Pergi ke kandungan

STM (syarikat Turkiye)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
STM (Savunma Teknolojileri Mühendislik ve Ticaret A.Ş.)
Jenis/bentuk sahSyarikat awam
IndustriPertahanan
Teknologi
Kejuruteraan
Perundingan
Ditubuhkan1991 (1991)
PengasasJawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan
Ibu pejabatAnkara, Turkiye
Tokoh pentingÖzgür Güleryüz
KeluaranPelantar tentera laut, Keselamatan siber, Sistem autonomi, Sistem radar, Teknologi satelit, Sistem Arah dan Kawal, Pensijilan dan perundingan
Tapak webhttps://www.stm.com.tr/
Facebook: stmdefenceinternational Twitter: StmDefenceInt Instagram: stmdefenceinternational LinkedIn: stm-defence-international Youtube: UCR_YoYwHcNuuxuy0pWjXQUQ Youtube: STMDefence Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

STM (Savunma Teknolojileri Mühendislik ve Ticaret A.Ş.) adalah sebuah syarikat pertahanan dari Turkey. Ia beroperasi dan menceburi sektor-sektor perniagaan awam (termasuk ketenteraan) dan persendirian.[1] STM mengeluarkan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam lapangan ketenteraan laut, udara dan pertahanan darat, selain perisian dan ruang siber.

STM adalah salah sebuah kontraktor kepada Angkatan Tentera Turki, membekalkan pasukan keselamatan, terutamanya Tentera Laut Turkiye, dengan pelbagai penyelesaian dan sistem-sistem tempatan.

STM telah diasaskan pada tahun 1991 melalui satu dekri yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Eksekutif Industri Pertahanan, kerajaan Turkiye untuk menyediakan pengurusan projek, kejuruteraan sistem, pemindahan teknologi, sokongan logistik dan teknikal dan perkhidmatan perundingan kepada Presiden Turkiye, Presiden Industri Pertahanan (SSB) dan Angkatan Tentera Turki (TSK).[2]

STM memasuki senarai dalam Defense News Top 100, yang mana menyenaraikan 100 tempat teratas bagi syarikat pertahanan bagi tiga tahun berturut-turut sejak tahun.

Pentadbiran

[sunting | sunting sumber]

STM diketuai oleh Pengerusi Lembaga Prof. Dr. İhsan Kaya dan Pengurus Besar Özgür Güleryüz.[3]

STM memiliki tiga divisyen penting: kejuruteraan, teknologi dan perundingan. Ia beroperasi dalam bidang ketenteraan laut, keselamatan siber, sistem autonomi, sistem radar, teknologi satelit, sistem arah dan kawal, pensijilan dan perundingan.

Projek-projek utama

[sunting | sunting sumber]

Projek-projek utama STM termasuk:[4][5][6]

STM bertindak sebagai sub-kontraktor utama dalam pemnbinaan korvet MİLGEM kelas Ada, projek korvet negara pertama Türkiye.

STM telah mengambil bahagian dalam program kapal selama jenis baharu, kapal selam kelas Reis (Type-214) untuk Tentera Laut Turkiye yang mana akan dijanakuasa oleh sistem pendorongan bebas-udara dan telah melengkapkan penghantaran badan Torpedo Seksyen 50.

STM juga menyumbang kepada projek sokongan peta digital bagi projek helikopter ATAK pada tahun 2011 dan pelancaran projek NATO Integration Core (INT-CORE).

Pada tahun 2016, STM telah menyiapkan pemodenan kapal selam kelas Agosta 90B kelas Khalid buatan Perancis yang dimiliki oleh Pakistan. Pemodenan dua buah kapal selam ini telah disiapkan di Turkiye, di mana program pemodenan ke atas kapal selam terakhir disambung di Karachi, Pakistan.

  • Pengeluaran kad pengenalan elektronik Turkiye
  • Sokongan kejuruteraan kepada Pakistan untuk membina armada kapal tangki, PNS Moawin (A39)
  • Pengeluaran dron sayap kepak putar, STM Kargu
  1. ^ STM - The New Global Player in Defence, Defence Turkey magazine, Volume 13 Issue 91, 2019, accessed 2020-12-22
  2. ^ "STM turns 31 years old". Defense Here. 6 May 2022. Dicapai pada 14 November 2023.
  3. ^ STM General Manager Became Özgür GÜLERYÜZ, RaillyNews, 2020-06-21, accessed 2020-12-22
  4. ^ "STM".
  5. ^ "Naval Engineering".
  6. ^ STM – Who We Are, accessed 2020-12-22
  7. ^ STM’s Naval Expertise Propelling Export-Oriented Development and Collaboration Projects with the Turkish Defence Industry, interview, STM General Manager Murat İKİNCİ, DefenceTurkey, Volume 14 Issue 95, 2019, accessed 2020-12-22


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]