Pergi ke kandungan

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai Seremban

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah dini dibawah pimpinan En. Saravanan A/l Nadason (Guru Besar)

Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai Seremban
Lokasi
 Malaysia Ladang Shanghai Seremban, 70300, Seremban,, Negeri Sembilan Darul Khusus
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan
Nombor sekolah6066310360
Kod sekolahNBD4085
Faks6066310360
Map


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai Seremban atau nama ringkasnya SJK(T) Ladang Shanghai Seremban, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Shanghai Seremban.[1]

Pada 2018, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai Seremban memiliki 90 pelajar lelaki dan 80 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 170 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2018

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Shanghai Seremban telah dibina pada 01.06.1949 di Ladang Shanghai. Ia bermula dengan hanya 25 orang pelajar. Pada mulanya rumah pekerja ladang dijadikan sebagai sekolah. Pada 1956 sebuah bangunan baru dibina menggantikan bangunan yang musnah akibat kebakaran. Kini terdapat dua buah bangunan tambahan bagi memuatkan pelajar seramai 117 orang (sehingga Ogos 2018).

Pada tahun 2012, SJKT Ladang Shanghai menempah sejarah apabila dengan bantuan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Haji Muhamad bin Haji Hasan berjaya memperolehi tanah yang diduduki oleh sekolah dengan geran tanah didaftar atas nama Lembaga Pengelola Sekolah.

Hasil usaha LPS dan PIBG sekolah juga mebolehkan kami mendapat dua bangunan tiga tingkat baharu dibawah program Blueprint Pembangunan Sekolah Tamil dari Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak yang bernilai RM4.9 juta. Kini usaha pembinaan sekolah baru sedang giat dijalankan. Bangunan baru sekolah telah disiapkan pada bulan Disember 2015 dan memulakan sesi persekolahan tahun 2016 dibangunan baru pada 2 Januari 2016. Pada 21 Ogos 2017 perasmian sekolah ini telah disempurnakan oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato'Seri Utama Hasan bin Muhammad. Sekolah i

Pencapaian

[sunting | sunting sumber]

SJKT Ladang Shanghai juga kini sedang maju dalam pencapaiaan akademiknya, terutama dengan dibawah kepimpinan guru besar, Pn. R.Rajeswary. Pencapaian UPSR sekolah adalah seperti berikut:

Tahun 7 A % Lulus GPS
2011 0 21.9% 3.19
2012 0 36.7% 2.94
2013 1 42.3% 2.66
2014 1 60.9% 1.98
2015 2 52.0% 2.20
2016 1 84.2% 2.64
2017 1 76.5% 2.30


Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Shanghai Seremban
Ladang Shanghai Seremban
70300, Seremban
Negeri Sembilan, Malaysia
Telefon = 6066310360
Fax = 6066310360

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]