Pergi ke kandungan

Sejarah agama Buddha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Sejarah Buddha)

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha


Sejarah

Agama-agama Dharma
Garis masa agama Buddha
Majlis-majlis agama Buddha

Asas

Empat Kebenaran Mulia
Lapan Jalan Mulia
Ajaran agama Buddha
Nirwana · Tiga Permata

Konsep-konsep Utama

Tiga tanda kewujudan
Skandha · Kosmologi · Dharma
Saṃsāra · Kelahiran semula
Sunyata · Pratitya-samutpada
Karma

Tokoh Utama

Gautama Buddha
Pengikut · Tokoh Buddha kemudian

Amalan dan Pencapaian

Tahap Buddha · Budisatwa
Empat Peringkat Makrifat · Parami
Tafakur · Orang Berumahtangga

Kawasan-kawasan

Asia Tenggara · Asia Timur
India · Sri Lanka · Tibet
Negara-negara Barat

Mazhab

Theravāda · Mahāyāna
Vajrayāna · Mazhab awal

Teks

Hukum Pali · Sutra Mahayana
Hukum Tibet

Kajian Perbandingan
Kebudayaan · Senarai Topik
Portal: Agama Buddha

Sejarah agama Buddha, sebuah agama yang diasaskan oleh manusia yang Bernama Siddharta Gotama mulai dari abad ke-6 SM dan oleh itu, adalah salah satu agama tertua yang masih dianut di dunia. Sepanjang masa ini, unsur kebudayaan India ditambah dengan unsur-unsur kebudayaan Yunani, Asia Tengah, Asia Selatan, dan Asia Utara. Dalam proses perkembangannya ini, agama ini praktis telah menyentuh hampir seluruh benua Asia. Sejarah agama Buddha juga ditandai dengan perkembangan banyak aliran dan mazhab, serta perpecahan-perpecahan. Yang utama di antaranya adalah aliran tradisional Theravada , Mahayana, dan Vajrayana (Bajrayana) yang sejarahnya ditandai dengan masa pasang dan surut.

Kehidupan Siddharta Gotama

[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Siddharta Gotama

Menurut tradisi Buddha, Siddharta Gautama dilahirkan daripada puak Sakya pada awal masa Magadha (546324 SM), di sebuah kota, selatan pergunungan Himalaya yang bernama Lumbini. Sekarang kota ini terletak di Nepal sebelah selatan. Beliau juga dikenali dengan nama Sakyamuni (harfiah: "orang bijak daripada kaum Sakya").

Setelah kehidupan awalnya yang penuh kemewahan di bawah perlindungan ayahnya, Raja Kapilavastu (kemudian hari digabungkan dengan kerajaan Magadha), Siddharta melihat kenyataan kehidupan sehari-hari dan menyimpul bahawa kehidupan nyata, pada hakikatnya adalah kesengsaraan yang tak dapat dihindari. Siddharta kemudian meninggalkan kehidupan mewahnya yang tak berertinya lalu menjadi seorang zahid. Kemudian ia berpendapat bahawa bertapa juga tak ada ertinya, lalu mencari jalan tengah antara kehidupan berfoya-foya yang terlalu memuaskan hawa nafsu dan kehidupan zahid yang terlalu menyeksa diri.

Di bawah sebuah pokok ara suci (Ficus religiosa), sekarang dikenali sebagai pohon Bodhi, ia berikrar tidak akan meninggalkan tempat duduknya sehingga ia menemukan Kebenaran. Pada usia 35 tahun, ia mencapai Makrifat. Pada saat itu, ia dikenali sebagai Gautama Buddha, atau hanya "Si Buddha" saja, sebuah perkataan Sanskerta yang bererti "ia yang sedar" (dari kata budh+ta).

Untuk 45 tahun selanjutnya, ia menelusuri Dataran Ganga di tengah India (daerah mengalirnya Sungai Ganga dan anak-anak sungainya), sembari menyebarkan ajarannya kepada sejumlah orang yang berbeza-beza.

Keengganan Buddha untuk mengangkat seorang pewaris atau merasmikan ajarannya mengakibatkan munculnya banyak aliran dalam tempoh 400 tahun selanjutnya: mula-mulanya aliran-aliran mazhab Buddha Nikaya yang sekarang hanya masih tersisa Theravada, dan kemudian terbentuknya mazhab Mahayana, sebuah gerakan seluruh Buddhisme yang didasarkan pada penerimaan kitab-kitab baru.

Tahap agama Buddha

[sunting | sunting sumber]

Sebelum disebarkan di bawah perlindungan Maharaja Asoka pada abad ke-3 SM, agama Buddha kelihatannya hanya sebuah fenomena kecil saja, dan sejarah peristiwa-peristiwa yang membentuk agama ini tidaklah banyak tercatat. Dua majlis (sidang umum) pembentukan dikatakan pernah terjadi, meski pengetahuan kita akan ini berdasarkan catatan-catatan daripada kemudian hari. Majlis-majlis ini berusaha untuk menjelaskan perasmian doktrin-doktrin agama Buddha, dan perpecahan yang menyusul dalam gerakan Buddha.

Majlis Pertama Buddhisme Pertama (abad ke-5 SM)

[sunting | sunting sumber]

Majlis pertama Buddha diadakan tidak lama setelah Buddha wafat di bawah perlindungan Raja Ajatasatru dari Empayar Magadha, dan dipengerusi oleh seorang sami bernama Mahakasyapa di Rajagrha (sekarang disebut Rajgir). Tujuan majlis ini adalah untuk menetapkan kutipan-kutipan agama Buddha (sutra (Buddha)) dan mengkodifikasikan hukum-hukum biarawan (Vinaya): Ananda, salah seorang murid utama Buddha dan saudara sepupunya, diundang untuk menyebutkan ajaran-ajaran Buddha satu persatu, dan Upali, seorang murid lainnya, menyebutkan hukum-hukum vinaya seingat mereka. Ini kemudian menjadi dasar hukum Pali yang telah menjadi teks rujukan dasar pada seluruh masa sejarah agama Buddha.

Majlis Kedua Buddhisme (383 SM)

[sunting | sunting sumber]

Majlis kedua Buddhisme diadakan oleh Raja Kalasoka di Vaisali, mengikuti pertikaian-pertikaian antara mazhab tradisional dan gerakan-gerakan yang lebih terbuka tafsiran mereka dan memanggil diri mereka sendiri kaum Mahasanghika.

Mazhab-mazhab tradisional menganggap Buddha adalah seorang manusia biasa yang mencapai makrifat, yang juga biasa dicapai oleh para sami yang mentaati peraturan biarawan dan mengamalkan ajaran Buddha demi mengatasi samsara dan mencapai arhat. Namun kaum Mahasanghika yang ingin memisahkan diri, menganggap ini terlalu individualistik dan terlalu mementingkan diri. Mereka menganggap bahawa tujuan untuk menjadi arhat tidak cukup, dan menyatakan bahawa tujuan yang sejati adalah mencapai status Buddha penuh dan dengan itu, membuka membuka jalan untuk faham Mahayana yang kelak muncul. Mereka menjadi pendukung peraturan biarawan yang lebih longgar dan yang lebih menarik bagi sebahagian besar orang biasa (itulah maknanya nama mereka bererti kumpulan "besar" atau "majoriti").

Majlis ini berakhir dengan penolakan ajaran kaum Mahasanghika. Mereka meninggalkan persidangan dan bertahan selama beberapa abad di bahagian barat laut India, serta di Asia Tengah, menurut prasasti-prasasti Kharoshti yang ditemukan dekat Oxus dan bertarikh abad pertama.

Dakwah Asoka (+/- 260 SM)

[sunting | sunting sumber]

Maharaja Asoka dari Empayar Maurya (273232 SM) masuk agama Buddha setelah menaklukkan wilayah Kalingga (sekarang Orissa) di India timur secara berdarah. Kerana menyesali perbuatannya yang keji, maharaja ini lalu memutuskan untuk meninggalkan kekerasan dan menyebarkan ajaran Buddha dengan membangun stupa-stupa dan tiang-tiang di mana ia menghimbau untuk menghormati segala makhluk hidup dan mengajak orang-orang untuk mentaati Dharma. Asoka juga membina jalan raya dan rumah sakit, rumah persinggahan, universiti, dan sistem pengairan di seluruh negara. Baginda juga memperlakukan sebuah orang taklukannya dengan sama, tanpa mengira agama, politik, atau kasta mereka.

Tempoh ini menandai penyebaran agama Buddha di luar India. Menurut prasasti-prasasti dan tiang-tiang yang ditinggalkan Asoka (piagam-piagam Asoka), utusan dikirimkan ke pelbagai negara untuk menyebarkan agama Buddha, sampai sejauh kerajaan-kerajaan Yunani di barat, terutamanya ke kerajaan Baktria-Yunani yang merupakan wilayah tetangga. Kemungkinan besar mereka juga sampai di daerah Laut Tengah menurut prasasti-prasasti Asoka.

Majlis Ketiga Buddhisme (+/- 250 SM)

[sunting | sunting sumber]

Maharaja Asoka memulakan Majlis Buddhisme yang ketiga sekitar tahun 250 SM di Pataliputra (sekarang Patna). Majlis ini dipimpin oleh sami Moggaliputta. Tujuan majlis adalah untuk mendamaikan mazhab-mazhab Buddhisme yang berbeza-beza, memurnikan gerakan Buddhisme, terutamanya dari puak-puak oportunis yang tertarik dengan naungan-naungan diraja, dan untuk menyelia penghantaran mubaligh-mubaligh Buddha ke dunia yang dikenal.

Hukum Pali (Tipitaka, atau Tripitaka dalam bahasa Sanskerta, dan secara harfiah bererti "Tiga Bakul"), yang terdiri daripada teks-teks rujukan tradisional Buddhisme dan dianggap diturunkan langsung dari Buddha, dirasmikan penggunaannya saat itu. Tipitaka terdiri daripada doktrin (Sutra Pitaka), peraturan biarawan (Vinaya Pitaka) dan ditambah dengan kumpulan falfasah (Abhidharma Pitaka).

Usaha-usaha Asoka untuk memurnikan agama Buddha juga mengakibatkan pengucilan gerakan-gerakan lain yang muncul. Terutama, setelah tahun 250 SM, kaum Sarvastidin (yang telah ditolak oleh Majlis ketiga, menurut tradisi Theravada) dan kaum Dharmaguptaka menjadi berpengaruh di India barat laut dan Asia Tengah, sampai masa Empayar Kushan pada abad-abad pertama Masihi. Para pengikut Dharmaguptaka memiliki ciri khas kepercayaan mereka bahawa Buddha berada di atas dan terpisah dari anggota komuniti Buddha lainnya. Sedangkan kaum Sarvastivadin percaya bahawa masa lampau, masa kini dan masa depan terjadi pada saat yang sama.

Dunia Yunani

[sunting | sunting sumber]

Beberapa prasati Piagam Asoka menulis tentang usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh Asoka untuk mempromosikan agama Buddha di dunia Yunani, yang kala itu berkesinambungan tanpa putus dari India sampai Yunani. Piagam-piagam Asoka menunjukkan pemahaman yang mendalam mengenai sistem politik di wilayah-wilayah Yunani: tempat dan lokasi raja-raja Yunani penting disebutkan, dan mereka disebut sebagai penerima dakwah agama Buddha: Antiokhus II Theos dari Kerajaan Seleukus (261–246 SM), Ptolemeus II Filadelfos dari Mesir (285–247 SM), Antigonus Gonatas dari Macedonia (276–239 SM), Magas dari Kirene (288–258 SM), dan Alexander dari Epirus (272–255 SM).

Dakwah agama Buddha semasa pemerintahan Maharaja Asoka (260218 SM).
"Penaklukan Dharma telah dilaksanakan dengan berhasil, pada perbatasan dan bahkan enam ratus yojana (6,400 kilometer) jauhnya, di mana Raja Yunani Antiochos memerintah, di sana di mana empat raja bernama Ptolemeus, Antigonos, Magas dan Alexander bertakhta, dan juga di sebelah selatan di antara kaum Chola, Pandya, dan sejauh Tamraparni." (Piagam Asoka, Piagam Batu ke-13, S. Dhammika)

Kemudian, menurut beberapa sumber dalam bahasa Pali, beberapa utusan Asoka adalah sami-sami Yunani, yang menunjukkan eratnya pertukaran agama antara kedua-dua budaya ini:

"Ketika thera (orang tua-tua) Moggaliputta, pencerah agama bagi si Penakluk (Asoka) telah menyelesaikan Majlis (ke-3) [...], baginda mengirimkan thera-thera yang satu ke mari yang lain ke sana: [...] dan ke Aparantaka (negeri-negeri barat yang biasanya merujuk Gujarat dan Sindhu), beliau mengirimkan seorang Yunani (Yona) bernama Dhammarakkhita". (Mahavamsa XII).

Tidaklah jelas seberapa jauh interaksi ini berpengaruh, tetapi beberapa pakar mengatakan bahawa sampai tingkat tertentu ada asimilasi antara falsafah Yunani dan ajaran Buddha di tanah-tanah Yunani kala itu. Mereka terutama menunjukkan keberadaan komuniti Buddha di Dunia Yunani kala itu, terutama di Alexandria (disebut oleh Clemens dari Alexandria), dan kewujudan sebuah mazhab biarawan pra-Kristian bernama Therapeutae (kemungkinan diambil dari kata Pali "Theraputta"), yang kemungkinan "mengambil ilham daripada ajaran-ajaran dan penerapan ilmu kezahidan Buddhisme" (Robert Lissen).

Mulai dari tahun 100 SM, lambang "bintang di tengah mahkota", juga secara alternatif disebut "cakra beruji delapan" dan kemungkinan dipengaruhi reka bentuk Dharmacakra Buddha, mulai muncul dalam duit-duit syling raja Yahudi, Raja Alexander Yaneus (103-76 SM). Alexander Yaneus dihubungkan dengan mazhab Saduki Yunani dan dengan mazhab biarawan Essenes, yang merupakan pendahulu-pendahulu agama Kristian. Penggambaran cakera atau roda beruji delapan ini dilanjutkan oleh jandanya, Ratu Alexandra, sampai orang Rom menyerang Judea pada 63 SM.

Batu-batu nisan Buddha dari era Ptolemeus juga ditemukan di kota Alexandria, dengan hiasan Dharmacakra (Tarn, "The Greeks in Bactria and India"). Mengulas tentang kewujudan penganut-penganut Buddhisme di Alexandria, beberapa pakar menyatakan bahawa "Kelak pada tempat ini juga beberapa pusat agama Kristian yang paling aktif didirikan" (Robert Linssen "Zen living").

Pengembangan ke Asia

[sunting | sunting sumber]

Di daerah-daerah sebelah timur subbenua India (sekarang Myanmar), budaya India banyak mempengaruhi suku bangsa Mon. Dikatakan suku Mon mulai masuk agama Buddha sekitar tahun 200 SM berkat dakwah Maharaja Asoka dari India, sebelum perpecahan antara aliran Mahayana dan Hinayana. Candi-candi agama Buddha Mon awal, seperti Peikthano di Myanmar tengah, ditarikh berasal dari abad pertama sampai abad ke-5 Masihi.

Penggambaran suku Mon mengenai (Dharmacakra), seni dari Dvaravati, +/-abad ke-8.

Seni agama Buddha suku Mon terutama dipengaruhi seni India kaum Gupta dan tempoh-tempoh pasca Gupta. Gaya tersendiri mereka menyebar ke Asia Tenggara mengikuti pengembangan kerajaan Mon antara abad ke-5 dan abad ke-8. Aliran Theravada meluas di bahagian utara Asia Tenggara di bawah pengaruh Mon, sampai diganti secara bertahap dengan aliran Mahayana sejak abad ke-6.

Agama Buddha konon dibawa ke Sri Lanka oleh putera Asoka Mahinda dan enam kawannya semasa abad ke-2 SM. Mereka berhasil menarik Raja Devanampiva Tissa dan banyak anggota bangsawan masuk agama Buddha. Inilah waktunya apabila biara Mahavihara, pusat aliran Ortodoks Singhala, dibangun. Hukum Pali dimulai ditulis di Sri Lanka semasa kekuasaan Raja Vittagamani (memerintah 2917 SM), dan tradisi Theravada berkembang di sana. Beberapa pengulas agama Buddha juga bermukim di sana seperti Buddhaghosa (abad ke-4 sampai ke-5). Meski aliran Mahayana kemudian mendapatkan pengaruh kala itu, akhirnya aliran Theravada yang berjaya dan Sri Lanka akhirnya menjadi benteng terakhir aliran Theravada, dari mana aliran ini akan disebarkan lagi ke Asia Tenggara mulai abad ke-11.

Ada pula sebuah legenda, yang tidak didukung langsung oleh bukti-bukti piagam, bahawa Asoka pernah mengirim seorang mubaligh ke utara, melalui pergunungan Himalaya, menuju ke Khotan di Lembangan Tarim, kala itu tanah sebuah bangsa Indo-Eropah, bangsa Tokharia.

Lihat pula: Piagam-piagam Asoka

Penindasan oleh dinasti Sungga (abad ke-2 sampai abad ke-1 SM)

[sunting | sunting sumber]

Dinasti Sungga (18573 SM) didirikan pada tahun 185 SM, lebih kurang 50 tahun setelah mangkatnya Maharaja Asoka. Setelah membunuh Raja Brhadrata (raja terakhir dinasti Maurya), hulubalang tentera Pusyamitra Sunga naik takhta. Ia adalah seorang Brahmin ortodoks, dan Sunga dikenali kerana kebencian dan penindasannya terhadap kaum-kaum Buddha. Dicatat ia telah "merosak biara dan membunuh para sami" (Divyavadana, m.s. 429–434): 84,000 stupa Buddhisme yang telah dibangun Asoka dirosak (R. Thaper), dan 100 keping duit syling emas ditawarkan untuk setiap kepala sami Buddha (Indian Historical Quarterly, Jilid XXII, halaman 81 dst. dikutip di Hars.407). Sejumlah besar biara Buddha diubah menjadi kuil Hindu, seperti di Nalanda, Bodhgaya, Sarnath, dan Mathura.

Interaksi Buddha-Yunani (abad ke-2 sampai abad pertama Masihi)

[sunting | sunting sumber]
Drakhma perak Menander I (berkuasa +/- 160–135 SM).
Obv: huruf Yunani, BASILEOS SOTHROS MENANDROY secara harafiah "Raja Penyelamat Menander".

Di wilayah-wilayah barat subbenua India, kerajaan-kerajaan Yunani yang bertetangga sudah ada di Baktria (sekarang di Afghanistan utara) semenjak penaklukan oleh Alexander yang Agung pada sekitar 326 SM: pertama-tama kaum Seleukus dari lebih kurang tahun 323 SM, lalu Kerajaan Baktria-Yunani dari lebih kurang tahun 250 SM.

Raja Baktria-Yunani Demetrius I dari Baktria, menyerang India pada tahun 180 SM dan sampai sejauh Pataliputra. Kemudian sebuah Kerajaan Yunani-India didirikan yang akan berlangsung di India bahagian utara sampai akhir abad ke-1 SM.

Agama Buddha berkembang di bawah naungan raja-raja Yunani-India, dan pernah diutarakan bahawa maksud mereka menyerang India adalah untuk menunjukkan dukungan mereka terhadap Empayar Maurya dan melindungi para penganut agama Buddha daripada penindasan kaum Sungga (18573 SM).

Arca Buddha-Yunani, salah satu penggambaran Buddha, abad pertama sampai abad ke-2 Masehi, Gandhara.

Salah seorang raja Yunani-India yang termasyhur adalah Raja Menander I (yang berkuasa dari +/- 160135 SM). Kelihatannya beliau masuk agama Buddha dan digambarkan dalam tradisi Mahayana sebagai salah satu penaung agama ini, sama dengan Maharaja Asoka atau seorang raja Kushan dari masa yang akan datang, Raja Kaniska. Duit-duit syling Menander memuat tulisan "Raja Penyelamat" dalam bahasa Yunani, dan "Maharaja Dharma" dalam askara Kharosti. Pertukaran budaya secara langsung ditunjukkan dalam dialog Milinda Panha antara raja Yunani Menander I dan sami Nagasena pada sekitar tahun 160 SM. Setelah mangkatnya, maka demi menghormatinya, abu pembakarannya dituntut oleh kota-kota yang dikuasainya dan ditaruh di stupa-stupa pemujaannya, mirip dengan Gautama Buddha (Plutarkhus, Praec. reip. ger. 28, 6).

Interaksi antara budaya Yunani dan Buddha kemungkinan memiliki pengaruh dalam perkembangan aliran Mahayana, sementara kepercayaan ini mengembangkan pendekatan falsafahnya yang canggih dan perlakuan Buddha yang mirip dengan dewa-dewi Yunani. Kira-kira juga kala seperti ini pelukisan Buddha secara antropomorfik dilakukan, sering kali dalam bentuk gaya seni Buddha-Yunani: "Seseorang boleh menganggap pengaruh klasik sebagai merangkumi gagasan umum bagi mewakili seorang dewi-manusia dalam bentuk manusia tulen dan ini sudah tentunya merupakan sesuatu yang amat biasa di dunia Barat. Adalah amat mungkin bahawa contoh perlakuan orang-orang barat terhadap dewa-dewi mereka merupakan satu faktor yang penting dalam pembaharuan ini." (Boardman, "The Diffusion of Classical Art in Antiquity").

Berkembangnya aliran Mahayana (Abad Pertama SM-Abad ke-2)

[sunting | sunting sumber]
Duit syling emas Empayar Kushan memperlihatkan Maharaja Kanishka I (~100–126 Masihi) dengan sebuah lukisan Yunani Buddha, dengan perkataan "Boddo" dalam huruf Yunani.

Berkembangnya agama Buddha Mahayana dari abad ke-1 SM diiringi dengan perubahan kompleks politik di India barat laut. Kerajaan-kerajaan Yunani-India ini secara bertahap dikalahkan dan diasimilasi oleh kaum nomad Indo-Eropah yang berasal dari Asia Tengah, yaitu kaum Schytia India, dan lalu kaum Yuezhi, yang mendirikan Empayar Kushan dari kira-kira tahun 12 SM.

Kaum Kushan menunjang agama Buddha dan majlis keempat Buddha kemudian dibuka oleh Maharaja Kanishka pada kira-kira tahun 100 Masihi di Jalandhar atau di Kashmir. Peristiwa ini sering kali dikaitkan dengan munculnya aliran Mahayana secara rasmi dan pecahnya aliran ini dengan aliran Theravada. Mazhab Theravada tidak mengakui kesahan majlis ini dan sering kali menyebutnya "majlis sami bidaah".

Konon Kanishka mengumpulkan 500 orang sami di Kashmir, yang diketuai oleh Vasumitra, untuk menyunting Tripitaka dan memberikan ulasan. Maka konon pada majlis ini telah dihasilkan 300,000 rangkap dan lebih dari 9 juta dalil. Karya ini memerlukan masa 12 tahun untuk diselesaikan.

Majlis ini tidak berdasarkan hukum Pali yang asli (Tipitaka). Sebaliknya, sekumpulan teks-teks suci disahkan dan juga prinsip-prinsip dasar doktrin Mahayana disusun. Teks-teks suci yang baru ini, biasanya dalam bahasa Gandhari dan askara Kharosthi kemudian ditulis ulang dalam bahasa Sanskerta yang sudah menjadi bahasa klasik. Bagi banyak pakar, hal ini merupakan titik peralihan yang penting dalam penyebaran pemikiran Buddha.

Wujud baru Buddhisme ini ditandai dengan pelakuan Buddha yang mirip dilakukan bagaikan Dewa atau bahkan Tuhan. Gagasan yang berada di belakangnya ialah bahawa semua makhluk hidup memiliki alam dasar Buddha dan sewajarnya bercita-cita mencapai "Kebuddhaan". Ada pula asimilasi keagamaan terjadi kerana pengaruh banyak kebudayaan yang berada di bahagian barat laut India, dan di Empayar Kushan.

Penyebaran Mahayana (Abad pertama sampai abad ke-10 Masihi)

[sunting | sunting sumber]
Penyebaran aliran Mahayana antara abad pertama - abad ke-10 Masihi.
Penyebaran aliran Buddha Theravada dari abad ke-11.

Dari saat itu dan dalam kurun waktu beberapa abad, MahayaLink titlena berkembang dan menyebar ke arah timur. Dari India ke Asia Tenggara, lalu juga ke utara ke Asia Tengah, China, Korea, dan akhirnya Jepun pada tahun 538.

Kelahiran kembali Theravada (abad ke-11 sampai sekarang)

[sunting | sunting sumber]

Mulai abad ke-11, hancurnya agama Buddha di subbenua India oleh serbuan Islam menyebabkan kemunduran aliran Mahayana di Asia Tenggara. Laluan daratan lewat subbenua India menjadi bahaya, maka arah perjalanan laut langsung di antara Timur Tengah lewat Sri Lanka dan ke China terjadi, menyebabkan dipeluknya aliran Theravada hukum Pali, lalu diperkenalkan ke daerah sekitarnya pada sekitar abad ke-11 dari Sri Lanka.

Raja Anawrahta (10441077), pendiri sejarah Empayar Birma, menyatukan negara dan memeluk aliran Theravada. Ini memulai membangun beribu-ribuan candi Buddha Pagan, ibu kota, antara abad ke-11 dan abad ke-13. Sekitar 2,000 di antaranya masih berdiri. Kekuasaan orang Birma surut dengan kenaikan orang Thailand, dan dengan ditaklukannya ibu kota Pagan oleh orang Mongolia pada 1287, tetapi aliran Buddha Theravada masih merupakan kepercayaan utama rakyat Myanmar sehingga hari ini.

Kepercayaan Theravada juga dipeluk oleh kerajaan etnik Thai Sukhothai sekitar 1260. Theravada lebih jauh menjadi kuat selama masa Ayutthaya (abad ke-14 sampai abad ke-18), menjadi bahagian penting dalam masyarakat Thai. Di daratan Asia Tenggara, Theravada terus menyebar ke Laos dan Kemboja pada abad ke-13.

Tetapi mulai abad ke-14, di daerah-daerah ujung pesisir dan kepulauan Asia Tenggara, pengaruh Islam ternyata lebih kuat, berkembang ke Malaysia, Indonesia, dan kebanyakan pulau hingga ke selatan Filipina.

  • (Inggeris) Damien Keown. Dictionary of Buddhism, Oxford University Press, 2003. ISBN 0-19-860560-9
  • (Inggeris) John Boardman. The Diffusion of Classical Art in Antiquity", Princeton University Press, 1994. ISBN 0-691-03680-2
  • (Inggeris) Robert Linssen. Living Zen, Grove Press, New York, 1958. ISBN 0-8021-3136-0
  • (Inggeris) National Museum Arts asiatiques- Guimet (Editions de la Reunion des Musées Nationaux, Paris, 2001). ISBN 2-7118-3897-8.
  • (Inggeris) Richard Foltz. Religions of the Silk Road, St. Martin’s Griffin, New York, 1999. ISBN 0-312-23338-8
  • (Inggeris) Thomas McEvilley. The Shape of Ancient Thought. Comparative studies in Greek and Indian Philosophies, Allworth Press, New York, 2002. ISBN 1-58115-203-5
  • (Inggeris) The Times Atlas of Archeology, Times Books Limited, London, 1991. ISBN 0-7230-0306-8
  • (Inggeris) Sir Charles Eliot. Japanese Buddhism. ISBN 0-7103-0967-8
  • (Inggeris) Sir Charles Eliot. Hinduism and Buddhism: An Historical Sketch. ISBN 81-215-1093-7