Pergi ke kandungan

Sahidzan Salleh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sahidzan Salleh
Kelahiran
Sahidzan Salleh

27 Disember
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis
Terkenal keranaDelirium
Kampung asalSandakan, Sabah
Laman web rasmi[1] [2]

Sahidzan Salleh (lahir pada 27 Disember) lahir di Sandakan, Sabah, merupakan pemenang Pertandingan Novel Sabah anjuran Buku Fixi dengan karyanya Delirium.

Penulis yang serba boleh ini berasal dari Sandakan Sabah dan telah menerbitkan dua buah buku iaitu Kolonial Mimpi dan Sepuloh Nama. Beliau yang sekarang ini bekerja di dalam sektor pembinaan, mempunyai keistimewannya yang tersendiri apabila pembaca perlu berusaha lebih untuk memahamkan karya tulisannya dan pembaca akan merasa puas sebaik saja mereka dapat memahami apa yang cuba disampaikannya di dalam novel-novel tersebut. Pada November 2015, beliau sekali lagi menerbitkan novel yang berjudul Pada Waktu-waktu Yang Terhapus. Cerpen-cerpennya juga pernah diterbitkan di dalam buku Kontrol Histeria dan Main Gila oleh Lejen Press.

  • MOTEL, Buku Fixi 2024, 276 hlm.
  • JELITA, Buku Fixi 2021, 288 hlm.
  • ONE TWO JAGA: Movie Tie-In, Buku Fixi 2018, 283 hlm.
  • PUAKA, Buku Fixi 2018, 314 hlm.
  • Balachi, Lejen Press 2017, 262 hlm.
  • DELIRIUM, Buku Fixi 2016, 281 hlm.
  • Pada Waktu Waktu Yang Terhapus, Lejen Press 2015, 262 hlm.
  • Sepuloh Nama, Lejen Press 2015, 282 hlm.
  • Kolonial Mimpi, Lejen Press 2015, 326 hlm.
  1. Main Gila, Lejen Press, 2012
  2. Batu Ketiga Dari Matahari, Kerat Studio, 2012
  3. Tamu, Orbit Hijau, 2012
  4. Kontrol Histeria, Lejen Press, 2011


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]