Sajida Talfah
Sajida Khairallah Talfah (Arab: ساجدة خيرالله طلفاح ), lahir 1937) adalah balu kepada bekas presiden Iraq, Saddam Hussein, juga ibu kepada dua anak lelaki (Uday dan Qusay) serta tiga anak perempuan beliau (Raghad, Rana dan Hala). Beliau bernikah dengan Saddam pada tahun 1963. Sebelum bernikah, beliau adalah seorang guru.
Pada bulan April 2003, Sajida Talfah telah melarikan diri dari Iraq, kemungkinan besar ke Qatar. Pada bulan Julai 2004 pula, dia telah ditahan oleh pasukan pertahanan multi-bahasa dan multi-negara. Seramai 20 orang peguambela dan peguam cara telah bertindak membela suaminya selama tempoh perbicaraan bagi menghukumi tuduhan kes kezaliman perang terhadap suaminya, termasuklah pembicaraan terhadap kes kejahatan terhadap hak asasi kemanusiaan, pelanggaran undang-undang dan lain-lain. Sajida juga adalah pelarian yang menuntut dasar keadilan terhadap Iraq yang sebelum ini dibelenggu dengan pelbagai siri pembunuhan, pencurian, penggelapan, mengarah penyiksaan kepada musuh, dan pelbagai jenis kelakuan jenayah kejahatan yang lain.
Pada tarikh 2 Julai 2006, penasihat keselamatan kebangsaan Iraq Muwaffaq al-Rubaie mengumumkan bahawa Sajida dan anaknya Raghad Hussein adalah orang yang ke-16 dan ke-17 paling dikehendaki oleh pemerintah Iraq yang dinaungi oleh Amerika Syarikat pada waktu itu atas sebab kes pembiayaan pemberontak Muslim Sunni sewaktu pemerintahan Saddam Hussein. Para peguambela terkemuka Saddam menyatakan bahawa "tuduhan dan tuntutan terhadap Raghad dan Sajida adalah sangat tidak beralasan kukuh", ini kerana "Sajida tinggal di rumahnya di Qatar bersendirian dan tidak memiliki hubungan dengan siapa pun, tidak juga dengan peguam". Dia juga menyatakan bahawa Sajida, yang pada saat itu 69 tahun, sedang menjalani rawatan perubatan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Samira Shahbandar, allegedly Saddam's second wife (isteri kedua Saddam Hussein)
- Nidal al-Hamdani, allegedly Saddam's third wife (isteri ketiga Saddam Hussein)
- Wafa el-Mullah al-Howeish, allegedly Saddam's fourth wife (isteri keempat Saddam Hussein)