Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Michael & All Angels
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Michael & All Angels | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Bantuan Kerajaan |
Autoriti pendidikan | PPD Kinta Utara |
Nombor sekolah | 6055454968 |
Kod sekolah | ABC2120 |
Pengerusi PIBG | Pn. Liew |
Guru besar | Pn. Liew Chai Kuan |
Tenaga pengajar | 15 orang |
Kelas | 6 |
Lagu | https://smaaipoh.blogspot.com/2020/08/blog-post_12.html |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Phoon |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn. Lim F.Y. |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Foo Y.K. |
Faks | 6055454968 |
Laman sesawang | http://smaaipoh.blogspot.com/ |
Kali terakhir dikemaskinikan: 16/9/2022 |
Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Michael & All Angels atau nama ringkasnya SJK(C) St Michael & All Angels, merupakan sebuah Sekolah jenis kebangsaan Cina yang terletak di Jalan St. Michael, Kampong Tawas.
Pada 2009, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Michael & All Angels memiliki 170 pelajar lelaki dan 146 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 316 orang. Ia mempunyai seramai 20 orang guru.2009
Pada Januari 2017, SJKC St. Michael & All Angels mempunyai 175 orang pelajar dan 20 orang guru.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bangunan sekolah ini telah didirikan pada tahun 1932 oleh En. A.C.J.Towers sebagai pengasasnya . En. Lim Sin Fah telah dilantik menjadi Guru Besar yang pertama dan dibantu oleh empat orang guru. Pada masa itu, bilangan murid cuma serarnai dua puluh orang.
Pada tahun 1950, En.Lim Sin Fah meletakkan jawatannya sebagai Gunu Besar, dan tempatnya digantikan oleh En. Lew Yuk Woon pada tahun 1951. Pada tahun 1952, En. Lai Pak See pula menjadi Gum Besar di sekolah ini dengan bilangan murid lebih kurang 150 orang. Pada tahun ini sekali lagi bantuan daripada kerajaan diterima untuk mendirikan sebuah bangunan yang mempunyai 3 bilik darjah.
Pada tahun 1955, En.Chin Swee Ching telah dilantik menjadi Guru Besar. Pada masa itu, kawasan sekolah telah dibina pagar dan juga sebuah tempat meletak basikal untuk kemudahan murid-murid.
Pada tahun 1963, kerajaan telah memberi bantuan kewangan untuk membina sebuah tandas baru, gelanggang bola keranjang dan badminton. En. Chin Swee Cbing yang memegang jawatan selama 16 tahun telah bersara pada 28.5.1973 dan En. Huang Song Ting telah dilantik untuk mengambil alih
menjadi Guru Besar hingga 15.9.1979. Di bawah pimpinan En. Huang, sebuah gelanggang bola keranjang semen telah didirikan. En. Huang Song Ting telah berlukar ke SRJK(C) Gunung Hijau dan Guru Besar sekolah ini telah diganti oleh En. Chai Siew Hing. Pada 16.11.1987, En. Chai Siew Hing telah bertukar ke sekolah lain dan En. Chan Sai Ngan dilantik menjadi Guru Besar. Sejak kedatangan En. Chan Sai Ngan, tiga buah bilik darjah baru telah didirikan dan bilangan murid telah pun meningkat.
En. Chan Sai Ngan telah ditukarkan ke SJK(C) Kuala Kluang pada tahun 1996. Pn. Mar Lee Chin telah ditukarkan ke sekolah ini sebagai Guru Besar. Pn. Mah telah bertugas di sekolah ini selama satu tahun.
Pada 16.6.1997, Pn. Khoo Oi Ling mula bertugas sebagai Guru Besar di sekolah ini. Kelas Komputer mula diadakan di sekolah ini pada awal tahun 1998. Pada Oktober 1998, dengan usaha Lembaga Pengurus, PIBG dan penduduk-penduduk tempatan, bangunan baru sekolah yang bertingkat dua dengan kemudahan yang serba lengkap mula didirikan.
Staf sekolah dan murid-murid mula pindah ke bangunan baru yang terdiri dari bilik Guru Besar, pejabat, bilik guru, bilik komputer, dan 6 buah bilik darjah pada bulan Jun 1999.
Pada Jun 2000, sekolah ini mula menjalankan P & P melalui konsep ' Sekolah Bestari' . Sekolah ini telah dilengkapi dengan 18 buah komputer dalam bilik CAL iaitu bilik komputer dan 3 bilik AV yang mempunyai set TV yang berukuran 29" .
Dengan kelengkapan tersebut, sekolah ini merupakan sekolah yang serba lengkap dengan kemudahan teknologi moden. Pada tahun 2000, 2 set komputer baru telah ditambahkan dan dijadikan 20 buah komputer dalam bilik CAL yang lebih memudahkan P & P guru. Pada tahun yang sama, bilik guru telah dilengkapi dengan perabot-perabot yang baru dan dipasang dengan mesin hawa dingin.
Selain daripada itu, suatu impian yang selama beberapa puluh tahun diharap-harapkan oleh warga sekolah ini telah dijadikan kenyataan, iaitu sekolah yang seluas 2.5 ekar mula dipagarkan dan sebuah pondok jaga dapat dibinakan.
Pada bulan Mac 2001, pihak sekolah telah berjaya memohon DBI agar jalan raya di depan sekolah dapat dibina "Thermo Plaster' serta didirikan papan tanda demi keselamatan murid-murid sekolah ini.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Jenis Kebangsaan (C) St. Michael & All Angels
- Jalan St. Michael, Kampong Tawas
- 30010, Ipoh
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 605 5454968
- Fax = 605 5454968