Pergi ke kandungan

Sekolah Kebangsaan Binuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Kebangsaan Binuang
Lokasi
 Malaysia Peti Surat 61314, 91121, Lahad Datu,, Sabah Negeri Di Bawah Bayu
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPENDIDIKAN MEMBENTUK KECEMERLANGAN
Nombor sekolah6089898095
Kod sekolahXBA3103
Pengerusi PIBGEN. MOHD. SALLEH ASAH
GPK Pentadbiran dan AkademikPN. KASTINAH BINTI SAWEDI
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEN. BAHARUDDIN BIN IBRAHIM
Penolong Kanan KokurikulumEN. HAMZANI ARIFFIN


Sekolah Kebangsaan Binuang atau nama ringkasnya SK Binuang, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Peti Surat 61314.

Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Binuang memiliki 287 pelajar lelaki dan 276 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 563 orang. Ia mempunyai seramai 34 orang guru.2009


Sekolah Kebangsaan Binuang atau ringkasnya SK Binuang, telah ditubuhkan pada 13 Januari 1964 dan dikenali sebagai Native Voluntary School (NVS) Kg. Binuang, Lahad Datu. Bangunan awalnya menumpang di SRJK (C) Sin Wah selama 6 bulan. Selepas itu telah dipindahkan ke bangunan sendiri hasil usahasama penduduk kampung dan masyarakat setempat. Awalnya seramai 25 orang murid (13 lelaki dan 12 perempuan) yang telah belajar di sekolah ini.

Pengasas sekolah ini ialah Miss Lewin (Mrs Rimmer) iaitu seorang berbangsa Inggeris dan diawasi oleh seorang Penyelia khas iaitu En. Asah bin Mohd. Hassan. Beberapa tahun kemudiannya, sekolah ini telah diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan dan dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK). Akhirnya pada tahun 1985, sekolah ini mula dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (SK) Binuang, Lahad Datu, Sabah.

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]
Sekolah Kebangsaan Binuang
Peti Surat 61314
91121, Lahad Datu
Sabah, Malaysia
Telefon = 6089898095

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]