Safran Aircraft Engines
Fail:Snecma logo.png | |
Jenis/bentuk sah | Anak syarikat |
---|---|
Industri | Aeroangkasa Pertahanan |
Pendahulu | Gnome et Rhône Hispano-Suiza |
Ditubuhkan | 1945 |
Ibu pejabat | Courcouronnes, Perancis |
Tokoh penting | Olivier Andriès (CEO) |
Keluaran | Enjin pesawat Enjin roket |
Hasil | ▲€ 10.452 bilion (2018)[1] |
Pendapatan bersih | ▲€ 1.929 bilion (2018)[1] |
Bilangan kakitangan | 15,700 (2016) |
Syarikat induk | Safran |
Tapak web | www |
sunting · sunting di Wikidata |
Safran Aircraft Engines (dahulunya Snecma, Société nationale d'études et de construction de moteurs d'aviation atau Snecma Moteurs) adalah sebuah syarikat enjin aeroangkasa Perancis yang berpangkalan di Courcouronnes dan merupakan sebuah anak syarikat Safran. Ia mereka, mengeluarkan dan menyelenggara enjin untuk pesawat komersial dan tentera selain enjin roket untuk kenderaan pelancar dan satelit.
Beberapa pembangunan penting sebelumnya, sama ada bersendirian atau perkongsian termasuk M88 untuk pesawat Rafale, Olympus 593 untuk Concorde, CFM56/CFM-LEAP untuk pesawat penumpang satu lorong, dan enjin Vulcain untuk Ariane 5.
Ia mempunyai hampir 15,700 orang pekerja yang bekerja di 35 tapak pengeluaran, pejabat dan kemudahan MRO di seluruh dunia. Ia juga memfailkan secara purata hampir 500 paten setiap tahun.
Safran Aircraft Engines mengoperasikan dua syarikat usahasama dengan GE Aviation: CFM International, pembekal utama dunia bagi enjin pesawat komersial,[2] dan CFM Materials.
Produk
[sunting | sunting sumber]Pesawat
[sunting | sunting sumber]Enjin komersial
[sunting | sunting sumber]- CFM International CFM56 (50%)
- CFM International LEAP (50%)
- PowerJet SaM146 (50%)
- General Electric GE90 (23.5%)
- General Electric CF6 (10–20% saham pengeluaran, bergantung pada model enjin)
- Engine Alliance GP7000 (10%)
- Safran Silvercrest (sedang dibangunkan)
- 5,000 shp turbin bebaling (dalam kajian) untuk pesawat penumpang berkapasiti 70–90 tempat duduk[3][4]
Enjin tentera
[sunting | sunting sumber]Enjin angkasa
[sunting | sunting sumber]Tapak-tapak
[sunting | sunting sumber]- Courcouronnes: Ibu pejabat
- Évry-Corbeil
- Gennevilliers
- Istres
- Pusat Angkasa Guiana
- Le Creusot
- Vernon
- Melun Villaroche Aerodrome
- Saint-Quentin-en-Yvelines
- Châtellerault
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Petikan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Preliminary Results 2018". Safran. Dicapai pada 30 December 2019.
- ^ https://www.statista.com/statistics/1099835/global-aircraft-engine-manufacturer-market-share/
- ^ "Safran Reveals New Turboprop Efforts". Aviation Week. 1 May 2013. Dicapai pada 4 August 2013.
- ^ "Safran veut s'attaquer au monopole de Pratt & Whitney" (dalam bahasa Perancis). aerobuzz.fr. 24 Januari 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Ogos 2013. Dicapai pada 4 Ogos 2013.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Gunston, Bill (2006). World Encyclopedia of Aero Engines, 5th Edition. Phoenix Mill, Gloucestershire, England, UK: Sutton Publishing Limited. ISBN 0-7509-4479-X.
- "Snecma develops M88". Flight International. Surrey, UK: IPC Transport Press. 124 (3888): 1,294. 6–12 November 1983. ISSN 0015-3710. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2014.
- Moxon, Julian (16–22 March 1986). "Snecma advances M88 demonstrator". Flight International. Surrey, UK: IPC Transport Press. 129 (4003): 26. ISSN 0015-3710. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 October 2014. Dicapai pada 14 May 2017.
- Norris, Guy; Sedbon, Gilbert (10–16 April 1991). "Power to Progress". Flight International. London, UK: Reed Business Information. 139 (4262): 32–36. ISSN 0015-3710. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2010.
- Williams, Mel, penyunting (2002). "Dassault Rafale". Superfighters, The Next Generation of Combat Aircraft. London: AIRtime Publishing. ISBN 978-1-880588-53-6.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Safran Aircraft Engines |