Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Ban Heng
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Ban Heng | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah jenis kebangsaan Tamil, Sekolah kerajaan |
Moto | ILMU TANGGA KEJAYAAN |
Nombor sekolah | 0183684992 |
Kod sekolah | JBD5087 |
Faks | TIADA |
![]() |
Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Ban Heng atau nama ringkasnya SJKT Ladang Ban Heng merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Tamil yang terletak di Ladang Ban Heng,Pagoh.
SJK ( T ) Ladang Ban Heng ditubuhkan pada tahun 1947. Sekolah ini terletak dikawasan ladang yang terletak 45 km dari Bandar Muar. Pada awalnya muri-murid sekolah ini menggunakan bangunan surau sebagai tempat belajar. Pada tahun 1955 , sebuah bangunan kecil telah dibina di sebelah bangunan surau yang telah dinamakan sebagai SRJK (Tamil) Ladang Ban Heng,Pagoh. Bangunan itu terdiri daripada satu kelas sahaja. Kelas itu telah dibahagikan kepada 3 kelas bercantum. Pejabat dan pusat sumber terletak di sebuah sudut di kelas tersebut. Sekolah ini memperolehi namanya daripada nama ladang itu sendiri Ban Heng dalam Loghat Hokkien membawa maksud “RIBU KEUNTUNGAN ”. Pada tahun 1990, En.Muniyandi guru besar pada masa itu berjaya membina sebuah bilik tambahan yang telah dijadikan sebagai bilik pejabat dan pusat sumber. Pada tahun 1990, pemangku guru besar En.M.Arumugam telah berjaya mendapatkan sebidang tanah di sebelah belakang bangunan asal daripada pihak ladang. Pada tahun 1997 guru besar Pn.S.Letchimi telah mendapatkan peruntukan YB Menteri Besar sebanyak RM 5,000 untuk menampung perbelanjaan pembinaan yang tergendala selama 4 tahun. Projek tersebut siap dibina pada 1998. Pada masa yang sama , PIBG sekolah telah mengadakan satu cabutan bertuah yang telah berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM 9,700 dan dapat melaksanakan projek tambahan seperti pemasangan pagar , pintu grill dan pintu pagar. Satu lagi projek PIBG , telah dapat dilaksanakan pada 2001 , iaitu pembinaan bangunan kantin terbuka di sekolah ini sebanyak RM 13,000. Peruntukan ini diberi oleh YB.Menteri Johor. Bagi tahun 2003, pihak PIBG bercadang untuk melaksanakan satu lagi projek untuk membina sebuah bilik pendidikan jasmani dan membeli sebuah komputer utuk kegunaan murid sekolah ini. Projek ini telah dilaksanakan dalam tahun 2004. Pada tahun 2004 , sebuah Bilik Pusat Sumber telah dibina dari peruntukan khas YAB Menteri Besar Johor. Pada tahun 2005 , penyelenggaraan bangunan telah dilaksanakan atas sebab kerosakan bangunan oleh anai-anai dengan peruntukan Bantuan Modal. Pada Tahun 2009 Pn.P.Devi Guru Besar pada masa itu membaikpulih kolam ikan. Pada Tahun 2011, En.A.Ganas telah menceriakan kawasan sekolah dan telah membina penghadang untuk setiap kelas. Pada awal bulan Oktober 2011, Pn.S.Deveki telah membina kerusi dan meja di kawasan kolam ikan dan membina tapak jalan masuk dari pintu masuk sekolah ke pejabat.Pada tahun 2013 En.R.Selvam memegang jawatan sebagai Guru Besar. Pada akhir tahun 2014 pihak sekolah terima 20 meja dan kerusi kayu daripada pihak MIC untuk sesi PdP murid-murid. Selain itu, pihak sekolah terima peruntukkan sebanyak RM 30 000, fasa pertama pada akhir tahun 2015 untuk penyelenggaraan eletrik sekolah dan awal tahun 2016 pihak sekolah juga terima peruntukkan sebanyak RM 50 000 untuk penyelenggaraan sekolah. Namun semua kerja penyelenggaraan dapat selesaikan pada hujung tahun 2016. Dengan itu sesi persekolahan 2017 bermula dari itu.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Penerimaan New Deal bagi tahun 2010,2011,dan 2015.
Pencalonan Sekolah Kluster dan SBT bagi tahun 2011.
Pencapaian dalam pertandingan Science Fair di Peringkat Kebangsaan (2015).
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Ban Heng
- Ldg Ban Heng
- 84600, Pagoh
- Johor, Malaysia
- Telefon = 0162589922
- Fax = TIADA