Sekolah Kebangsaan Ewa
Sekolah Kebangsaan Ewa | |
---|---|
Lokasi | |
MUKIM AYER HANGAT, 07000 LANGKAWI, Kedah Darul Aman Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 04-959 1726 |
Guru besar | EN. AHMAD ZAKY NAIMY BIN ISMAIL |
GPK Pentadbiran dan Akademik | EN. RODZIMAN BIN OSMAN |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | EN. MOHD HAZRI BIN ABD RANI |
Penolong Kanan Kokurikulum | EN. ISHAK BIN MOHAMED RASID |
Faks | 04-959 1726 |
Sekolah Kebangsaan Ewa atau nama ringkasnya SK Ewa, merupakan sebuah Sekolah Rendah yang terletak di Daerah Langkawi
Kedah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Kebangsaan Ewa telah didirikan pada tahun 1951 bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Ewa masa kini. Bangunan asalnya dibina daripada kayu bulat, atap layar dan dindingnya daripada kulit kayu pada masa itu mempunyai satu bilik sahaja.
Dengan peningkatan bilangan murid, AJK sekolah kemudiannya telah memohon peruntukan daripada Ketua Pelajaran Negeri (Tuan Mell) untuk membina bangunan yang lebih baik, dan telah diluluskan oleh Pengarah Pelajaran Kedah dengan peruntukan RM1,000.
Sebuah bangunan baru dengan tiang kayu bulat, atap layar dan dinding kulit kayu telah dibina dengan tambahan bilik darjah kepada 3 dan tambahan bilangan guru kepada 6 orang.
Beberapa tahun kemudian, permohonan bagi mendapatkan tapak baru yang sesuai untuk Sekolah Kebangsaan Ewa telah diajukan. Permohonan tersebut diluluskan dan Sekolah Kebangsaan Ewa telah dipindah ke tapak baru pada tahun 1960, pada bangunan yang baru seperti sekarang. Namun awalnya, ia hanyalan sebuah bangunan papan berlantaikan simen dan beratap asbestos dengan bilangan 5 buah bilik darjah sebagai asas kepada Sekolah Kebangsaan Ewa yang ada sekarang.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- SEKOLAH KEBANGSAAN EWA
- MUKIM AYER HANGAT,
- 07000 LANGKAWI
- BANDARAYA PELANCONGAN
- KEDAH DARUL AMAN
- Telefon: 04-959 1726
- Faks: 04-959 1726