Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
SK Jalan Kebun
SK Jalan Kebun
Lokasi
Batu 7 1/2, Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam, Selangor, Malaysia
Maklumat
JenisSekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah351611993
Kod sekolahBBA0006
Faks351615004

Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun atau nama ringkasnya SK Jalan Kebun, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Batu 7 1/2, Jalan Kebun dalam daerah Shah Alam, Selangor iaitu sebuah negeri dalam Malaysia. Pada Jun 2020, SK Jalan Kebun mempunyai jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 2299 orang dan 122 orang guru.[1]

SK Jalan Kebun (dahulunya dikenali sebagai Sekolah Melayu Jalan Kebun) mendapat namanya dari sebuah kampung yang terletak di situ yang bernama Kampung Jalan Kebun. Nama sekolah ini tercatat dalam sejarah sebelum negara mencapai kemerdekaan. Walau bagaimanapun, nama sekolah ini telah bertukar menjadi Sekolah Umum Jalan Kebun selepas 31 Ogos 1957 dan bertukar lagi kepada Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun sehingga kini.[2]

Sekolah Kebangsaan Jalan Kebun
Batu 7 1/2, Jalan Kebun
Selangor, Malaysia
Telefon = 351611993
Fax = 351615004
  1. ^ Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) (10 Jun 2020). "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". Diarkibkan daripada yang asal (XLSX) pada 10 Februari 2021. Dicapai pada 10 Februari 2021 – melalui moe.gov.my.
  2. ^ Sejarah SK Jalan Kebun. Dicapai pada 8 Mac 2021

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]