Satte (filem 2019)
Satte | |
---|---|
Pengarah | Ray Dinesh David |
Dibintangi | Haridhass S. Lingeshvaran Maniam Kuben Mahadevan Senthil Kumaran Muniandy Sanggari Elancheran |
Syarikat penerbitan | Dove Eyes Entertainment |
Tarikh tayangan | 28 Februari 2019 (Malaysia) |
Masa tayangan | 1 jam 24 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Tamil |
Pecah panggung | RM 27,637[1] |
Satte (Tamil: சட்ட, meaning: Gang) ialah filem thriller jenayah berbahasa Tamil Malaysia 2019. Filem ini mengisahkan dua samseng kecil di Bentong yang kehilangan pistol penting dan bercadang untuk mengembalikannya sebelum diketahui oleh bos mereka.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Aiyavu (Lingeshvaran Maniam) dan Mani (Kuben Mahadevan) ialah dua samseng kecil yang bekerja sebagai pengikut Veera Anna (Senthil Kumaran Muniandy) yang mengendalikan jenayah terancang di sekitar Bentong dan menjalankan perniagaan untuk seorang bernama Periya Anna (Haridhass S). Suatu hari, Veera Anna mengamanahkan Aiyavu untuk melupuskan pistol. Aiyavu menjadi taksub dengan pistol dan memutuskan untuk menyimpannya selama beberapa hari. Selepas semalaman meminum minuman keras, mereka bangun dan mendapati pistol itu telah hilang. Mereka kini mesti melawat semula sepanjang malam, kerana mereka tidak ingat apa-apa, dan cuba mencari pistol sebelum Veera Anna mengetahui tentangnya.[3][4][5]
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Haridhass S. sebagai Periya Anna
- Lingeshvaran Maniam sebagai Aiyavu
- Kuben Mahadevan
- Senthil Kumaran Muniandy sebagai Veerana
- Sanggari Elancheran
Sumber rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "2019 Malaysian Film Box Office". National Film Development Corporation Malaysia (FINAS). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2019.
- ^ "Interview: In pursuit of his passion". The Sun. 2020-09-03.
- ^ "Satte at GSC Cinema". GSC. 27 February 2019.
- ^ "Review Filem Satte". Rollo De Pelicula. Dicapai pada 2020-09-26.
- ^ Raja, Shobana (26 February 2019). "Something different". The Star.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Satte on Cinema.com.my