Sakae Sushi
Jenis/bentuk sah | Persendirian |
---|---|
Industri | Peruncitan ![]() |
Genre | Restoran Jepun |
Ditubuhkan | September 1997 |
Pengasas | Douglas Foo |
Ibu pejabat | Singapura |
Tapak web | www www ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Sakae Sushi ( Kanji : 栄寿司) merupakan rangkaian restoran berpusat di Singapura yang menghidangkan masakan Jepun, dan merupakan jenama utama Sakae Holdings Ltd. [1] Ditujukan untuk menembus pasaran harga peringkat rendah hingga pertengahan, mereka menawarkan susyi, sashimi, teppanyaki, yakimono, nabemono, tempura, agemono, ramen, udon, soba dan donburi yang dihidangkan sama ada ala carte atau melalui tali pinggang penghantar.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1988, Douglas Foo bertemu dengan isterinya, Koh Yen Khoo, semasa bekerja sebagai tukang roti di sebuah kafe Delifrance. Semasa berpacaran, mereka kerap makan susyi. Walau bagaimanapun, Foo akan "merungut setiap kali beliau membayar bil" kerana susyi mahal ketika itu. Selepas memikirkan kenapa susyi tidak diperkenalkan kepada orang awam sedangkan hidangan ini sihat, dia memutuskan untuk menubuhkan Sakae Sushi. [2]
Cawangan pertamanya dibuka di Raffles Place pada September 1997, dan kini merupakan rangkaian restoran Jepun kaiten-zushi terbesar di negara Singapura. [3] Ia juga mempunyai 2 cawangan di Malaysia, [4] satu di Thailand, enam di China, tiga di Filipina dan empat di Indonesia. Mereka juga menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan di negara Singapura dan negara Malaysia. [5]
Pengasas Sakae Sushi mengakatakan bahawa suatu hari nanti dia ingin mengembangkan operasinya ke Korea Utara, kerana potensinya untuk mendapat kuasa monopoli di negara tersebut. [6]
Restoran ini mempunyai 5 cawangan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Senarai restoran Jepun
- Senarai restoran sushi
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "SakaeHoldings". SakaeHoldings (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 29 December 2020.
- ^ "Conveyor of healthy dining to the masses".
- ^ "Brands". Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2006.
- ^ "Outlets".
- ^ "Sakae Sushi owner flags full-year loss on $3.2m impairment charge". Straits Times. 23 August 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2020. Dicapai pada 11 November 2020.
- ^ "Singapore sushi king dreams of opening shop in Pyongyang". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2007. Dicapai pada 12 January 2007.