Pergi ke kandungan

Seharum Mawar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Seharum Mawar
GenreDrama
Cinta
Keluarga
PengarahAmie Maziah
Dibintangi oleh
Ika Nabila
Jaslin Puasa
Hafidz Roshdi
Usop Wilcha
Noniswara
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod30 Episod.
Penerbitan
Tempoh siaranIsnin - Ahad, 7 petang.
Syarikat penerbitan
(JS Pictures Sdn Bhd)
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
TVi (ulangan)
Siaran asal26 Mei 201724 Jun 2017

Seharum Mawar merupakan sebuah drama melayu bergenre cinta dan kekeluargaan mempunyai 30 episod. Mula ditayangkan pada 26 Mei 2017 hingga 24 Jun 2017 di Slot Widuri (TV1) dan ulangan di (TVi). Drama ini ditayangkan khas pada bulan Ramadan bagi tahun 2017. [1]

Mengisahkan Mawar anak yatim piatu dipelihara oleh datuknya, Tokya. Mawar berjaya menerima tawaran menyambung pelajarannya ke universiti, namun dia tidak dapat berbuat demikian lantaran kesempitan hidup. Tambahan pula Mawar tidak mendapat sokongan daripada keluarganya. Hanya Tokya yang menyokongnya tetapi apakan daya Tokya sudah tua dan sakit.

Mawar berjaya mendapat 10A dalam SPM dan ditawarkan ke Universiti. Datuknya yang menjaga Mawar sejak kecil ingin sangat melihat Mawar sambung belajar. Walau bagaimanapun, himpitan kewangan telah tidak memungkinkan perkara ini terjadi. Mawar tiada tempat untuk mengadu kerana ibu dan ayahnya sudah tiada. Tokya menyara kehidupannya dengan menjadi pembantu di kedai runcit Abang Kamal. Anak-anak Tokya iaitu Senah, Nah dan Husin langsung tidak menunjukkan simpati atau kasih sayang kepada Mawar. Sementara itu di Kuala Lumpur, keluarga Puan Hafifa yang mempunyai tiga orang anak sedang mencari pembantu rumah.

Tokya semakin sakit. Mawar berasa simpati kepada datuknya dan mula menggantikan Tokya sebagai pembantu di kedai Abang Kamal. Abang Kamal yang mempunyai isteri iaitu Sarah mula berminat untuk mengambil Mawar sebagai isteri keduanya. Mawar amat tertekan dan kecewa apabila dia mendapat tahu bahawa Mak Longnya yang merancang agar Abang Kamal mengahwininya. Tekanan Mawar semakin hebat apabila Tokya meninggal dunia dan dia sudah tiada sesiapa lagi untuk bergantung harap. Akhirnya Mawar mengambil keputusan untuk pergi mencari kehidupannya di Kuala Lumpur.

Mawar diterima menjadi orang gaji di rumah Puan Hafifa dan Tuan Jamal. Rumah itu dihuni juga oleh Farhan, Amin dan menantu mereka Syakir yang lumpuh. Selain itu, seorang kanak-kanak perempuan anak kepada Syakir yang bernama Anggerik juga tinggal di rumah itu. Mawar menjadi orang gaji yang sangat rajin dan mula disukai oleh keluarga majikannya. Mawar menghadapi pelbagai kerenah penghuni rumah orang kaya itu. Syakir seorang yang pemarah kerana kecacatannya. Farhan pula sombong. Manakala Amin pula sedang sibuk bercinta dengan Syirin.

Mawar tetap bertahan. Anggerik yang tiada beribu juga telah mula menyayangi Mawar kerana layanan Mawar yang sangat ikhlas itu. Manakala di kampung pula, Abang Kamal tetap menantikan kepulangan Mawar dan mencetuskan pertengkaran antara dia dan isterinya. Kehidupan Mawar di rumah itu berjalan seperti biasa. Malahan keikhlasan Mawar bekerja di sini telah membawa sedikit perubahan kepada seluruh ahli keluarga majikannya. Syakir mula boleh menerima Mawar di situ. Amin berkomunikasi baik dengan Mawar. Anggerik dilayan dengan baik dan manja. Hanya Farhan yang masih berdegil, berfoya-foya dan sombong. Malah Farhan sering mencari pasal untuk memarahi Mawar. Puan Hafifa juga sering memperkatakan tentang kebaikan perangai orang gajinya kepada pelanggan-pelanggan di SPAnya. Dalam keadaan yang tenang itu sebenarnya Mawar tetap merintih hatinya dan sering teringatkan datuknya Tokya. Mawar tetap redha.

Selepas Syirin ditangkap oleh Armin kerana berdua-duaan dengan Fahim. Dia mengambil keputusan untuk memutuskan tali pertunangannya bersama. Selepas peristiwa itu, hanya Mawar sahaja tempat Armin meluahkan perasaannya. Ini kerana Mawar berjaya memulihkan emosi Syakir, menyebabkan Armin lebih mempercayai Mawar. Lama-kelamaan pintu hatinya terbuka dan bibit percintaan di antara Armin dan Mawar mula berputik. Walaupun Armin sudah berpacaran dengan Mawar, namun Syirin tetap mengganggui perhubungan mereka. Syirin berjaya memujuk Puan Hafifah agar menerimanya semula. Ini menyebabkan Syirin dibenarkan tinggal di dalam rumah tersebut.

Suatu hari, Farhan telah terlibat di dalam satu kemalangan jalan raya yang menyebabkan dia tidak mampu berjalan semula. Sekali lagi Mawar yang merawat mental dan fizikal Farhan. Dari hari ke hari, Farhan mulai tertarik hati dengan Mawar. Disamping itu, Farhan telah kembali ke pangkal jalan sumula dan menyesali terhadap semua perbuatan kejinya selama ini terhadap ahli keluarganya dan juga Mawar. Farhan memberanikan diribdan memberitahu kepada ibu bapanya bahawa dia akan bertunang dengan Mawar. Walaupun Armin nampak sedikit terkilan tapi apakan daya dia hanya mampu beralah dengan adiknya sahaja. Tiba di hari pertunangan, Bella bekas kekasihnya pula memunculkan diri tetapi dengan keadaan yang sarat mengandung. Keadaan menjadi lebih kecoh ekoran Tuan Jamal dan Puan Hafifah tidak mahu menerima kehadiran Bella di dalam keluarganya. Selepas Farhan membuat pengakuan, dia mengambil keputusan untuk tidak mahu meneruskan pertunangan tersebut. Dia mahu mengambil Bella semula agar untuk menebus semula kesilapan lampaunya.

Puan Hafifah semakin terdesak ekoran pembatalan majlis pertunangan tersebut, lalu dia mengambil keputusan untuk menjodohkan Mawar dengan Syakir. Mawar yang terkejut dengan perkhabaran tersebut berasa dirinya seperti sebiji bola senang ditendang ke sana sini. Mawar mengambil keputusan untuk melarikan diri pulang semula ke kampung. Beberapa hari kemudian, Armin telah datang ke kampung Mawar untuk berjumpa dengan pemilik tanah projek milik syarikat ayahnya. Disitulah Armin terlihat akan Mawar. Armin berjaya memujuk semula Mawar agar pulang semula ke rumah keluarganya di Kuala Lumpur. Armin juga telah melamar Mawar untuk memulihkan keadaan semula. Sekembalinya Mawar di rumah Tuan Jamal, Armin membuat pengakuan bahawa lamaran tersebut bukan untuknya tetapi untuk adiknya, Farhan. Mawar yang pasrah tetap menerima Farhan untuk dijadikan suaminya. Manakala Bella pula difahamkan tidak mahu menjadi isteri kepada Farhan dan mampu membesarkan anak di dalam kandungannya bersendirian. Manakala Armin pula kekal bersendiri ekoran Syirin dan Fahim telah diberkas oleh pihak polis ekoran kesalahan jenayah lampaunya.