Pergi ke kandungan

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Ara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Ara
Lokasi
Lorong Kenari, Taman Desa Ria, Sungai Ara, 11900, Bayan Lepas,, Mutiara Timur
 Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Motoகனவு மெய்ப்பட வேண்டும்
Ditubuhkan1947
Nombor sekolah6046461326
Kod sekolahPBD3032
Guru besarEN.MG.KUMAR PKT,PJK,PJM
GPK Pentadbiran dan AkademikPN.VIMALA A/P SRIRAMAN
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. JOTHI A/P MUNIAN
Penolong Kanan KokurikulumCIK. KALAIVANI A/P MURUGAYAH
Faks6046461326


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Ara atau nama ringkasnya SJK(T) Sungai Ara, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Lorong Kenari, Taman Desa Ria, Sungai Ara.

Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Ara memiliki 56 pelajar lelaki dan 72 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 128 orang. Ia mempunyai seramai 12 orang guru.2009

Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 oleh H.R.Ward di Ladang Sungai Ara dengan sebuah bangunan kecil yang terdiri daripada tiga buah bilik darjah yang boleh menampung 2 kelas yang dikatakan kelas bercantum.

Kini sekolah ini telah dipindahkan ke Taman Desa Ria dengan pembinaan tiga buah blok bangunan termasuk sebuah kantin yang telah dibina pada tahun 2000/2001. Tapak tanah kepunyaan Majlis Perbandaran Pulau Pinang merupakan sumbangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sementara bangunan sekolah pula disumbang oleh Sungai Ara Holdings Bhd. dan Palmex Industries Sdn. Bhd. Upacara penyerahan bangunan ini kepada Jemaah Pengurus SJK(T) Sungai Ara telah diadakan pada 6.8.2001 yang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sekolah ini mula beroperasi secara rasmi di bangunan baru mulai 3.9.2001 setelah memperolehi persetujuan daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.

Visi Sekolah

[sunting | sunting sumber]

SJK T SUNGAI ARA akan menjadi sekolah berprestrasi tinggi menjelang Tahun 2015

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Ara
Lorong Kenari, Taman Desa Ria, Sungai Ara
11900, Bayan Lepas
Pulau Pinang, Malaysia
Telefon = 6046461326
Fax = 6046461326

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]