Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Redang Ponggor
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Redang Ponggor | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6056592004 |
Kod sekolah | ABA5072 |
Faks | 6056592004 |
Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Redang Ponggor atau nama ringkasnya SK Kampung Baharu Redang Ponggor, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Redang Ponggor.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Redang Ponggor memiliki 27 pelajar lelaki dan 42 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 69 orang. Ia mempunyai seramai 10 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kampong Baharu Redang Ponggor ialah sebuah perkampungan penempatan khas untuk SC (Special Constable). Bangunan sekolah yang terdiri daripada satu blok bangunan yang mempunyai tiga buah bilik darjah dan sebuah pejabat telah dibangunkan pada 18 Januari 1968. Tujuan asal pembinaan sekolah ini adalah untuk kemudahan anak-anak penduduk tempatan perkampungan SC menuntut ilmu.
Pada masa pembukaan SK Kampung Baharu Redang Ponggor, Sekolah ini telah menerima seramai 93 orang murid dan 3 orang guru. Ketika itu, sekolah ini mengamalkan sistem kelas bercantum.
Kini pada tahun 2021, sekolah ini telah mempunyai dua blok bangunan konkrit, sebuah bangunan kabin dan sebuah bangunan prasekolah. Kantin sekolah telah diperbesar dan dilengkapi ruang makan untuk guru.
Seramai 12 orang guru termasuk guru besar berkhidmat di sekolah ini dengan enrolmen murid perdana seramai 73 orang manakala 14 orang murid di prasekolah. Pentadbiran sekolah ini turut dibantu oleh seorang Pembantu Tadbir N19, seorang Pembantu Operasi N11 dan seorang Pembantu Pengurusan Murid N22.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kampung Baharu Redang Ponggor
- Redang Ponggor
- 36700, Langkap
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 6056592004
- Fax = 6056592004