Sekolah Kebangsaan Kampong Keningau
Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau | |
---|---|
Lokasi | |
Peti Surat 1266, 89008, Keningau,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | Ilmu Asas Kejayaan |
Nombor sekolah | 6087312497 |
Kod sekolah | XBA1019 |
Pengerusi PIBG | MOHD NIZAM BIN YAHYA |
Guru besar | LEA @ LEAH LEWAS |
Tenaga pengajar | 32 |
Jumlah penuntut | 444 |
Kelas | 13 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | ROSANI BINTI SALIH |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | MAURICE VISTOR |
Penolong Kanan Kokurikulum | LILY DAMIANUS |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau atau nama ringkasnya SK Kg Keningau, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di pinggir bandar Keningau dan hanya mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja memandu kereta ke pusat bandar. Alamat SK.Kg.Keningau adalah;
Peti Surat 1266
89008 Keningau
Pada 2024, Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau mempunyai 231 pelajar lelaki dan 213 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 444 orang. Jumlah ini tidak termasuk murid pra-sekolah yang seramai kira-kira 50 orang. Bilangan guru pula seramai 32 orang guru.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau ,Sabah telah diasaskan oleh Encik Alip Bin Jubang pada tahun 1961. Beliau dilahirkan pada tahun 1940 di Kampung Keningau, Sabah. Mendapat pendidikan awal di Government Primary School (GPS) dan seterusnya di peringkat menengah di sekolah Inggeris St. Francis Xavier School Keningau,. Beliau diterima menjadi Guru Pelatih pada tahun 1961. Sekolah pertama tempat beliau bertugas adalah Native Voluntary School (NVS) di Kampung Keningau, Sabah.
Beliau telah menyumbangkan khidmat bakti dan berkecimpung dalam bidang pendidikan lebih dari 30 tahun sehingga beliau bersara pada Tahun 1995. Beliau pernah bertugas di beberapa buah sekolah di daerah Keningau dengan memegang jawatan sebagai Guru Besar. Setelah bersara beliau dilantik sebagai Ketua Kampung , Kampung Samalang.
Sekolah ini telah didirikan pada tahun 1961 yang dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS). Sekolah ini dibina di sebuah kawasan dalam anggaran lebih kurang 3 ekar di bawah kelolaan penduduk kampung Keningau. Encik Alip Bin Jubang merupakan guru besar pertama di sekolah ini. Beliau adalah anak jati penduduk kampung ini.
Dalam tahun 1963, NVS telah diambilalih oleh Kerajaan Negeri Sabah dan sekolah ini dinamakan Government Primary School (GPS) sehingga tahun 1966. Dalam tahun yang sama, nama sekolah ini dituKarkan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Keningau. Sekolah ini bertaraf Gred C. Memandangkan ketika itu bilangan murid dan tenaga pengajar adalah tidak ramai. Kemudahan fizikal yang dimiliki oleh sekolah ini hanyalah dua buah bangunan yang memuatkan empat buah bilik darjah dan sebuah rumah guru.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Kampung Keningau
- Peti Surat 1266
- 89008, Keningau
- Sabah, Malaysia
- Telefon = 6087312497
- Fax = TIADA