Pergi ke kandungan

Salasilah kerabat diraja Perlis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Perlis merupakan sebahagian kesultanan Kedah sejak sekurang-kurangnya pertengahan abad ke-16. Tanah Perlis mula terbentuk apabila Sultan Dhiauddin memberikan wilayah Arau kepada menantunya, Syed Harun Jamalullail yang kemudiannya menjadi penghulu Arau. Anaknya, Syed Hussein, menggantikannya pada 1825 ketika ayahnya meninggal dunia. Beliau memperoleh jawatan itu dalam pergelutan Kedah dan Perlis dalam penjajahan Siam, dan kemudiannya ditadbir oleh gabenor Ligor oleh Siam. Selepas kematian Gabenor Ligor pada 1839, Perlis dipisahkan daripada Kedah dan menjadi negeri naungan Siam, dengan Raja Long Krok menjadi gabenor manakala Syed Hussein menjadi timbalannya, dengan Syed Hussein menggantikan Raja Long Krok selepas meninggal dunia. Syed Hussein pada 1841 kemudiannya pergi ke Bangkok, dan kemudiannya ditabalkan oleh Rama III selaku Raja Perlis, sekaligus menubuhkan kerabat Jamalullail yang memerintah Perlis hingga kini.[1]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Bibliografi

[sunting | sunting sumber]
  • Ahmad Sarji Abdul Hamid (2011), The Encyclopedia of Malaysia, 16 - The Rulers of Malaysia, Editions Didier Millet, ISBN 978-981-3018-54-9