Sambal belacan
Sambal tumis | |
---|---|
Tempat asal | Malaysia |
Dicipta oleh | Melayu Malaysia |
Bahan utama | Cili |
Bahan yang biasa digunakan | bawang putih, bawang merah, belacan, Tomato, cili, Cili padi, garam, gula, limau kasturi |
Keragaman/variasi | Sambal bacang, Sambal kemang, Sambal tempoyak |
sunting · sunting di Wikidata |
Sambal belacan (سمبل بلاچن) merupakan satu hidangan sampingan yang biasanya dimakan bersama ikan ataupun ulam. Sambal belacan pada amnya merupakan cili yang ditumbuk bersama belacan, garam dan sedikit gula[1].Ia hidangan sampingan yang terkenal di Malaysia pelengkap bagi Hidangan kampung atau Masakan Melayu Malaysia.
Sambal belacan juga boleh dicampurkan dengan tempoyak bagi menyedapkannya. Bagi mereka yang meminati sambal belacan pedas, cili padi atau juga dikenali sebagai cili api, akan digunakan bagi menggantikan lada besar. Juga boleh ditambah dengan limau kasturi sebagai penyedap rasa.[2]
Galeri
[sunting | sunting sumber]Variasi
[sunting | sunting sumber]Sambal belacan juga sudah diinovasikan menjadi pelbagai:
- Sambal tempoyak : di tambah dengan tempoyak iaitu durian yang di perap.
- Sambal bacang : ditambah dengan buah bacang iaitu sejenis keluarga Mangga atau Kuini.
- Sambal kemang : ditambah dengan buah kemang atau buah binjai.
Resepi sambal belacan
[sunting | sunting sumber]Cara menghasilkan sambal belacan
[sunting | sunting sumber]Tumbuk cili padi dan belacan.Lepas tu masukan Cili besar tumbuk sederhana atau 3/4 pecah.Masukkan buah tomato dan lenyekkan sahaja. Air perahan asam jawa campurkan dengan sambal itu tadi. Campurkan garam dan gula secukup rasa. Kurangkan gula dan elakkan penyakit kencing manis.
Cadangan hidangan
[sunting | sunting sumber]Makan bersama nasi putih, lauk pauk dan ulam timun.Tidak sesuai dimakan bersama nasi beryani atau nasi minyak, namun ianya sebagai penambah selera makan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Di mana masakan Melayu?. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.
- ^ Keistimewaan perisa limau kasturi. Utusan Malaysia. Capaian 3 April 2012.