Sarawak Media Group
Sarawak Media Group (atau lebih dikenali sebagai SMG) merupakan sebuah badan penyiaran televisyen dan penstriman digital yang dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Sarawak serta dipegang hak milik oleh Kementerian Komunikasi Malaysia. Radio Televisyen Malaysia (RTM) adalah merupakan rakan kongsi baharu Sarawak Media Group (SMG). SMG juga merupakan agensi penyiaran media yang semestinya terbaik di wilayah Sarawak, serta mendapat sokongan penuh dari semua agensi media tempatan dan juga semua agensi media antarabangsa. Buat masa ini, hanya TVS sahaja yang masih beroperasi ketika ini. SMG mula ditubuhkan secara rasmi pada 10 April 2018.
Jenis | Media & penyiaran televisyen milik kerajaan Sarawak |
---|---|
Ditubuhkan | 10 April 2018 |
Stesen TV | TVS |
Ibu pejabat | LG12, Lower Ground Floor, Mall 2, CityOne Megamall, No.1, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak, Malaysia |
Kawasan siaran | • Malaysia • Singapura • Indonesia • Brunei • Thailand • Filipina • Australia |
Negara | Malaysia |
Wilayah | Sarawak |
Pemilik | |
Orang penting | Haji Kushairi Abang (Ketua Pegawai Eksekutif) |
Laman sesawang | www |
Senarai saluran televisyen Sarawak Media Group (SMG)
[sunting | sunting sumber]Sebahagian besar rancangan atau program yang disediakan sepenuhnya oleh Sarawak Media Group (SMG), adalah bertepatan dan lebih bersesuaian dengan aspirasi sebenar rakyat Sarawak, budaya & tradisi masyarakat Sarawak, semangat muhibbah rakyat, kerjasama perpaduan pelbagai kaum di Sarawak, semangat nasionalisme & reformisme Sarawak, serta penyatuan masyarakat pelbagai etnik & pelbagai agama di seluruh Borneo.
Selain daripada itu, terdapat juga rancangan atau program dari luar negara, terutamanya dalam rancangan berbentuk drama, filem, dan candawara (variety shows). Keutamaan ini diberikan kepada rancangan atau program dari negara Indonesia, Singapura, United Kingdom, China, Korea Selatan, Filipina, dan Turki.
TVS juga akan menyiarkan secara penuh liputan siaran langsung acara, sambutan, atau majlis yang penting dan bersejarah di kesemua lima negara terpilih iaitu Malaysia (terutamanya sambutan Hari Malaysia, kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA), dan kejohanan Sukan SEA), Indonesia (sambutan Hari Kemerdekaan Republik Indonesia), Singapura (sambutan Hari Kemerdekaan Singapura), Australia, dan New Zealand.
Rangkaian saluran televisyen milik Sarawak Media Group (SMG)
[sunting | sunting sumber]Nama saluran televisyen | Waktu siaran | Genre / Jenis rancangan |
---|---|---|
TVS (Saluran 122 MYTV, Astro dan Unifi TV) |
24 Jam | • Liputan berita utama terkini (Utama 740 dan Berita Wilayah TVS). • Liputan berita ringkas (Terkini TVS, Ringkas TVS, Berita Iban TVS, TVS Re Bao, dan TVS Nightline). • Program bual bicara terkini. • Hal ehwal semasa & pengetahuan umum. • Program dokumentari mengenai sejarah & asal usul wilayah Sarawak, serta memahami unsur-unsur semangat perpaduan kaum dan agama yang ada di wilayah Sarawak. • Dokumentari bersiri mengenai sejarah, adat, tradisi & budaya masyarakat wilayah Sarawak. • Variasi umum / candawara / variety shows. • Program hiburan dan nyanyian bersama artis–artis dari Sarawak dan juga bersama artis–artis terkemuka tanah air. • Program animasi tempatan dan antarabangsa terkini. • Program drama tempatan Sarawak terbaru. • Telemovie tempatan Sarawak. • Filem–filem tempatan Malaysia yang terbaik • Drama-drama antarabangsa pilihan penonton. |
Platform penstriman digital
[sunting | sunting sumber]- MYTV
- MYTV Mana-Mana
- Astro
- Astro GO
- Unifi TV
- Freeview Australia (khusus di Australia Barat sahaja)