Pergi ke kandungan

Sekolah Agama Menengah Sungai Merab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar atau nama ringkasnya 'SAM Sungai Merab Luar' (akrononimnya: SAMSMEL), merupakan sebuah Sekolah Agama Menengah yang terletak di Luar Sungai Merab Luar Sepang. Ia juga merupakan antara Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

Pada 2018, Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar memiliki 246 pelajar lelaki dan 315 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 561 orang. Ia mempunyai seramai 48 orang guru.2018

Pada tahun 1986, satu cadangan telah dikemukakan oleh penduduk Kampung Sungai Merab Luar kepada pihak berkuasa tempatan untuk membina sekolah agama di daerah Sepang. Hasil daripada permohonan berkenaan, sebidang tanah berkeluasan 8 ekar telah diluluskan sebagai tapak sekolah bagi tujuan projek pembinaan. Perbincangan semula oleh penduduk kampung telah memutuskan agar Sekolah Rendah Agama Sungai Merab Luar beroperasi terlebih dahulu.

Pengasas sekolah ini ialah Y.B. Dato' Haji Mohd Sharif bin Jajang (Ahli Dewan Rakyat Kawasan Dengkil ketika itu). Kejayaan ini juga adalah usaha sama melalui hasil perbincangan beberapa pihak.Kewujudan SAM Sungai Merab Luar yang pertama di daerah Sepang ini akhirnya beroperasi sepenuhnya, namun ia terpaksa berkongsi bangunan dengan Sekolah Rendah Agama Sungai Merab sehingga tahun 2015 apabila SRA Sungai Merab Luar telah beroperasi ke lokasi baharu. Sementara itu, 5 buah blok asrama telah dibina oleh YB dan tambahan 3 blok lagi oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) beberapa tahun kemudian.

Penubuhannya dimulai dengan pendaftaran tingkatan 1 pada 11 Januari 1988 di bangunan SRA Sungai Merab Luar. 3 buah kelas tingkatan 1 dibuka dengan mencatatkan jumlah murid lelaki dan perempuan seramai 121 orang. Kecemerlangan SRP pada peringkat awal telah mencatatkan 100% kelulusan sebelum PMR diperkenalkan. Bagi pencapaian Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1993, SAM Sungai Merab Luar telah meduduki tempat kedua dan SPM 1994 menduduki tempat pertama dalam kalangan sekolah-sekolah Agama Negeri Selangor Darul Ehsan.

Pada 2004, ia sepatutnya merupakan tahun terakhir SAM Sungai Merab Luar beroperasi di tapak sedia ada sebelum berpindah ke tapak baharu di Bandar Baru Salak Tinggi. Namun pada tahun 2005, perpindahan SAM Sungai Merab Luar ke tapak baharu tidak berlaku sepenuhnya dan SAM Sungai Merab Luar dibuka semula di bawah pentadbiran pengetua dan beberapa orang guru yang memilih untuk kekal di SAM Sungai Merab Luar.

Seramai 15 orang guru yang diketuai oleh Ustaz Sufian bin Maidin, Puan Hajah Siti Eshah binti Hanafi, Puan Nor Azlin binti Salamun, Puan Yusmahida binti Osman, Puan Mariam binti Adnan, Puan Rugayah binti Sahran, Puan Hanizah binti Husain, Puan Faridah binti Othman, Puan Haliza binti Hamed, Encik Mohd Fadzil bin Ibrahim, Encik Zulkifle bin Mohd Zazuly, Puan Fariza binti Haspar, Puan Nor Baizura binti Muhd Talkis, Cik Salina binti Ariffin dan Cik Siti Falinda binti Sarmun telah memulakan semula SAM Sungai Merab Luar era pasca 2004.

Seramai 15 orang guru yang diketuai oleh Ustaz Sufian bin Maidin, Puan Hajah Siti Eshah binti Hanafi, Puan Nor Azlin binti Salamun, Puan Yusmahida binti Osman, Puan Mariam binti Adnan, Puan Rugayah binti Sahran, Puan Hanizah binti Husain, Puan Faridah binti Othman, Puan Haliza binti Hamed, Encik Mohd Fadzil bin Ibrahim, Encik Zulkifle bin Mohd Zazuly, Puan Fariza binti Haspar, Puan Nor Baizura binti Muhd Talkis, Cik Salina binti Ariffin dan Cik Siti Falinda binti Sarmun telah memulakan semula SAM Sungai Merab Luar era pasca 2004.

Tempat kedua terbaik di daerah Sepang PT3 2016. Tempat ketiga dalam pertandingan bola sepak MSSD bawah 15 tahun 2018. Tempat pertama pantun peringkat negeri 2017. Tempat pertama dalam pertandingan surau imarah peringkat negeri 2017. Tempat ketiga ping-pong MSSD peringkat daerah tahun 2017. Tempat keempat terbaik di daerah Sepang SPM tahun 2017.Tempat keempat SABK cemerlang SPM 2023.Tempat ketiga MSSD pingpong bawah 15 2023. Tempat ketiga MSSD bola sepak bawah 15 tahun 2024

Sekolah Agama Menengah Sungai Merab Luar,
Sepang,
43000 Kajang,
Selangor, Malaysia
Telefon - +60389259824
Fax - +60389254507


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]