Sambungan pengapit
Sambungan pengapit (clamp connection) ialah suatu struktur seperti cangkuk yang dibentuk oleh pertumbuhan sel-sel hifa daripada kulat-kulat tertentu. Struktur ini terbentuk untuk memastikan setiap sel, atau segmen hifa yang dipisahkan oleh septa (dinding silang), menerima sepasang nukleus yang berbeza yang diperoleh melalui pembiakan hifa dengan jenis seks berbeza. Ini digunakan untuk menghasilkan variasi genetik dalam hifa seperti mekanisme yang terdapat pada krozier semasa pembiakan seksual.[1]
Sambungan pengapit adalah unik bagi kulat filum Basidiomycota. Banyak kulat daripada filum ini menghasilkan spora di basidiokarp (badan berbuah atau cendawan) di atas tanah. Walaupun sambungan pengapit adalah eksklusif bagi filum ini, tidak semua spesies Basidiomycota memiliki struktur ini. Apapun begitu, kehadiran atau ketiadaan struktur ini telah menjadi alat dalam pengelasan genus dan spesies.[2][3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ C.J. Alexopolous, Charles W. Mims, M. Blackwell et al., Introductory Mycology, 4th ed. (John Wiley and Sons, Hoboken NJ, 1996) ISBN 0-471-52229-5
- ^ Kuo M. "Using a Microscope: Clamp Connections". MushroomExpert.Com. Dicapai pada 2010-12-15.
- ^ Furtado, João S. (1966). "Significance of the clamp-connection in the basidiomycetes". Persoonia. 4 (1): 125–144.