Rupa dan bentuk (seni visual)
Dalam seni visual, rupa merujuk kepada suatu kawasan rata dan tertutup dalam karya seni yang dicipta melalui garisan, jalinan atau warna, ataupun kawasan yang ditutupi rupa lain seperti segi tiga, bulatan dan segi empat.[1] Bentuk pula merupakan bahan atau komposisi berbentuk tiga dimensi (3D) atau objek dalam kompisisi 3D.[2] Secara khusus, ia merupakan ruang tertutup, dengan sempadan yang ditentukan unsur-unsur seni lain.
Kategori
[sunting | sunting sumber]Geometrik dan organik
[sunting | sunting sumber]Rupa geometri ialah rupa dengan bucu bertepi tepat dan konsisten secara matematik,[perlu rujukan] ia adalah rupa tulen, dan oleh itu, terdiri daripada bulatan, segi empat sama, segi tiga dan lain-lain, manakala bentuk geometri secara ringkasnya ialah isi padu ringkas seperti kubus, silinder dan piramid.[3] Bentuk-bentuk biasanya lazim dalam seni bina, teknologi, industri dan struktur kristal.
Sebaliknya, rupa organik berbentuk bebas, tidak dapat diramalkan, dan kelihatan mengalir-alir. Bentuk dan rupa organik ini secara visual mencadangkan dunia semula jadi haiwan, tumbuhan, langit, laut dan lain-lain. Penambahan bentuk organik pada komposisi yang didominasi oleh struktur geometri boleh menambah tenaga yang tidak dapat diramalkan.[4]
Positif dan negatif
[sunting | sunting sumber]Bentuk positif ialah bentuk, yang mempunyai butiran di dalamnya, seperti gambaran kasar manusia dengan ciri badan. Sebaliknya, bentuk negatif ialah bentuk tanpa sebarang butiran; ia hanya satu garis besar.
Perwakilan
[sunting | sunting sumber]Rupa berperwakilan dihasilkan dengan meratakan objek tiga dimensi.[5] Tiada yang benar-benar geometrik, tetapi boleh ditafsirkan dengan meguraikannya menjadi rupa, dengan gabungan rupa dapat menghasilkan bayangan yang dapat dikenali.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Bacaan lanjut
[sunting | sunting sumber]- Gatto, Porter, and Selleck. Exploring Visual Design: The Elements and Principles. 3rd ed. Worcester: Davis Publications, Inc., 2000. ISBN 0-87192-379-3
- Stewart, Mary, Launching the imagination: a comprehensive guide to basic design. 2nd ed. New York: The McGraw-Hill Companies, Inc., 2006. ISBN 0-07-287061-3