Sayang Disayang
Sayang Disayang merupakan sebuah rancangan siri televisyen terbitan YKNA Network Sdn. Bhd. yang ditayangkan di Astro Ria. Kini, rancangan ini ditayangkan pada hari Ahad, 7 malam.
Program berkenaan dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr Rais Yatim di Astro dan diacarakan oleh Nor Hidayu Shamsuddin ini mengimbas kembali perkembangan industri muzik Melayu sejak tahun 40-an yang ketika itu muzik Melayu banyak tertumpu di Singapura.
Program ini menyaksikan setiap lagu yang disiarkan, disertakan dengan fakta berkaitan pencipta, penyanyi, di samping tahun penerbitannya. Tidak ketinggalan juga paparan kajian dan temubual artis-artis serta orang lama yang banyak berkecimpung dalam muzik Melayu dahulu. Antaranya ialah Ali G, Kassim Masdor, R Ismail dan Rokiah Hanafi.
Rancangan Sayang Disayang ini adalah rancangan yang turut diterbitkan oleh Yusnor Ef selepas menerbitkan rancangan Gemilang Filem Melayu yang turut ditayangkan Astro Ria sebanyak tiga musim, dari tahun 2003 hingga 2005.
Rancangan ini mengambil namanya sempena sebuah tajuk lagu lama yang iaitu "Sayang Disayang".
Lagu
[sunting | sunting sumber]Lagu tradisional ini amat terkenal dari dahulu lagi. Lagu ini dicipta oleh Zubir Said dan pernah ditayangkan dalam filem Rachun Dunia yang pernah dilakonkan P. Ramlee. Lagu ini juga pernah dinyanyikan oleh Kartina Dahari, dan dinyanyikan semula oleh Ning Baizura. Farhan turut pernah membawakan lagu ini sebagai tugasannya dalam minggu kedua di Akademi Fantasia musim keempat dengan rentak keroncong.