Sekolah Kebangsaan Bohor
Sekolah Kebangsaan Bohor | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Alor Setar, Kota Setar, Kedah Darul Aman![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU SULUH HIDUP |
Kod sekolah | KBB2080 |
Guru besar | Puan Zainab binti Haji Mustapa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Encik Zainudin bin Zainol |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Puan Emiliza binti Othman |
Penolong Kanan Kokurikulum | Encik Yazaeraman bin Yasin |
Sekolah Kebangsaan Bohor atau nama ringkasnya SK Bohor, merupakan sebuah sekolah Sekolah Rendah yang terletak di Kedah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor dinamakan sempena Kampung dimana ia terletak iaitu Kampung Bohor. Bohor membawa erti “kawasan tanah dalam”.
Sekolah Rendah Kebangsaaan Bohor dahulunya dikenali sebagai Sekolah Inggeris Hutan Kampung. Ia ditubuhkan pada tahun 1958, setahun selepas Negara mencapai kemerdekaan.
Bangunan sekolah dibina pada tahun 1957. Terdapat empat bilik darjah, sebuah bilik pejabat dan sebuah tandas. Sesi persekolahan pertama bermula pada 1.1.1958 dengan dua orang tenaga pengajar dan lapan orang murid. Pada tahun itu hanya ada Darjah Satu sahaja. Murid dalam kelas tersebut terdiri daripada enam orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan.
Mr Baharum b. Hashim dilantik sebagai Guru Besar dan dibantu oleh Cik Rokiah bt Hashim iaitu seorang guru sementera. Bahasa pengantar sekolah ini ialah Bahasa Inggeris.
Sekolah ini pernah dikenali sebagai “Special Malay School” dan kemudiannya “Sekolah Rendah Kebangsaan Hutan Kampung”. Tenaga pengajarnya ialah guru-guru lepasan DTC (Days Training College).
Pada tahun 1990 pula sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Rendah Kebangsaan Bohor kerana ramai orang sering keliru dengan Sekolah Kebangsaan Hutan Kampung.
Tahun 1998 semua sekolah diselaraskan menjadi Sekolah Kebangsaan. Oleh itu nama sekolah ini sekali lagi ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Bohor