Pergi ke kandungan

Samuel (penyanyi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Samuel
Samuel semasa melakukan latihan di Sky Festival pada bulan September 2017
Kelahiran
Samuel Kim Arredondo

(2002-01-17) 17 Januari 2002 (umur 22)
Los Angeles, California, Amerika Syarikat
Pekerjaan
Tahun aktif2015–kini
Kerjaya muzik
Genre
Instrumen
  • Vokal
Syarikat rakaman
  • Samuel Management & Entertainment Music Group[1] (2024–kini)
  • Korea Selatan Brave Entertainment (2015–2021)
  • Jepun Pony Canyon
Pengkarya berkait
1Punch
Nama Korea
Hangul김사무엘
Perumian SemakanGim Samuel
McCune–ReischauerKim Samuel

Samuel Kim Arredondo (lahir 17 Januari 2002), lebih dikenali dengan nama pentas Samuel (Hangul: 사무엘 dan sebelum ini sebagai Punch (Hangul: 펀치)), ialah seorang penyanyi Amerika-Korea Selatan. Dia merupakan sebahagian daripada duo hip hop jangka pendek 1Punch pada tahun 2015. Dia mengambil bahagian dalam siri realiti televisyen musim 2 Produce 101 semasa separuh pertama tahun 2017. Pada episod terakhir, dia menduduki tempat ke-18 dan tidak dapat menyertai kumpulan projek rancangan itu. Sebulan selepas rancangan itu tamat, dia memulakan kerjaya solonya, dengan mengeluarkan album mini (EP) pertamanya Sixteen pada 2 Ogos.

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Samuel dilahirkan di Los Angeles, California,[2] Ayahnya (José Arredondo) merupakan orang Mexico dan ibunya merupakan orang Korea Selatan.[3][4]

2012–2013: Pra-debut

[sunting | sunting sumber]

Samuel membuat penampilan pertamanya kepada orang awam pada usia sebelas tahun, ketika itu dia muncul dalam siri siaran langsung Seventeen TV sebagai pelatih di bawah Pledis Entertainment.[5][6] Pada tahun 2013, dia meninggalkan agensi.[7]

2015–2016: 1Punch dan berkolaborasi dengan Silentó

[sunting | sunting sumber]

Pada 2015, Samuel debut sebagai sebahagian daripada duo hip-hop bernama 1Punch (dengan penyanyi rap One) di bawah kerjasama antara Brave Entertainment dan D-Business Entertainment, mengambil "Punch" sebagai nama pentasnya.[8] Mereka debut pada 23 Januari dengan mengeluarkan "Turn Me Back", yang merupakan single utama daripada album mereka iaitu The Anthem.[9] Lapan bulan kemudian, One telah diintai oleh YG Entertainment, yang membawa kepada pembubaran duo itu. Di bawah nama PUNCH, Samuel bekerjasama dengan Silentó untuk mengeluarkan single "Spotlight" pada tahun 2016,[10] yang mana mereka telah memenangi 26th Seoul Music Award untuk Kolaborasi Global.[11] Dia kemudian mengikuti Silentó untuk jelajah di US.[12]

2017–2021: Produce 101, debut solo dan tuntutan mahkamah

[sunting | sunting sumber]

Pada bulan April 2017, Samuel menyertai musim kedua rancangan realiti popular Produce 101 di bawah namanya sendiri, mewakili Brave Entertainment. Semasa penyingkiran pertama, dia berada di kedudukan ke-2, tidak menjadi barisan terakhir untuk kumpulan 11 orang ahli, akhirnya dia menduduki tempat ke-18.[13] Keputusan itu mendapat kejutan daripada ramai penonton, yang menjangkakan Samuel akan menjadi sebahagian daripada barisan Wanna One.[14]

Samuel debut sebagai artis solo pada 2 Ogos.[15] Album mini debut pertamanya 'Sixteen telah dikeluarkan pada 2 Ogos, dengan single utama dengan nama yang sama yang menampilkan penyanyi rap Changmo.[16]

Album studio pertama Samuel, Eye Candy telah dikeluarkan pada 16 November 2017, yang terdiri daripada sepuluh buah lagu termasuk single utama "Candy".[17]

Pada bulan Disember 2017, diumumkan bahawa Samuel telah menandatangani kontrak dengan ‘Pony Canyon’ untuk promosi Jepunnya.[18][19]

Samuel secara rasmi debut di Jepun pada 7 Februari 2018, dengan single Berbahasa Jepun pertamanya "Sixteen (Japanese Ver.)".[20][21] Video muzik "Sixteen (Japanese Ver.)" telah dikeluarkan pada 18 Januari.[22]

Pada bulan Mac 2018, Samuel mengeluarkan album mini keduanya One dengan single utama dengan nama yang sama yang menampilkan ahli BtoB Jung Il-hoon.[23]

Pada bulan April 2018, Samuel mengeluarkan single Berbahasa Jepun keduanya "Candy (Japanese Ver.)" pada 16 Mei.[24] Muzik video untuk lagu itu dikeluarkan pada 2 Mei.

Pada 30 Mei 2018, Samuel mengeluarkan versi semula album mini keduanya Teenager yang menampilkan menampilkan Lee Ro Han, yang merupakan naib juara Mnet School Rapper Season 2.[25]

Sepanjang tahun 2018, Samuel, bersama penyanyi Cina Zhou Zhennan, bekerjasama dan mengambil bahagian dalam Tencent The Collaboration Season 2. Kedua-duanya akhirnya menduduki tempat pertama dan memenangi pertandingan itu.

Pada 17 November 2021, Samuel memenangi saman terhadap Brave Entertainment untuk menamatkan kontraknya.[26]

2024–kini: Now

[sunting | sunting sumber]

Pada 21 April, Samuel membuat kemunculannya semula selepas lima tahun dan mengeluarkan album mini baharunya bertajuk Now bersama-sama dengan single utamanya "Yeh! Yeh!". Dia juga menghasilkan album itu sendiri.[1]

Diskografi

[sunting | sunting sumber]

Album studio

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[27]
Eye Candy
Daftar lagu
  1. "Candy" (캔디)
  2. "Never Let U Down"
  3. "Love Love Love"
  4. "Paradise"
  5. "Crush On You" (끌려)
  6. "Stunning" (찬란하게)
  7. "Jewel Box" (보석함)
  8. "Masquerade" (가면놀이) (feat. Maboos)
  9. "Dream"
  10. "Sixteen" (식스틴) (feat. Changmo) (Remix)
6

Album mini

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Butiran album Kedudukan tertinggi carta Jualan
KOR
[29]
Sixteen
  • Dikeluarkan: 2 Ogos 2017
  • Label: Brave Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Jewel Box" (보석함)
  2. "Sixteen" (식스틴) (feat. Changmo)
  3. "I Got It"
  4. "With U" (feat. Kim Chung-ha)
  5. "123 (One Two Three)" (feat. Maboos)
  6. "I'm Ready"
4
One
  • Dikeluarkan: 28 Mac 2018
  • Label: Brave Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "One" (feat. Jung Il-hoon daripada BTOB)
  2. "SOS"
  3. "Princess"
  4. "I Can't Sleep"
  5. "Clap Your Hands"
  6. "Just a While (잠시만)"
8
  • Dikeluarkan semula: 30 Mei 2018 (Teenager)
  • Label: Brave Entertainment
  • Format: CD, muat turun digital
Daftar lagu
  1. "Teenager" (틴에이저) (feat. Lee Ro Han)
  2. "Kka Kka" (까까) (feat. Maboos)
  3. "One" (feat. Jung Il-hoon daripada BTOB)
  4. "SOS"
  5. "Princess"
  6. "I Can't Sleep"
  7. "Clap Your Hands"
  8. "Just a While" (잠시만)
11
Tajuk Tahun Kedudukan tertinggi carta Jualan Album
KOR
[32]
JPN
[33]
Korea
"Spotlight" (dengan Silentó) 2016 Single bukan-album
"Sixteen" (식스틴) (feat. Changmo) 2017 88 Sixteen
"Candy" (캔디) Eye Candy
"Winter Night" (겨울밤) 2018 Single bukan-album
"One" (feat. Jung Il-hoon daripada BtoB) One
"Teenager" (틴에이저) (feat. Lee Ro Han) Teenager
"Archive People" (bersama Brave Hongcha) 2019 Single bukan-album
Jepun
"Sixteen" 2018 19 Single bukan-album
"Candy" 30
"One" 2019 52

Runut bunyi

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun Album Kolaborasi ref
Say you love me (좋아한다 말해) 2017 Pink Pink OST Kriesha Chu [37]
Thousand Times 2018 Cross OST [38]
Time to Shine 2018 Sweet Revenge 2 OST BIGSTAR Feeldog [39]

Penampilan lain

[sunting | sunting sumber]
Tajuk Tahun Album Kolaborasi ref
"CHANEL BAG" (샤넬백) 2016 SUNGLASSES ELECTROBOYZ [40]
"Chan Chan Chan" (찬찬찬) 2019 Immortal Songs: Singing the Legend (Sing the Lyrics of Kim Byeong Geol) Hong Kyung-min [41]

Filemografi

[sunting | sunting sumber]

Rancangan realiti

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Saluran Nota
2012 Made In U
JTBC
Peserta
2017 Produce 101 Season 2
Mnet
Peserta
Leaving The Nest 2
tvN
Ahli
Photo People
Naver
Ahli
2018 The Collaboration Season 2
Tencent
Peserta

Siri televisyen

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Sebagai Saluran Nota
2018 Sweet Revenge 2 Seo Robin
XtvN
Watak Utama
2018–2019 Pops in Seoul Pengacara
Arirang TV

Anugerah dan percalonan

[sunting | sunting sumber]
Tahun Anugerah Kategori Karya yang dicalonkan Keputusan
2017
26th Seoul Music Awards
Global Collaboration Award
"Spotlight" dengan Silentó
Menang
19th Mnet Asian Music Awards Best New Male Artist Kim Samuel Tercalon
Artist of the Year Tercalon
Yahoo! Asia Buzz Awards[42]
Most Searched KR New Singer
Menang
2018 32nd Golden Disk Awards New Artist of the Year Tercalon
Global Popularity Award Tercalon
27th Seoul Music Awards Bonsang Award Tercalon
Popularity Award Tercalon
Hallyu Special Award Tercalon
Soribada Best K-Music Awards New Hallyu Performance Award Menang
  1. ^ a b Yoo, Soo-kyung (April 20, 2024). [단독] 가수 사무엘 컴백, 내일(21일) 앨범 'NOW' 공개 [[Exclusive] Singer Samuel's comeback, album 'NOW' released tomorrow (21st)] (dalam bahasa Korea). Hankook Ilbo. Dicapai pada April 21, 2024 – melalui Naver.
  2. ^ Kim, So-jeong (July 18, 2019). 美 매체, 김사무엘 언급하며 부친 사망 보도..."용의자 추적 중". Edaily (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 19, 2019.
  3. ^ Willis, Jackie (July 18, 2019). "Jose Arredondo, Father of K-Pop Star Samuel, Is Found Dead in Cabo". Entertainment Tonight. Dicapai pada July 18, 2019.
  4. ^ Lee, Min-jae (August 19, 2017). 김사무엘 꽃미모 화제...'혼혈 여부'·'국적' 등 팬들 의문 다수. Kookje Shinmun (dalam bahasa Korea). Dicapai pada July 19, 2019.
  5. ^ "김사무엘, 원펀치 전에는 세븐틴 멤버?..사진보니 '같은 멤버 같아!' – 한국스포츠경제". Sporbiz.co.kr. Dicapai pada May 30, 2017.
  6. ^ "'프로듀스101' 냉정한 레벨 분류…김사무엘·장문복·박지훈 '주목'(종합)" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 26, 2017.
  7. ^ "'프로듀스 101 시즌2' A등급 김사무엘 누구…세븐틴 그 꼬마가 이렇게 컸다고?". News20.busan.com. April 8, 2017.
  8. ^ "스페셜 : 네이버 뮤직". Music.naver.com. Dicapai pada May 30, 2017.
  9. ^ 스페셜:제2의 듀스 원펀치, 2015년 가요계가 그들을 주목한다. Music.naver.com (dalam bahasa Korea). Naver. January 23, 2015. Dicapai pada May 30, 2017.
  10. ^ "펀치 X 사일렌토 'SPOTLIGHT' : 네이버 포스트". M.post.naver.com (dalam bahasa Korea). May 20, 2017. Dicapai pada May 30, 2017.
  11. ^ "'서가대' 엑소, 4년 연속 대상..방탄은 앨범·트와이스는 음원상[종합]". Dicapai pada May 28, 2017.
  12. ^ "Samuel (aka Punch) | K-Pop Amino". Aminoapps.com. January 17, 2002. Dicapai pada May 30, 2017.
  13. ^ "[종합] `프로듀스101 시즌2` 1등 김종현 2등 라이관린 3등 박지훈, 2차 순위발표식 총정리 - :: 스타투데이::". Star.mk.co.kr. 2009-11-30. Dicapai pada 2017-05-30.
  14. ^ "[Oh!쎈 초점] 김종현·김사무엘 탈락..'프듀2', 국프 말 잃게 한 충격반전" (dalam bahasa Korea). Dicapai pada June 26, 2017.
  15. ^ "김사무엘, 솔로 데뷔 준비 '신곡 녹음 완료'". Dicapai pada June 17, 2017.
  16. ^ "더보기 사무엘, 미니 앨범 '식스틴' 데뷔...8월2일 발표". News Donga. July 10, 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada August 2, 2017. Dicapai pada July 10, 2017.
  17. ^ "Watch: Samuel Calls You His "Candy" In Sweet Comeback MV". Soompi. November 16, 2017.
  18. ^ "[공식입장] '프듀2' 사무엘, 日 포니캐년 손잡고 일본 진출 확정". mosen.mt.co.kr. December 4, 2017.
  19. ^ OSEN (2017-12-04). "[공식입장] '프듀2' 사무엘, 日 포니캐년 손잡고 일본 진출 확정". mosen.mt.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada 2021-04-23.
  20. ^ "Yonhap News Agency". Yonhap News Agency.
  21. ^ "Samuel[サムエル]、日本デビュー日に教会広場でフリーライブ決定". BARKS.
  22. ^ "「SIXTEEN-Japanese Ver.-」ミュージックビデオ公開". samuel-official.jp. January 18, 2018. Dicapai pada May 17, 2018.
  23. ^ "'최파타' 사무엘 "비투비 정일훈, 분위기 남달라…덕분에 노래 살았다" – 스포츠투데이 – TV보다 재밌다". stoo.asiae.co.kr (dalam bahasa Korea). Dicapai pada April 3, 2018.
  24. ^ "2018年5月16日(水) JAPAN 2nd Single「Candy -Japanese Ver.-」発売決定". Samuel Official Site.
  25. ^ "Samuel Kim releases tracklist for his 2nd repackaged mini album 'Teenager'". allkpop. Dicapai pada May 15, 2018.
  26. ^ "김사무엘, 브레이브와 전속계약 분쟁서 승소 "하늘이 내 편 들어줘"". entertain.naver.com (dalam bahasa Korea). Dicapai pada November 17, 2021.
  27. ^ "Gaon Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 22, 2017.
  28. ^ Cumulative sales for Eye Candy:
  29. ^ "Gaon Album Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 22, 2017.
  30. ^ Cumulative sales for Sixteen:
  31. ^ Cumulative sales for One:
  32. ^ "Gaon Digital Chart". Gaon Chart (dalam bahasa Korea). Dicapai pada September 22, 2017.
  33. ^ "Samuelの作品" (dalam bahasa Jepun). Oricon. Dicapai pada January 21, 2018.
  34. ^ 2017년 31주차 Download Chart [Week 31 of 2017 Album Chart]. Gaon Music Chart (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada September 22, 2017. Dicapai pada September 22, 2017.
  35. ^ 週間 CDシングルランキング (2018年02月05日~2018年02月11日) [CD single weekly ranking from February 5, 2018 to February 11, 2018] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada February 14, 2018. Dicapai pada February 14, 2018.
  36. ^ 週間 CDシングルランキング (2018年05月14日~2018年05月20日) [CD single weekly ranking from May 14, 2018 to May 20, 2018] (dalam bahasa Jepun). Oricon. Diarkibkan daripada yang asal pada May 23, 2018. Dicapai pada May 23, 2018.
  37. ^ "코미카 웹툰 '분홍분홍해' OST 선봬". 더게임스 (dalam bahasa Korea). December 27, 2017. Dicapai pada March 24, 2018.
  38. ^ CJENMMUSIC Official (February 12, 2018), [크로스 OST Part 2] 사무엘 (Samuel) – Thousand Times MV, dicapai pada April 25, 2018
  39. ^ "사무엘 (Samuel, 김사무엘) on Twitter". Twitter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada September 3, 2018.
  40. ^ "Sunglasses ELECTROBOYZ". iTunes (dalam bahasa Inggeris). July 30, 2016. Dicapai pada March 12, 2019.
  41. ^ "불후의 명곡 – 전설을 노래하다 (인생의 희노애락을 노래하다 작사가 김병걸)". melon (dalam bahasa Korea). March 23, 2019. Dicapai pada December 7, 2019.
  42. ^ "On December 6, Samuel Kim attended the '2017 Yahoo Asia Buzz Awards' in Hong Kong, accepting the award for the 'Most Searched KR New Singer". Retrieved December 6, 2017.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]