Pergi ke kandungan

Sandra Lim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sandra Lim
林雪卉
Kelahiran
Sandra Lim Shue Hui

(2000-12-29) 29 Disember 2000 (umur 23)
PendidikanCity University Malaysia
Ketinggian173 cm (5 ka 8 in)
PangkatMiss Universe Malaysia 2024
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataCoklat
Pertandingan
utama
Miss Global 2022
(Tempat Kedua)
Miss Universe Malaysia 2024
(Pemenang)
Miss Universe 2024
(TBD)

Sandra Lim Shue Hui (Cina: 林雪卉; lahir 29 Disember 2000) ialah model, pelakon dan ratu cantik Malaysia yang memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2024. Dia akan mewakili Malaysia di pertandingan Miss Universe 2024 di Mexico.[1]

Kehidupan awal dan pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Lim dilahirkan di Selangor. Beliau lulus dari City University Malaysia di Petaling Jaya dengan ijazah dalam komunikasi massa.

Pertandingan kecantikan

[sunting | sunting sumber]

Miss Global 2022

[sunting | sunting sumber]

Lim mula mendapat perhatian pada 2022, apabila dia memenangi gelaran Miss Global Malaysia dan seterusnya memperoleh tempat kedua pada pertandingan Miss Global antarabangsa pada tahun yang sama di Bali, Indonesia.[2]

Miss Universe Malaysia 2024

[sunting | sunting sumber]

Pada 6 September 2024, Lim mewakili Selangor pada pertandingan Miss Universe Malaysia 2024 dan bersaing dengan 16 calon lain di The Majestic Hotel di Kuala Lumpur, di mana dia memenangi gelaran itu dan menggantikan Serena Lee iaitu Miss Universe Malaysia 2023 dari Kuala Lumpur.[3]

Miss Universe 2024

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Miss Universe Malaysia, Lim akan mewakili Malaysia pada pertandingan Miss Universe 2024 di Arena CDMX di Bandar Raya Mexico, Mexico.

  1. ^ "Miss Universe Malaysia 2024 is Sandra Lim from Selangor" (dalam bahasa Inggeris). PAGEANT Circle. 7 September 2024. Dicapai pada 12 September 2024.
  2. ^ "Malaysian model and Miss Global 2022 runner-up gets online praises for rushing to help presenter who fell from stage (VIDEO)" (dalam bahasa Inggeris). Yahoo. 14 Jun 2022. Dicapai pada 12 September 2024.
  3. ^ "Sandra Lim crowned Miss Universe Malaysia 2024" (dalam bahasa Inggeris). Citizen Journalist Malaysia. 7 September 2024. Dicapai pada 12 September 2024.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Anugerah dan pencapaian
Didahului oleh
Serena Lee
Miss Universe Malaysia
2024
Diikuti oleh:
[akan ditentukan]