Pergi ke kandungan

Saraswathy Nallathamby

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Puan
Saraswathy A/P Nallathamby
Ahli Dewan Negeri Johor untuk Kemelah
Menyandang jawatan
2023
Didahului oleh Sulaiman Mohd Nor
Majoriti1,611 (2022)
Maklumat peribadi
Lahir1964 (60 tahun)
Parti politik Kongres India Malaysia
PekerjaanAhli Politik

YB Puan Saraswathy A/P Nallathamby ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan India. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Kemelah mewakili BN-MIC. [1].Selain peranan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Saraswathy juga memegang jawatan sebagai Ketua Wanita MIC.

Sebelum menceburi politik, Saraswathy dikenali sebagai seorang pendidik dan ahli perniagaan, yang memahami isu-isu komuniti setempat.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan graduan dalam bidang Psikologi dari Universiti Utara Malaysia (UUM) di Kedah. Selain itu, beliau juga memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan (Bachelor's Degree in Business Management) dari Singapore Academy of Law.[2].

Sejarah pilihan raya

[sunting | sunting sumber]

Di kawasan Dewan Undangan Negeri Kemelah, lebih daripada 55% pengundi adalah orang Melayu. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2022, Saraswathy Nallathamby berdepan dengan tiga calon Melayu lain.

Salah seorang pesaingnya ialah calon Pakatan Harapan, Sulaiman Mohd Noor, yang merupakan penyandang kerusi DUN tersebut dan seorang tokoh politik terkenal di kawasan Kemelah. Namun, walaupun beliau dikenali sebagai ahli politik yang dominan, Saraswathy berjaya menewaskannya. Kemenangan seorang wanita keturunan Tamil di kawasan tersebut dianggap sebagai pencapaian politik yang luar biasa.

Daripada 33,702 pengundi di kawasan DUN Kemelah, sebanyak 18,770 undi telah direkodkan. Dalam pilihan raya tersebut, Saraswathy Nallathamby memperoleh 7,518 undi, dengan majoriti kemenangan sebanyak 1,611 undi.

Pilihan raya negeri Johor 2022: Kemelah
Parti Calon Undian %
BN Saraswathy Nallathanby 7,518 41.13
PH Sulaiman Mohd Nor 5,907 32.32
PN Normala Sudirman 4,639 25.38
PEJUANG Norizah Sahardin 214 1.17
Jumlah undi sah 18,278 100.00
Jumlah kertas undi ditolak 412
Kertas undi tidak dikembalikan 80
Keluar mengundi 18,770 55.69
Pengundi berdaftar 33,702
Majoriti 1,611
BN ambil alih dari PH Unjuran ?


  1. ^ https://www.astroawani.com/berita-politik/prn-johor-pengundi-dun-kemelah-perlukan-kasih-sayang-saya-calon-mic-350890
  2. ^ "Keputusan - Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-15". PRU @ Sinar Harian. Dicapai pada 26 September 2024.