Pergi ke kandungan

Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada SMK Ledang)

Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang (singkatan: SMKL atau SMiLe) merupakan sebuah sekolah Menengah yang terletak di Jalan Sialang di dalam daerah Tangkak di negeri Johor.

Sekolah Menengah Kebangsaan Ledang
Lokasi
Bandar Tangkak, Tangkak, Johor
Malaysia
Maklumat
Jenis sekolahSekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoBersusila Teguh Pendirian
Ditubuhkan1953
Nombor sekolah069781266
Kod sekolahJEA9009
PengetuaEn. Mohd Narawi bin Mohamed Ali
GPK Pentadbiran dan AkademikPn. Khatijah binti Abdul Hamid
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridEn. Rosli bin Hussein
Penolong Kanan KokurikulumPn. Siti Hasnah
Faks069788727
Laman sesawang


SMK Ledang ditubuhkan pada 1953. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah Inggeris Ledang (SMiLE) yang pada asalnya menumpang di Sekolah Kebangsaan Ledang. Bangunan baharu SMK Ledang yang pertama siap dibina pada tahun 1963 yang mengandungi dua blok bilik darjah, bilik pejabat pentadbiran, bilik Ekonomi Rumah Tangga (ERT), kantin dan makmal sains. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, YAB En. Mohamed Khir Johari pada 4 April 1965.[1]

Nama SMK Ledang diiambil sempena nama Gunung Ledang yang terletak di daerah ini yang juga merupakan gunung tertinggi di Johor yang terkenal dengan kisah Lagenda Puteri Gunung Ledang.

Pada awal pembinaannya, hanya terdapat seramai 30 orang murid dan 3 orang guru sahaja. Bangunan awalnya hanya terdiri daripada 1 blok bangunan dua tingkat. Kini, SMK Ledang memiliki seramai 1245 orang pelajar dan 104 orang guru serta telah berkembang menjadi 11 buah blok yang mempunyai pelbagai kemudahan.[2]


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]