Pergi ke kandungan

Seirogan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seirogan
Seirogan
Data klinikal
Nama dagangSeirogan
Pengecam
Nombor CAS

Seirogan (正露丸 formerly 征露丸) adalah sebuah ubat yang dijual di Jepun sebagai ubat rawatan untuk sakit perut (terutamanya untuk sakit cirit-birit), yang dimana ramuan aktif utamanya ialah "kreosot kayu" (Kreosot adalah cecair yang dihasilkan daripada penyulingan minyak tar (terutama tar arang) dan digunakan untuk mengawet kayu[1]).

Nama itu secara nominal adalah tanda dagangan berdaftar milik syarikat Taiko Pharmaceutical [ja] (大幸薬品, Taikō Yakuhin) yang berpangkalan di Suita, Osaka. Syarikat ini masih merupakan pemegang saham pasaran utama untuk produk ini, tetapi penguatkuasaan nama dagangan itu telah dibatalkan oleh Mahkamah Agung Jepun, yang memutuskan seirogan sebagai nama generik biasa. Keputusan itu hanya mengiktiraf penggunaan hak milik logo terompet oleh Taiko, [2] tetapi bukan perlindungan pembungkusan khususnya. Disebabkan itu, berpuluh-puluh ubat pembungkusan yang sangat serupa sedang dikilang dan dijual di pasaran. [2]

Gambaran keseluruhan

[sunting | sunting sumber]

Seirogan ialah ubat untuk penggunaan am, terutamanya untuk merawat kesakitan di sistem gastro-usus. Ia mengandungi kreosot kayu-tar (木クレオソート) sebagai bahan aktif utamanya. [3] Ramuan ini mungkin dipanggil dengan nama seperti "kreosot kayu", "kreosot kayu beech", atau "minyak padang cecair" di Barat, dan harus dibezakan daripada "kreosot tar arang batu" yang digunakan di dalam industri yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan, kreosot kayu di Jepun kadangkala dipanggil dengan nama seperti Nikkyokuhō kureosōto (日局方クレオソート, "Japanese Pharmacopoeia creosote") dan varian kecil daripadanya.

Kreosot kayu diadun campur dengan dua atau lebih ubat mentah (生薬, shōyaku) yang mempunyai kesan antiseptik dan diiktiraf dalam katalog Chinese materia medica (漢方薬, kanpōyaku). Akan tetapi bahan tambahan yang digunakan adalah berbeza mengikut pengeluar ubat mentah (Lihat di bawah § Komposisi kimia untuk persampelan formula). Sesetengah pihak (mungkin pengamal perubatan kanpō dan lain-lain) telah menegaskan yang bahawa "Seirogan tidak tergolong dalam perubatan kanpō (perubatan dari China)", dan perkara ini telah dicetak dengan tegas dalam sebuah buku perubatan untuk pengguna yang mengkritik seirogan tetapi akhirnya buku ini telah ditarik balik kerana mereka terkeliru kreosot kayu untuk perubatan dengan kreosot kayu untuk industri bukan perubatan [4] (Lihat § Kontroversi tuduhan ).

Secara asasnya, ia adalah sebuah pil bulat bewarna coklat gelap. Ia mempunyai bau yang kuat dan untuk menutupi bau dan kepahitan ubat ini, pengamal perubatan telah membuat Seirogan dalam bentuk tablet bersalut gula.

Tanda dagangan

[sunting | sunting sumber]

Nama "Seirogan" (正露丸) pernah difailkan untuk pendaftaran tanda dagangan oleh syarikat Taiko Pharmaceutical pada tahun 1954 [5]. Akan tetapi, terdapat kira-kira tiga puluh syarikat pesaing [5] seperti Izumi Yakuhin Kogyou Co., Ltd. [ja] yang membantah pendaftaran cubaan pendaftaran tanda dagangan ini dan hal ini membawa kepada "pentempuran" yang panjang dari perbalahan di Pejabat permohonan Paten sehinggalah ke mahkamah. Mahkamah Daerah Tokyo menolak tuntutan syarikat Taiko terhadap penggunaan tanda dagangan nama Seirogan, dan Mahkamah Agung Jepun mengekalkan keputusan itu[2] pada tahun 1974. Mahkamah Agung juga telah menyampaikan pendapat yang bahawa nama seirogan telah bertukar menjadi kata nama am dan mana-mana syarikat yang ingin menggunakan nama Seirogan (正露丸) sebagai nama di produk mereka adalah sah dan tidak merupakan pelanggaran mana-mana hak harta inteleknya. Mahkamah juga tidak mengiktiraf hak eksklusif syarikat Taiko Pharmaceutical untuk menggunakan skema warna dan reka bentuk grafik tersendiri pada kotak yang dibungkus (dan label pelekat pada botol pil), kecuali logo produk yang menggambarkan terompet (rujuk. §Pendaftaran tanda dagangan Taiko dan tuntutan mahkamah Izumi untuk membatalkan tanda dagangan ). [2]

Hasil daripada keputusan itu, terdapat banyak produk Seirogan di pasaran yang menampilkan logo selain terompet. Akan tetapi kebanyakan kotak pembungkusan untuk keluaran pelbagai syarikat kelihatan sangat serupa: [2] Izumi Yakuhin Kogyou (logo labu ), Kyokuto Co., Ltd. [ja] (logo segitiga dan beruang, digelar Yūtan [6] ). Rangkaian peruncit/kedai ubat Fujiyakuhin Co., Ltd. [ja] dan pemborong Fujiyakuhin Co., Ltd. [ja] juga memasarkan jenama mereka sendiri.

Pada tahun 2005, syarikat Taiko memfailkan tuntutan mahkamah terhadap sebuah syarikat pesaing untuk memfailkan tuntutan tindasan terhadap apa yang dianggap oleh syarikat Taiko sebagai barangan tiruan. Walaubagaimanapun, syarikat Taiko sekali lagi kalah dalam kes itu di mahkamah, dan Mahkamah Agung menolak rayuan pada tahun 2008 (rujuk. §Petisyen Taiko untuk injunksi terhadap amalan persaingan yang tidak adil ).

Lagu terompet yang dimainkan dalam iklan Taiko untuk produk itu ialah rakaman seruan terompet daripada terompet bekas Tentera Darat Imperial Jepun. Lagu tersebut digunakan untuk mengumumkan waktu makan, yang secara amnya dikenali sebagai Shokuji rappa (食事ラッパ, "Chowtime bugle") . Pasukan Pertahanan Diri Jepun masih menggunakan lagu untuk mengumukan waktu makan akan tetapi melodi pada masa kini adalah sebuah lagu yang berbeza.

Aspek perubatan

[sunting | sunting sumber]

Kegunaan dan kesan

[sunting | sunting sumber]

Seirogan sering digembar-gemburkan untuk berkesan dalam kesakitan berikut:

  1. Merawat dan meredakan sakit perut, cirit -birit, cirit-birit akibat gangguan penghadaman, keracunan makanan, muntah-muntah, pencemaran air ( dendam Montezuma ), usus berair amaran cirit-birit, najis lembut.
  2. Mengawal keadaan perut dan usus .
  3. Pulpitis -menyebabkan sakit rongga gigi . [7]

Sebelum Perang Dunia II, Seirogan dipercayai dapat memerangi batuk kering atau membantu seseorang yang mempunyai badan yang lemah, dan digunakan sebagai panacea (ubat penawar) (penawar-semua). [8]

Komposisi kimia

[sunting | sunting sumber]

(dos 1 hari untuk dewasa)

Seirogan keluaran Taiko Pharmaceutical

[sunting | sunting sumber]
(bahan utama)
  • kreosot tar kayu farmakope: 400 mg
  • daun gambir farmakope dan serbuk tangkai muda ( asenyaku (阿仙薬) ) : 200 mg
  • serbuk kulit pokok gabus Amur farmakope ( ōbaku (黄檗) ) : 300 mg
  • serbuk akar likuoris Cina farmakope ( kanzō (甘草) ) : 150 mg
  • ( chenpi (陳皮, chimpi) ) serbuk: 100 mg
(bahan tambahan)

Izumi Seirogan keluaram Izumi Yakuhin Kogyou

[sunting | sunting sumber]
(bahan utama)
  • kreosot tar kayu farmakope: 275 mg
  • farmacopoeial Japanese belladonna ( rōto (ロート) ) ekstrak: 19.8 mg
  • serbuk kayu manis farmakope: 49.5 mg
  • serbuk kulit kayu gabus Amur farmakope ( ōbaku ) : 99 mg
  • serbuk akar likuoris Cina farmakope ( kanzō ) : 165 mg
  • serbuk chenpi: 105 mg
(bahan tambahan)

Matsuba Seirogan keluaran Matsumoto Pharmaceutical Manufacture Co., Ltd.

[sunting | sunting sumber]
(bahan utama)
  • kreosot tar kayu farmakope: 400 mg
  • farmakope Amur kulit pokok gabus ( ōbaku ): 150 mg
  • serbuk akar likuoris Cina farmakope ( kanzō ) : 250 mg
  • kayu manis : 100mg
  • pharmacopoeial gentian ( genchiana (ゲンチアナ) ) serbuk akar: 100 mg
  • serbuk chenpi farmakope: 100 mg
(bahan tambahan)
  • gliserin
  • kanji beras
Iklan untuk Seirogan, 1930-an

Terdapat beberapa teori yang bertentangan mengenai asal usul ubat ini dan beberapa nama yang muncul sebagai pencipta asalnya.

Tentera Empayar Jepun, yang mengalami banyak halangan akibat sumber air yang tidak bersih semasa Perang China-Jepun pada akhir abad ke-19, sedang mengusahakan penyelesaian untuk memerangi penyakit berjangkit . Seorang Pakar bedah, Michitomo Tozuka (戸塚機知) yang merupakan seorang tenaga pengajar di Kolej Perubatan Tentera, mendapati pada tahun 1903 bahawa agen kreosot adalah penahan sakit yang berkesan untuk patogen demam kepialu. Manakala Syarikat Taiko Pharmaceutical mendakwa seorang saudagar perubatan yang berpangkalan di Osaka, bernama Saichi Nakajima (中島佐一) telah membangunkan Chūyū Seirogan (忠勇征露丸) setahun lebih awal daripada Michitomo Tozuka pada tahun 1902 dan memulakan jualan ubat tersebut. Perniagaan Saichi akhirnya diserahkan kepada syarikat Taiko.

Pejabat tinggi Kor Perubatan Tentera Darat, termasuk penulis Mori Ōgai (seorang tokoh sasterawan Jepun), memihak kepada pandangan Jerman bahawa beri-beri, sebuah penyakit yang mempunyai angka kematian yang lebih tinggi daripada demam kepialu adalah disebabkan oleh patogen yang boleh berjangkit yang belum diketahui asal-usulnya (sebaliknya, doktor terlatih British di tentera laut dengan betul melihatnya sebagai gangguan pemakanan). Didorong oleh pandangan salah mereka, tentera darat Jepun telah mengedarkan sejumlah besar Seirogan (dengan sifat antiseptiknya yang terbukti) di kalangan tentera untuk ditadbir setiap hari semasa Perang Rusia-Jepun pada tahun 1904-5. Dalam jurnal perubatan tentera tahun 1901, terdapat artikel menyebut pil itu sebagai Kureosōto gan (クレオソート丸) , tetapi dalam jurnal 1904-5 muncul nama Seirogan (征露丸 "Conquer Russia pills") . [9] Nama Seirogan digunakan secara meluas sebagai istilah akademik oleh doktor tentera selama kira-kira 4 tahun.

Tetapi ini adalah semasa zaman ketika konsep "ubat sebagai pencegah" masih belum diterima dan terdapat juga askar yang menentang menelan pil yang berbau aneh dan tidak dikenali, walaupun semasa diarahkan sedemikian. Pihak tertinggi memutuskan untuk menggunakan nama Maharaja Meiji semasa memberi arahan untuk memakan pil tersebut, para pegawai perlu memberitau ianya "mengikut kehendak Baginda Diraja". [9] Muslihat ini dilaporkan telah meningkatkan pematuhan askar terhadap pengambilan pil, menjadikan mereka kurang terdedah untuk dipaksa keluar dari medan perang kerana sakit perut atau cirit-birit. Para doktor tentera bagaimanapun kecewa apabila mendapati pil itu tidak menunjukkan sebarang kesan memerangi yang diingini terhadap mikrob beriberi (tidak wujud). Tentera berkeras untuk memberi makan kepada askar mereka dengan nasi putih tulen untuk meningkatkan semangat, tetapi itu membawa kepada diet kekurangan vitamin, sehingga satu daripada tiga lelaki yang berkhidmat dalam Perang Rusia-Jepun telah diserang penyakit beri-beri, dan 27,800 orang mati disebabkan kekurangan khasiat. Sementara itu, tentera laut Jepun awal-awal lagi menyimpulkan bahawa beriberi adalah gangguan pemakanan, dan menambah roti dan mugimeshi (麦飯) (gandum atau campuran beras gandum yang dimasak wap seperti nasi) ke dalam makanan harian mereka, supaya tiada seorang pun askar mereka yang jatuh sakit dengan penyakit beriberi. .

Walaupun Seirogan terbukti tidak berdaya melawan penyakit beri-beri, sifat antidiarrheal dan kesan melegakan sakit gigi hasil dari memakan pil tersebut diteruskan. Kebolehan ubat Seirogan malah telah digempar-gempurkan oleh veteran perang yang dihantar pulang ke kampung halaman masing-masing. Di tengah-tengah suasana kemenangan dalam peperangan, nama Seirogan menjadi "penawar-semua yang mengalahkan Rusia" dan banyak pengilang ubat bergegas untuk mengeluarkan pil yang menjadi ubat kebangsaan yang unik kepada Jepun.

Reputasi keberkesanan ubat Seirogan juga tersebar di kawasan jajahan Jepun sebelum berakhirnya Perang Dunia II. Seirogan dikatakan merupakan salah satu barang yang popular untuk dibeli oleh pengembara dari negara Taiwan, Hong Kong, Republik Rakyat China dan negara Asia uang lain.

Ubat ini tidak lagi menjadi sebahagian daripada bekalan kit ketenteraan biasa pada tahun 1906, tetapi pihak tentera terus memastikan bekalan Seirogan sentiasa ada untuk digunakan. Pada tahun 2007, ubat Seirogan adalah sebahagian daripada kit bekalan yang diberikan kepada SDF semasa Misi PBB di Nepal .

Selepas peperangan dengan Rusia, dan selepas Perang Dunia II, panduan pentadbiran mengeluarkan sebuah panduan terhadap penggunaan aksara kanji 征 (Sei, "conquer"). Hal ini kerana kanji tersebut memberikan makna yang kontroversi (kanji tersebut bermakna "menjajah") dan ini merupakan perkara yang tidak diingini dari sudut hubungan antarabangsa. Jadi dalam kebanyakan kes, nama bertulis pil itu ditukar kepada 正露丸 ("right dew pill") . Taiko Pharmaceutical membuat perubahan nama pada tahun 1949. [10] Tetapi hanya satu pengeluar yang masih menggunakan nama Nihon Iyakuhin Seizō (日本医薬品製造). Kanji di dalam nama tersebut mempunyai palitan dengan tulisan lama yang berbunyi "menaklukkan".

Pertikaian hak harta intelek

[sunting | sunting sumber]

Pendaftaran tanda dagangan Taiko dan tuntutan mahkamah Izumi untuk membatalkan tanda dagangan

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1946, [10] syarikat Taiko Pharmaceutical [ja] yang merupakan pengeluar utama pil itu, telah memperoleh melalui rundingan rasmi dengan syarikat Saichi Nakajima mengenai hak untuk terus menjual pil "Chūyū Seirogan" milik syarikat Saichi Nakajima. Sehubungan dengan itu, pada tahun 1954, syarikat Taiko telah membuat tuntutan untuk penggunaan eksklusif nama "Seirogan", dan memfailkan pendaftaran tanda dagangan.

Syarikat pengeluar lain yang juga menghasilkan ubat jenis seirogan telah membantah pendaftaran tanda dagangan ini dan bantahan ini diketuai oleh syarikat Izumi Yakuhin Kogyou Co., Ltd. [ja] yang telah membangunkan formula kreosotnya yang tersendiri. Syarikat Izumi telah membekalkan pihak tentera dengan seirogan keluaran mereka sepanjang Perang Dunia II walaupun semasa kekurangan bekalan. Kumpulan itu telah membuat petisyen kepada Pejabat Paten pada April tahun 1955 untuk membatalkan tanda dagangan itu. Hanya pada April tahun 1960, Pejabat Paten mengeluarkan keputusannya untuk mengekalkan tanda dagangan berdaftar. Tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kumpulan itu memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Tokyo, yang pada September tahun 1971, memutuskan bahawa "Seirongan diiktiraf oleh penduduk negara ini sebagai nama biasa untuk sebuah ubat pengawal selia usus yang menggunakan kreosot sebagai bahan utama, dan [mahkamah dengan ini] membatalkan keputusan Pejabat Paten untuk menjadikannya sebagai tanda dagangan proprietari". Keputusan ini telah dikekalkan oleh Mahkamah Agung Jepun dan memuktamadkan keputusan itu pada Mac tahun 1974.

Walaubagaimanapun, tanda dagangan berdaftar Seirogan masih dikekalkan sebagai berdaftar (No. Pendaftaran Cap Dagangan 545984). Hal pengekalan tanda dagangan berdaftar ini adalah tidak jelas kerana keputusan mahkamah agung telah mengatakan pembatalannya. Antara sebab tanda dagangan tidak hilang secara automatik adalah ia perlu melalui proses semakan Pejabat Paten. Pejabat Paten mungkin telah mengandaikan bahawa keputusan Mahkamah telah berjaya mencapai tujuan atau remedi yang diminta oleh pempetisyen dan ini mengelakkan keperluan untuk membuat semakan yang lain. Pendapat Mahkamah menyatakan dengan jelas bahawa nama Seirogan telah bertukar menjadi kata nama biasa, yang bermaksud bahawa keistimewaan tanda dagangan (hak proprietari) ke atasnya tidak dilindungi atau boleh dikuatkuasakan menurut Akta Cap Dagangan Jepun, Perkara 26, Perenggan 2.

Sehubungan dengan itu, syarikat selain syarikat Taiko dibenarkan menjual dadah di bawah nama "Seirogan" dan berdasarkan keputusan Mahkamah Agung, perkara ini tidak melanggar hak tanda dagangan. Percubaan litigasi oleh syarikat Taiko pada Ogos tahun 2005 juga gagal mewujudkan hak proprietarinya. Tetapi pendapat Mahkamah secara ingin tahu memberi kelonggaran, membenarkan kemungkinan pembalikan masa depan bergantung pada peralihan dalam konvensyen popular. Seirogan ialah salah satu daripada beberapa nama ubat farmaseutikal yang diberikan status domain awam. Sebuah ubat yang mempunyai kes seperti ini adalah ubat aspirin.

Petisyen Taiko untuk mendapatkan injunksi terhadap amalan persaingan yang tidak adil

[sunting | sunting sumber]

Pada 24 November tahun 2005, [11] syarikat Taiko Pharmaceutical telah memfailkan saman terhadap syarikat Izumi Yakuhin Kogyou di Osaka District Court [ja]. Mereka mendakwa syarikat Izumi telah menjual barangan ubat Seirogan dengan pembungkusan yang serupa dan ini merupakan tindakan amalan persaingan yang tidak adil di bawah Unfair Competition Prevention Act (Japan) [ja] untuk perkara 2.1.1 atau 2.1.2, dan merupakan pelanggaran hak tanda dagangannya (nombor doket: Heisei 17 (wa)No. 11663). [12] Pada 27 Julai tahun 2006, [13] Mahkamah Daerah Osaka telah memutuskan terhadap plaintif dengan mengatakan perbezaan boleh dibuat antara logo terompet dan labu. [12] [14] [15] Syarikat Taiko kemudiannya membuat rayuan pada 7 Ogos, tetapi Mahkamah Tinggi Osaka mengekalkan keputusan itu, dan mahkamah Petty bench (Japan) [ja] [15] telah menolak untuk tidak mendengar kes itu pada 4 Julai tahun 2008. [15] Perkara ini memuktamadkan kehilangan hak oleh syarikat Taiko dalam tuntutan mahkamah ini.

Tetapi terdapat pendapat yang dibaca oleh mahkamah yang mengandungi petikan ini: "Sama ada label tertentu adalah nama biasa atau tidak adalah isu yang berkaitan dengan persepsi oleh para pengguna (peniaga komersial dan pengguna pada umumnya), jadi walaupun label telah dianggap sebagai nama biasa dalam tempoh tertentu, ia kemudiannya masih boleh diubah dan ia tidak mustahil untuk sesebuah label untuk mendapatkan semula sumber asal (出所表示機, shussho hyōji kinō)".

Kontroversi tuduhan risiko dadah yang salah maklumat

[sunting | sunting sumber]

Bahan aktif utama yang digunakan dalam ubat seirogan ialah kreosot kayu-tar. Ini disenaraikan hanya sebagai "kreosot" dalam edisi pertama Japanese Pharmacopoeia (日本薬局方, Nihon yakkyokuhō) yang merupakan sebuah buku panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan. Penyenaraian berikut kekal seperti itu untuk beberapa edisi sehinggalah maklumat lanjut ditambahkan dengan penyenaraian menjelaskan jenis kreosot sebagai moku-kureosōto (木クレオソート, "wood creosote") dalam suplemen pertama yang disemak kelima belas yang dikeluarkan pada tahun 2007. [16] Hal ini memberikan jenis nama rasmi untuk kreosot yang patut digunakan. Di samping itu, "kajian keselamatan jangka panjang pada kajian tikus mendokumentasikan kekurangan onkogenisiti (punca barah) untuk kreosot kayu" [17] Tambahan kedua kemudiannya mentakrifkan kureosōto-yu (クレオソート油, "creosote oil") terbitan arang batu sebagai komoditi yang berasingan (mengandungi bahan karsinogenik seperti Benzo(a)pyrene, hidrokarbon aromatik Polisiklik [18] ). Kreosot kayu-tar biasanya dipanggil "kreosot Nikkyoku" (iaitu Kreosot farmakope Jepun) sebagai satu cara untuk membezakan daripada kreosot industri yang berpotensi memberi kemudaratan kepada tubuh manusia.

Konvensyen penamaan baru-baru ini didorong oleh kontroversi yang dicetuskan oleh sebuah buku pamplet untuk pengguna yang bertajuk Katte wa ikenai [ja] (買ってはいけない, "Should not buy") (diterbitkan pada tahun 1999) yang mengantologi satu siri larian dalam majalah Shūkan kin'yōbi [ja] . Buku kecil itu mendakwa tentang bahaya penggunaan seirogan, berdasarkan tanggapan yang salah bahawa kreosot kayu-tar dan minyak kreosot industri adalah komoditi yang sama.

  1. ^ Ahmad I, Aqil F, Owais M (2007). Modern Phytomedicine: Turning Medicinal Plants Into Drugs. John Wiley & Sons. m/s. 265. ISBN 9783527609536.
  2. ^ a b c d e Nishioka 2010, pp. 131-; discusses bugle as only recognized trademark; mentions a site that collected 26 different similar looking seirogan brand boxes; on p. 134 is a gallery of 20 different such boxes.
  3. ^ Matsumoto (松本有右); 渡辺謹三,三溝和男 (2011). 正露丸に次ぐ成長の柱「クレベリン」で世界を目指す大幸薬品の勝算. Inside Enterprise; Shukan Diamond (online). 秀和システム. m/s. 166. ISBN 9784798030708... 整腸薬・下痢止めの成分比較表
  4. ^ "Re: 週刊金曜日『買ってはいけない』特集より(8月20日号)【正露丸、ラウンドアップ、マクドナルドハンバーガー】その3". ★阿修羅♪ Ψ空耳の丘Ψ3. 19 September 1999. Diarkibkan daripada yang asal pada 2004-03-19. Dicapai pada 23 April 2014.. The retraction was in the magazine Shūkan Kin'yōbi issue 8/20/1999, special on Katte wa ikenai; excerpt:"正露丸を「漢方薬」としましたが、漢方薬の成分である生薬は使われているものの、厳密には「漢方薬」ではありません。... 正露丸に使われているクレオソートはコールタールを原料とする日本工業規格クレオソート油ではなく、プナの木などから得られる乾留物を精製・蒸留して作る日本薬局方クレオソートでした。...(「回答企業にお応えします」より)
  5. ^ a b Suehiro, Izutarō; Kenkyūjo, Suehiro (1974). "Hōritsu jihō" (snippet). Hōritsu jihō. Nihon Hyōronsha. Dicapai pada 23 April 2014. 判決によると「正露丸」の名で丸薬を指定商品として商品登録していたのは大阪府吹田市内本町、大幸薬品。二十九年に特許庁で認められたため「正露丸」を製造していた約三十社は「正露丸」の名前を使えなくなった。これに対し大阪府和泉市芦部町、和泉薬品工業..
  6. ^ Kyokuto (2006). "ゆうたんマークのご紹介". Kyokuto website. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-04-25. Dicapai pada 23 April 2014., says the mascot name Yūtan is a pun on yūtan (熊胆, "bear's gall bladder")
  7. ^ 虫歯の齲窩に直接詰めて使用するが、歯髄が壊死することによって痛みが治まるだけであり、根本的な治療にはならない。また、そのまま放置すると感染が根尖部に広がり、悪化してしまう。(Used by directly stuffing in cavity, but only mitigates pain by causing necrosis of the pulp, and is not treatment that effects fundamental cure. If left otherwise untreated, infection can spread to the roots and worsen the condition)
  8. ^ Machida, Shinobu (町田忍), MacArthur and Seirogan (「マッカーサーと正露丸」)
  9. ^ a b Gold H (2004). Unit 731: Testimony. Tuttle Publishing. ISBN 9780804835657., p.21-22
  10. ^ a b Nagai S, Izumi T (2009). 生きつづけるということ: 文学にみる病いと老い (snippet). 2. メディカルレビュー社. ISBN 9784779203824., quote:"「正露丸」は当初、一九〇二年、中島住一によつて「任露丸(露西亜を任伐するの意)」の商品名によつて製造発売されたが、一九四六年大幸薬品が製造発売するようになり、一九四九年「正露丸」と名称変更"
  11. ^ braina (2005-11-26). "大幸薬品、ひょうたんマーク「正露丸」販売の和泉薬品を提訴". 知財情報局(Braina). Dicapai pada 23 April 2014.
  12. ^ a b Wada, Narinori (2006). "判例13 「正露丸」事件(有名商標の普通名称化)". Kizuna International Patent Office. Dicapai pada 23 April 2014.
  13. ^ braina (2006-07-28). "ラッパとひょうたんで識別可能、正露丸訴訟で大幸薬品の請求棄却". 知財情報局(Braina). Dicapai pada 23 April 2014.
  14. ^ 平成18年7月27日判決言渡 平成17年(ワ)第11663号不正競争行為差止等請求事件 (text of the Osaka Court's opinion)
  15. ^ a b c Kyodo News (共同通信) (2008-07-04). "大幸薬品の敗訴確定 「正露丸」混同せず". 47 News. Dicapai pada 23 April 2014.
  16. ^ Japanese Ministry of Health Bulletin No. 316, dated 9/28/2007
  17. ^ "Lack of oncogenicity of wood creosote, the principal active ingredient of Seirogan, an herbal antidiarrheal medication, in Sprague-Dawley rats". International Journal of Toxicology. 20 (5): 297–305. 2001. doi:10.1080/109158101753253036. PMID 11766127.
  18. ^ US Dept. of Health and Human Services 1996 notes a study by Weiner that found incidence of cancer highest in Toyama prefecture where a manufacturer of Seirogan was located, but cautions this cannot be ascertained to be a correlating factor. Besides, Toyama is not the prefecture where the major manufacturer is headquartered.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]