telah bergotong-royong mendirikan sebuah sekolah di tapak yang baru dibina ini. Sekolah ini mempunyai 3 bilik yang dapat menampung 120 orang murid. Tenaga pengajarnya ialah En Omar bin Bakar sebagai Guru Besar dan En Aziz bin Ayob sebagai Guru Penolong. Pada tahun 1951, sekolah ini telah diterima sebagai sekolah kerajaan dan gaji guru dibayar oleh kerajaan.
Pada tahun 1962, pihak Kementerian Pendidikan telah mendirikan bangunan baru yang mempunyai 6 buah bilik darjah. Akhirnya, pada tahun 1980, kerajaan telah mendirikan sebuah bangunan dua tingkat lengkap dengan kantin dan rumah guru untuk menampung pertambahan pelajar yang semakin ketara. Sebuah makmal komputer telah dibina pada tahun 2001 dan diserahkan untuk digunakan pada 13 April 2007.
Sekolah ini juga pernah menerima tetamu yang istimewa yang terdiri daripada pemimpin Negara dan negeri. Pada tahun 1987, Timbalan Perdana Menteri Encik Ghafar Baba telah mengadakan lawatan ke sekolah ini dan mengadakan perjumpaan dengan penduduk setempat. Pada 18 Jun 1995, Menteri Besar Kedah Dato Paduka Osman Aroff telah hadir ke sekolah ini untuk majlis perasmian bangunan sekolah baru. Kunjungan Menteri Pertahanan, Datuk Syed Hamid Albar pada 3 Julai 1996 untuk merasmikan surau sekolah. Seterusnya pada 7 Disember 2004, Sultan Kedah, Sultanah Kedah dan Raja Muda Kedah dan Puteri Intan Syafinaz telah mencemar duli berkunjung ke sekolah ini dalam majlis bersama rakyat dan sambutan Hari Raya.
Pada tahun 2007, bangunan tambahan empat tingkat mula dibina dan diserahkan pada Februari 2009. Tahun 2011 murid sulung Prasekolah diterima. Pada tahun 2015 Pejabat sekolah berpindah ke bangunan baru. Pada masa itu, SK Kampung Betong mempunyai murid seramai 282 orang dan murid pra seramai 50 orang. Sementara guru pula seramai 29 orang guru dan seramai 14 orang staf termasuk 4 orang petugas pembersihan kawasan swasta serta 4 orang jaga sekolah (swasta). SK Kampung Betong maju selangkah lagi apabila memperkenalkan pengajaran 'bye-bye chalk and talk' sebagai permulaan ke arah kelas abad ke-21. Talian internet serta pengajaran mengggunakan televisyen 51 inci mula dilaksanakan. Setakat tahun 2015, seramai 26 orang guru besar pernah bertugas di sini.
TEMPOH |
NAMA GURU BESAR |
1950 - 1952 |
Omar bin Bakar |
1952 - 1954 |
Muhayuddin @ Ali bin Abd Rahman |
1954 - 1955 |
Moar bin Bakar |
1955 - 1960 |
Abd Ghani bin Abdullah |
1960 - 1964 |
Zakaria bin Ismail |
1964 - 1971 |
Haji Hijaj bin Hj. Hassan |
1971 - 1974 |
Abdullah bin Md Rejab |
1974 - 1979 |
Hj Yusof bin Ismail |
1979 - 1980 |
Shamsuddin bin Teh |
1980 - 1982 |
Zainal bin Md Saab |
1982 - 1983 |
Ahmad bin Hashim |
1983 - 1985 |
Haji Hijaj bin Hj. Hassan |
16.04.1985 – 16.12.1987 |
Hj. Said bin Hj. Hamid |
01.01.1988 – 15.04.1990 |
Ahmad bin Awang |
16.04.1990 – 15.11.1992 |
Ramli bin Abdullah |
16.11.1992 – 15.04.1994 |
Mat Saad bin Awang |
16.04.1994 – 15.03.1995 |
Bakri bin Hassan |
16.03.1995 – 31.03.1998 |
Md Salleh bin Ismail |
01.04.1998 – 15.08.1999 |
Salbiah binti Ahmad |
16.08.1999 – 16.05.2000 |
Abdul Rahman bin Abdullah |
01.06.2000 – 04.10.2006 |
Abdul Aziz bin Md Hassan |
05.10.2006 – 31.03.2008 |
Md Yusof bin Disa |
16.05.2008 – 30.09.2011 |
Haji Daud bin Md Amin |
16.10.2011 – 31.10.2013 |
Hai Kiang a/l Din Deng |
01.04.2014 - 15.10.15 |
Abd Rahim bin Abdul Rashid |
16.10.15 - Sekarang |
Mat Aker Bin Derashid |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kampung Betong,
- Jalan Jeneri,
- 8700 Jeniang,
- Kedah