Sahol Hamid Abu Bakar
Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar P.S.M., D.P.M.S., S.S.A.P., D.J.M.K., D.S.P.N., D.J.N., D.S.M., B.C.N. | |
---|---|
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA | |
Dalam jawatan 1 Jan 2010 – 31 Jan 2016 | |
Didahului oleh | Ibrahim Shah Abu Shah |
Digantikan oleh | Hassan Said |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Pulau Pinang | 9 Januari 1952
Pasangan | Datin Seri Prof. Dr. Hanizah Abdul Hamid |
Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar (ساهول حميد بن ابو بكر) merupakan bekas Naib Cancelor Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dilantik pada 1 Januari 2010 menggantikan Ibrahim Shah Abu Shah.
Biografi
[sunting | sunting sumber]Profesor Emeritus Tan Sri Dato' Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar dilahirkan di Pulau Pinang pada 9 Januari 1952. Pada tahun 1977, beliau menamatkan Diploma Lanjutan dalam bidang Kejuruteraan Awam di Institut Teknologi MARA. Beliau kemudian melanjutkan pengajian di Colorado State University (CSU), Amerika Syarikat dibawah Skim Pensyarah Muda ITM dan telah dianugerahkan MSc. Kejuruteraan Awam dan MSc. Ekonomi dari CSU. Pada tahun 1991, beliau dilantik sebagai Profesor Pelawat di Purdue University, USA. Tahun berikutnya, beliau memperoleh D.Phil dalam Kejuruteraan Awam dari University of Sussex, UK.
Di Malaysia, beliau dianugerahkan sebagai Felo oleh Institut Kejuruteraan (1999) dan Akademi Sains (2003). Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang kejuruteraan awam, pengurusan banjir, hidrologi, kejuruteraan persekitaran dan analisis ekonomi sumber air. Tan Sri Sahol Hamid merupakan jurutera professional yang berdaftar dengan Badan Kejuruteraan Malaysia. Beliau merupakan Profesor Tetamu dalam bidang Kejuruteraan Awam, WAREM, di University of Stuttgart, Jerman sejak 2000. Pada tahun 2011, University of Stuttgart menganugerahkan beliau Doktor Kehormat Kejuruteraan Awam bagi mengiktiraf sumbangan beliau yang luas kepada universiti. Beliau adalah orang Asia yang pertama yang diberi penghormatan tersebut.
Tan Sri Sahol Hamid Abu Bakar menjadi Naib Canselor Universiti Teknologi MARA yang ketiga pada 1 Januari 2010 sehingga 31 Jan 2016. Pada pertengan tahun 2010, beliau telah merancang satu projek komuniti yang diberi nama Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB), yang membolehkan anak-anak yatim dan anak-anak miskin lepasan sekolah Melayu dan Bumiputera untuk meneruskan pengajian di peringkat Pra-Diploma di UiTM. Objektif projek ini adalah untuk menyediakan masa depan yang lebih baik bagi keluarga yang kurang bernasib baik dengan memperluaskan akses kepada pembelajaran. MDAB dibiayai melalui dana endowmen. Penderma adalah termasuk dalam kalangan badan-badan korporat, alumni, pelajar dan staf UiTM. Derma melalui potongan gaji daripada staf UiTM semakin meningkat. Endownmen ini membayar yuran, makanan, penginapan dan elaun hidup pelajar MDAB. Sejak 2010, 18,000 pelajar telah diterima masuk ke UiTM dan 12,000 telah berjaya ke peringkat seterusnya.
Pendidikan dan Kelayakan
[sunting | sunting sumber]- D.Phil (Civil Engineering), University of Sussex, U.K. (1992)
- MSc. (Civil Engineering), Colorado State University, U.S.A. (1980)
- MSc. (Economics), Colorado State University, U.S.A. (1980)
- B Eng (Hons) Civil Engineering, ITM, Malaysia (1977)
- MCE, Sekolah Menengah Teknik Pulau Pinang (1969)
- LCE, Methodist Boys School, Pulau Pinang (1967)
- Pykett Methodist Boys School, Pulau Pinang (1964)
- Registered Professional Engineer, Board of Engineers, Malaysia
- Fellow of Institution of Engineers, Malaysia (1999)
- Fellow of the Academy of Science, Malaysia (2003)
- Professional Engineer, Board of Engineers, Malaysia
Pengalaman Kerja
[sunting | sunting sumber]- Naib Canselor, UNITAR International University (1 Mac 2021 - kini)
- Ahli Lembaga Pengarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris
- Naib Canselor, B.S. Abdur Rahman Crescent Institute of Science and Technology
- Naib Canselor, Universiti Teknologi MARA (dari 1 Januari 2010 - 31 Jan 2016)
- CEO, Pejabat Pengurusan Projek (PMO), Kementerian Pendidikan Tinggi (2007-2009)
- Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Pengantarabangsaan (2004-2007)
- Direktor, UiTM Kampus Pulau Pinang (2003-2004)
- Dekan, Fakulti Kejuruteraan Awam (2002-2003)
- Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Akademik (2000-2001)
- Penolong Naib Canselor Hal Ehwal Pengantarabangsaan (1996-1999)
- Penolong Rektor Hal Ehwal Akademik (1994-1995)
- Penolong Direktor Hal Ehwal Akademik (1992-1994)
- Timbalan Ketua Pembangunan dan Pembinaan Kampus UiTM
- Timbalan Ketua Proses Persediaan Pengajian (1984-1985)
- Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam (1982-1983)
- Pensyarah (1980-1982)
Anugerah dan Kepujian
[sunting | sunting sumber]Anugerah Negeri-Negeri di Malaysia
[sunting | sunting sumber]Tahun | Nama Anugerah | Pemberi Anugerah |
---|---|---|
2013 | Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota | Yang di-Pertuan Agung, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah |
2012 | Darjah Kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor | Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj |
2012 | Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang | Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'Adzam Shah |
2010 | Dato' Paduka Mahkota Kelantan | Sultan Kelantan, Sultan Muhammad ke-V |
2000 | Darjah Setia Pangkuan Negeri | Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir |
1997 | Darjah Seri Melaka | Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj |
1997 | Darjah Johan Negeri | Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir |
1996 | Bintang Cemerlang Negeri | Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Tan Sri Datuk (Dr.) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir |
Anugerah Antarabangsa dan Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Tahun | Nama Anugerah | Pemberi Anugerah |
---|---|---|
2011 | Doktor Kehormat Kejuruteraan "Dr.-Ing. E.h." | Universiti of Stuttgart, Jerman |
2010 | Anugerah Kerajaan Malaysia ke atas Pembangunan Negara | Kerajaan Malaysia |
2010 | Anugerah Kepimpinan Pendidikan Cemerlang | Kerajaan Malaysia |
1997 | Anugerah Sains Negara
* Kerana mempromosikan Pendidikan Sains bagi Malaysia |
Kerajaan Malaysia |
1994 | Anugerah Perkhidmatan Cemerlang | Institut Teknologi MARA |
1993 | Anugerah Kualiti | Institut Teknologi MARA |
1992 | Sijil Merit, Anugerah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia untuk Kecemerlangan Akademik | Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, UK |
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]- Penyelia PhD - Tesis bertajuk "Satellite-based Quantitative Rainfall Estimation for Flood Forecasting".
- Anugerah Resis PhD Cemerlang oleh Bahagian Sumber Air, Institut Jurutera Malaysia.
- Anugerah Emas, IID (Inventions, Innovations and Designs) 2008. Produk / perisian bertajuk "Geostationary Meteorological Satellite-based Rainfall Estimation (GMS-Rain)".
- Anugerah Emas, ITEX (International Techonology Exhibition) 2008. Produk / perisian bertajuk "Geostationary Meteorological Satellite-based Rainfall Estimation (GMS-Rain)".
- INPEX Excellent Award, Pittsburgh USA, 2009. Produk / perisian bertajuk "Geostationary Meteorological Satellite-based Rainfall Estimation (GMS-Rain)".
- Anugerah Gangsa, IENA Nuremberg, Germany, 2008. Produk / perisian bertajuk "Geostationary Meteorological Satellite-based Rainfall Estimation (GMS-Rain)".
- Development of A Low Cost Plug Flow Anaerobic Digester for Farm Waste Treatment and Biogas Production (GOLD), Inventions, Innovations and Design, IID 08, Malaysia.
- Stream Corridor Restoration Study on Sg. Permatang Rawa, Penang (BRONZE), Inventions, Innovations and Design, IID 08, Malaysia
- Development of A Low Cost Plug Flow Anaerobic Digester for Farm Waste Treatment and Biogas Production ITEX 08 Gold Award – 1, IENA Award – 1, Invention, Innovation and Industrial Design, ITEX Malaysia 08
- Development of A Low Cost Plug Flow Anaerobic Digester for Farm Waste Treatment and Biogas Production, SILVER AWARD, BRUSSELS EUREKA Innova 08, Belgium
- INPEX Excellent Award, Pittsburgh USA, 2008. Produk: GMS-Rain
- Bronze Award : IENA Nuremberg, Germany, 2008. Produk: GMS-Rain
Sumbangan
[sunting | sunting sumber]- Bertanggungjawab memulakan pautan Malaysian German Education melalui Ministry of Science, Arts and Culture of Baden Wurttemberg sejak 1994. Beratus-ratus orang pelajar Malaysia telah lulus dari Universiti-Universiti di Jerman.
- Memperkenalkan bahasa Jerman sebagai bahasa ketiga di Universiti Teknologi MARA.
- Memulakan pembelian peralatan pembelajaran berasaskan Jerman untuk makmal Kejuruteraan dan Sais di Universiti-Universiti Malaysia.
- Bertanggungjawab membawa pelajar pertukaran Jerman ke Malaysia.
- Memulakan beberapa pertukaran teknologi Malaysia-Jerman.
- Bertanggungjawab untuk menubuhkan sebuah pusat penyelidikan di Malaysia dengan menggunakan model yang sama seperti WAREM, University of Stuttgart.
- Memulakan program yang sama dengan program German Elite Univerity menggunakan Model Jerman di Malaysia.
- Bertanggungjawab menghubungkan beberapa Universiti-Universiti Malaysia dengan Universiti-Universiti di Jerman.
- Profesor Tetamu, WAREM, University of Stuttgart (sejak 2000)