Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali | |
---|---|
Alamat | |
Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor Malaysia Bandar Utama Batang Kali, BATANG KALI, Selangor Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 0360573855 |
Kod sekolah | BBA5025 |
Guru besar | Mohd Hasren Bin Damiri |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Normastura Binti Mohd. Nawi |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Khairulazri Bin Hamdan |
Penolong Kanan Kokurikulum | Shafirudin Bin Kadir |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Mohd Faizul Yatim Bin Mohamad |
SK3BK DI MERCU |
Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali atau nama ringkasnya SK Bandar Baru Batang Kali, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Ulu Yam Bharu.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali memiliki 966 pelajar lelaki dan 882 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1848 orang. Ia mempunyai seramai 89 orang guru.2009
Sejarah
[sunting | sunting sumber]SK Bandar Baru Batang Kali terletak di Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali, Hulu Selangor. Pembinaan sekolah ini dimulakan pada awal tahun 2000 seiring dengan kepesatan kawasan penempatan di Ligamas, pastinya sekolah ini akan menjadi tumpuan anak-anak penduduk setempat. SK Bandar Baru Batang Kali telah diserahkan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia yang mana pada masa itu diwakili oleh Jabatan Pendidikan Selangor pada bulan September 2001. Bulan Disember menjadi titik bermulanya pengurusan dan pentadbiran sekolah ini dengan lantikan guru besar dan para pentadbir perintis. Pada awal pengoperasian, sekolah ini menempatkan 24 buah bilik darjah dan terdapat beberapa bilik khas iaitu Pusat Sumber Sekolah, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Seni Visual, Bilik Muzik, Bilik Bimbingan dan Kaunseling, Bilik Peperiksaan, Bilik Matematik, Bengkel Kemahiran Hidup, Bilik Mesyuarat, Bilik Pemulihan, Bilik Kesihatan, Bilik Persalinan, Setor Sukan, Bilik Skim Pinjaman Buku Teks dan Kedai Buku. Manakala bangunan sekolah ini terdiri daripada 4 buah blok iaitu Blok A, B, C dan D. Semua kelas dan bilik khas ditempatkan di dalam blok ini. Kantin, padang permainan, gelanggang, parkir kereta dan dataran perhimpunan juga tersedia di dalam kawasan sekolah.
SK Bandar Baru Batang Kali mula dibuka pada 1 Januari 2002 dengan menerima 25 orang guru perintis. Pada 3 Januari 2002 tercatatlah sejarah apabila seramai 890 orang pelajar Tahun 1 hingga 6 memulakan pembelajaran mereka di sini. Pada awal tahun penubuhan sekolah ini, ramai murid yang tercicir mendaftar terpaksa ditolak penempatan di sekolah ini kerana hanya mampu menampung enrolmen seramai 960 orang murid dengan jumlah guru yang berkhidmat seramai 32 orang sahaja.
Senarai Guru Besar
[sunting | sunting sumber]Hjh. Latifah binti Mahluddin
Tahun 2002 - 2007
Hj. Maskuri bin Borhan
Tahun 2008 - 2009
Hjh. Khairani @ Khirani binti Abu Bakar
Tahun 2010 – 13 Mei 2012
Mohd. Hafiz bin Hj. Md. Sharif
Tahun 2013 – 2014
Zakaria bin Ismail
Tahun 2015 – 11 Ogos 2016
Isnayani Binti Zulkapli
16 Ogos 2016 – 3 April 2020
Mohd. Hasren bin Damiri
1 Jun 2020 – Kini
Senarai Nama Kelas
[sunting | sunting sumber]Prasekolah - Ibnu Rush
Kelas PPKI
Tahun 1 - 6:
Neptun
Zuhal
Zuhrah
Utarid
Marikh
Musytari
Uranus
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Batang Kali,
- Seksyen 3, Bandar Utama Batang Kali,
- 44300 Batang Kali,
- Hulu Selangor,
- Malaysia.
- Telefon = 03-60573855