Pergi ke kandungan

Scott Pilgrim vs. the World

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Scott Pilgrim vs. the World
PengarahEdgar Wright
Lakon layarMichael Bacall
Edgar Wright
BerdasarkanScott Pilgrim oleh
Bryan Lee O'Malley
Dihasilkan oleh
Dibintangi
SinematografiBill Pope
Disunting oleh
Muzik olehNigel Godrich
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 27 Julai 2010 (2010-07-27) (Festival Fantasia)
  • 13 Ogos 2010 (2010-08-13) (Amerika Syarikat)
  • 25 Ogos 2010 (2010-08-25) (United Kingdom)
  • 29 April 2011 (2011-04-29) (Jepun)[3]
Masa tayangan
112 minit[4]
Negara
  • United Kingdom
  • Jepun
  • Amerika Syarikat[1][2]
  • Kanada
BahasaEnglish
Bajet$85–90 juta[5]
$60 juta selepas rebat cukai
Pecah panggung$47.7 juta[5]

Scott Pilgrim vs. the World ialah sebuah filem komedi pengembaraan produksi bersama Kanada dan Amerika Syairkat tahun 2010 ditulis, dihasil dan diarahkan oleh Edgar Wright, berdasarkan siri novel grafik berjudul sama oleh Bryan Lee O'Malley. Ia dibintangi Michael Cera sebagai Scott Pilgrim. Filem ini dibuka di Comic-Con Antarabangsa San Diego pada Julai 22, 2010. Ia menerima tayangan meluas di Amerika Utara pada Ogos 13, 2010 di 2,818 teater. Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik tetapi hanya mengutip $31.5 juta di Amerika Utara dan $16 juta di peringkat antarabangsa.[6]

Jalan cerita

[sunting | sunting sumber]

Di Toronto, Kanada, Scott Pilgrim (Michael Cera) sedang berpacaran dengan seorang remaja sekolah menengah bernama Knives Chau (Ellen Wong). Meskipun mereka berdua sudah ada hubungan cukup kuat, Scott mula jatuh hati dengan seorang pemudi dari Amerika Syarikat, Ramona Flowers (Mary Elizabeth Winstead) yang juga muncul dalam mimpinya; ketertarikan Ramona mula memakan diri Scott menjadi sangat taksub dengan Ramona sampai mula melupakan Knives.

Perkenalan dia dengan Ramona mula mendatangkan kemarahan bekas-bekas kekasih Ramona sehingga terpaksa berlawan keras dengan mereka dalam pelbagai perang tanding.

Barisan pelakon

[sunting | sunting sumber]
Watak-watak utama

The League of Evil Exes - kelompok bekas kekasih yang ingin "ajar" Scott mahu merebut Ramona

  1. Satya Bhabha sebagai Matthew Patel
  2. Chris Evans sebagai Lucas Lee, seorang pelakon aksi dan pelagak ngeri angkuh
  3. Brandon Routh sebagai Todd Ingram
  4. Mae Whitman sebagai Roxanne "Roxy" Richter
  5. Shota Saito sebagai Kyle Katayanagi, kembar
  6. Keita Saito sebagai Ken Katayanagi, kembar
  7. Jason Schwartzman sebagai Gideon Gordon Graves
Watak-watak sampingan
  • Kjartan Hewitt sebagai Jimmy
  • Ben Lewis sebagai Other Scott
  • Nelson Franklin sebagai Michael Comeau
  • Christine Watson sebagai Matthew Patel's Demon Hipster Chicks
  • Chantelle Chung sebagai Tamara Chen
  • Don McKellar sebagai Director
  • Emily Kassie sebagai Winifred Hailey
  • John Patrick Amedori sebagai the Chaos Theatre's bouncer
  • Tennessee Thomas sebagai Lynette Guycott
  • Erik Knudsen sebagai Luke "Crash" Wilson
  • Maurie W. Kaufmann sebagai Joel
  • Abigail Chu sebagai Trisha "Trasha" Ha
  • Kristina Pesic dan Ingrid Haas sebagai Sandra dan Monique

Thomas Jane dan Clifton Collins, Jr. muncul tetapi tidak dikredit sebagai Polis Vegan. Pengkarya asal Bryan Lee O'Malley serta isterinya Hope Larson juga muncul tetapi tidak dikredit sebagai Penaung Bar Lee's Palace. Reuben Langdon (dikenali kerana menyuarakan watak Ken dalam Street Fighter IV dan Dante dalam siri Devil May Cry) membuat penampilan kameo. Bill Hader juga menyuarakan inspirasi permainan video.

Penerimaan

[sunting | sunting sumber]

Box office

[sunting | sunting sumber]

Filem ini ditayangkan secara meluas di Amerika Utara pada Ogos 13, 2010, dibuka di 2,818 teater.

respons kritikal

[sunting | sunting sumber]

Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkritik. Laman web Rotten Tomatoes memberi filem ini skor 82% berdasarkan 245 ulasan dengan purata skor 7.5 daripada 10.[8] Metacritic memberi filem ini skor 69 berdasarkan 38 ulasan.[9]

  1. ^ "Scott Pilgrim Vs. The World". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-14. Dicapai pada April 13, 2014.
  2. ^ "Scott Pilgrim vs. The World". American Film Institute. Dicapai pada November 19, 2014.
  3. ^ Calhoun, Dave (April 14, 2011). "Scott Pilgrim vs The World". Time Out. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-16. Dicapai pada April 15, 2014.
  4. ^ "SCOTT PILGRIM VS. THE WORLD (12A)". British Board of Film Classification. 2010-07-30. Dicapai pada 2013-06-19.
  5. ^ a b "Scott Pilgrim vs. The World – Box Office Data". The Numbers. Dicapai pada April 12, 2011.
  6. ^ Szklarski, Cassandra. "Scott Pilgrim vs. the disappointing box office." The Canadian Press at The Toronto Star. November 4, 2010. Retrieved on November 12, 2010.
  7. ^ a b Swerdloff, Alexis (July 16, 2010). "The Girls of Summer". Paper. Dicapai pada July 18, 2010.
  8. ^ Scott Pilgrim vs. the World di Rotten Tomatoes
  9. ^ "Scott Pilgrim vs. the World (2010): Reviews". Metacritic. CBS Interactive. Dicapai pada August 29, 2010.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]