Pergi ke kandungan

Satu Hari

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Satu Hari
GenreDrama
PengarahJamal Khan
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod14
Penerbitan
Lokasi
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV9
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal2 Disember 2014 – 28 Januari 2015
Pautan luar
Laman sesawang

Satu Hari ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 dibintangi oleh Sara Ali, Remy Ishak,[1] Rita Rudaini dan Miller Khan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Ratu TV9 bermula 2 Disember 2014 hingga 28 Januari 2015 menggantikan Setitis Kasih Darmia.[2][3]

Mengisahkan tentang Sabrina (Sara Ali), yang bekerja di Sarajevo sebagai seorang penyelidik. Dia berkenalan dengan Isfahan (Remy Ishak) secara tidak sengaja yang pada ketika itu, Isfahan membawa hati yang penuh duka ke Sarajevo setelah cinta tulusnya dikhianati isteri yang curang bersama teman baiknya sendiri.

Isfahan sangat mencintai Lia (Rita Rudaini) sehinggakan dia sanggup melupakan segala keterlanjuran yang Lia dan Moez (Miller Khan) lakukan tetapi Lia tetap berkeras minta diceraikan seolah-olah tiada lagi ruang di hati Lia buat Isfahan. Lebih berat lagi apabila Lia turut meminta Isfahan merahsiakan punca sebenar mereka bercerai daripada keluarga Lia sehinggakan mereka melarang Isfahan untuk bertemu Puteri, anak kecil yang sangat dikasihi Isfahan.

Ketika di Sarajevo, Sabrina pula berhadapan dengan cabaran apabila Ian, teman setugasnya yang berbangsa Irish jatuh cinta dengannya dan ingin memperisterikannya. Ian mula bertindak ganas apabila cintanya ditolak membuatkan Sabrina ketakutan apabila berhadapan dengan Ian. Kesempatan bertemu dengan Isfahan diambil oleh Sabrina untuk mengelakkan dirinya daripada Ian. Bagi Isfahan, kehadiran Sabrina sedikit sebanyak menjadi pengubat hati Isfahan. Semakin lama mula terbit rasa cinta di hati Sabrina buat Isfahan. Isfahan juga menjadi sebab untuk Sabrina menolak pinangan daripada Rizuan (Hafizul Kamal), sepupunya sendiri di Malaysia.

Isfahan pula masih lagi dibayangi memori silam setelah gagal dalam perkahwinan lantaran itu, dia amat berhati-hati untuk serius dalam perhubungan walaupun terbit rasa cinta. Namun, ketulusan hati Sabrina berjaya membuka pintu hatinya. Dalam mereka mula menyemai benih cinta Isfahan dikejutkan dengan berita yang anaknya Puteri sedang sakit dan memerlukan perhatiannya. Keadaan itu membuatkan hubungan Sabrina dan Isfahan terjejas apatah lagi Lia, bekas isteri Isfahan mula menyuarakan rasa hati ingin kembali semula ke pangkuannya membuatkan Isfahan merasa serba salah.

Adakah Sabrina merelakan pemergian Isfahan dan melupakan cinta di hatinya? Adakah Isfahan akan kembali semula ke pangkuan Lia demi anak kesayangannya?


Pelakon Pembantu

*Hilal Azman sebagai Ayah Sabrina

*Zarina Zainudin sebagai Emak Sabrina

*Idris Md Diah sebagai Ayah Isfahan

*Ku Faridah sebagai Emak Isfahan

*Amran Ismail sebagai Kawan Isfahan

*Nadia Kesuma sebagai Emak Rizuan

Penerbitan

[sunting | sunting sumber]

Penggambaran dijalankan di Sarajevo, Bosnia-Herzegovina.[4] Satu Hari turut menggunakan khidmat pelakon dari Bosnia-Herzegovina.

  1. ^ "Remy Ishak Mencari Cinta Hingga Ke Sarajevo". Berita Harian. 26 Januari 2015. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  2. ^ Nor Akmar Samudin (1 Disember 2014). "Sara, Remy hadapi ranjau". Harian Metro. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  3. ^ Budiey (29 November 2014). "Drama Bersiri Satu Hari Temukan Remy Ishak & Sara Ali". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 28 Jun 2015.
  4. ^ Nur Aqidah Azizi (12 Disember 2014). "Remy Ishak reflects, far from home". New Straits Times. Dicapai pada 28 Jun 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]