Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)
Sekolah Agama Al Islahiyah (Rendah) | |
---|---|
Lokasi | |
Bohor Mali, 02700, Simpang Ampat,, Perlis . Perlis Indera Kayangan Malaysia Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), Sekolah kerajaan |
Moto | SEKOLAH dengan PERSONALITI , MURID dalam KAREKTOR |
Sesi | Sekolah ini mempunyai 1 sesi sahaja iaitu pagi tetapi bermula 7.30 pagi hingga 5.00 petang. |
Nombor sekolah | 04-9806206 |
Kod sekolah | RCT0001 |
Pengerusi PIBG | Ustaz Azhari Bin Othman |
Guru besar | GB Mohd Shahrin Bin Hamat |
Tenaga pengajar | 33 Orang dengan 3 Kakitangan Kumpulan Sokongan |
Jumlah penuntut | 430 Murid |
Kelas | 12 Kelas dengan Setiap darjah mempunyai 2 kelas |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Faudzi Bin Musa |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Mohd Redza Bin Abdul Razak |
Penolong Kanan Kokurikulum | En. Akashah Nurus Sabah Bin Abas |
Faks | 04-9806106 |
Sekolah ini mempunyai lembaga pengelola sekolah (LPS) selain KPM sebagai induk. | |
Kali terakhir dikemaskinikan: 11 September 2024 |
Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah) atau nama ringkasnya SAIR, merupakan sebuah sekolah agama yang terletak di Bohor Mali, Simpang Empat, Perlis Indera Kayangan.
Pada 2022, Sekolah Agama Al-Islahiyah memiliki 212 pelajar lelaki dan 212 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 424 orang. Ia mempunyai seramai 35 orang guru dan 4 orang anggota kumpulan pelaksana.
Guru Besar sebelum ini iaitu Hj Ramzi B. Lebai Yaakob telah bersara wajib setelah 27 tahun berkhidmat dan digantikan oleh En.Mohd Shahrin Bin Hamat sebagai Guru Besar terkini bermula 21 Oktober 2021.En. Shahrin Merupakan seorang dan peserta terbaik NPQEL 2020. 2022
Pelbagai perubahan dan urbanisasi telah berlaku di era Guru Besar ini.Anda dijemput hadir ke Sekolah ini untuk melihat sendiri dan berkongsi pengalaman bersama pemimpin sekolah.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Sekolah Agama Al Islahiyah (Rendah) atau SAIR yang dulunya dikenali sebagai Sekolah Rendah Agama Al Islahiah atau SRAI telah ditubuhkan pada 1 Disember 1994 dengan mewujudkan sebuah kelas 35 orang murid Tahun 1, dan ditadbir urus oleh seorang Pemangku Guru Besar dan 2 orang guru.
Pada awal penubuhannya sekolah kelas ini menumpang sebuah bilik di SM Agama Al Islahiyah dan kemudiannya menggunakan keseluruhan bangunan sekolah tersebut apabila murid semakin bertambah pada tahun 1997. Seterusnya pada 1 Januari 2006, sekolah ini ditawarkan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) yang berstatus Sekolah Agama Bantuan Modal dibawah Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Pada 10 Mac 2008, sekolah ini telah berpindah ke bangunan baru yang dibina oleh pihak Kerajaan ditanah wakaf milik sekolah. Dengan adanya bangunan yang dilengkapi Makmal Komputer, Bilik Sains, Pusat Sumber Sekolah serta pelbagai kemudahan lain, maka sekolah ini dapat memberi keperluan kepada murid untuk belajar dalam persekitaran yang lebih kondusif.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Think Big 2022 redesign space.Setup gold setting Guru Besar : 1. Vuca redesign Organisation Mapping. 2. A.I Administration. 3. Team Building SAIR D'Hati.
2023 : PENTAKSIRAN BILIK DARJAH (PBD) Terbaik di Negeri Perlis.
2024 : EBL (Enviroment Based Learning) Terbaik Negeri Perlis.
2025 : CBL (Community Based Learning)
Alamat
[sunting | sunting sumber]- Sekolah Agama Al-Islahiyah (Rendah)
- Bohor Mali
- 02700, Simpang Empat
- Perlis, Malaysia
- Telefon = 604-9806106
- Fax = 604-9806206