Rumah Warisan Haji Su
Rumah Warisan Haji Su رومه واريثن حاج سو | |
---|---|
![]() | |
Jenis | Rumah Warisan Negeri |
Lokasi | Lot 7181, Kampung Losong Haji Su 21000 Kuala Terengganu Terengganu |
Bandar terdekat | Kuala Terengganu |
Luas | 0.4 hektar[1] |
Dibina pada | 1890-an - Rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga[2] 1941 - Rumah Limas Belanda[2] |
Dibaikpulih pada | Jun 2014 - Februari 2016 |
Dibaikpulih oleh | Kerajaan Negeri Terengganu[3] |
Pemilik | Kerajaan Negeri Terengganu |
Pemilik asal | Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed[4] |
Kos pembelian & baikpulih | RM2.8 juta |
Rumah Warisan Haji Su ialah kompleks yang menempatkan dua buah rumah warisan tradisional yang terletak di Kampung Losong, Kuala Terengganu, Terengganu[5]. Rumah ini dijadikan sebagai salah satu daripada tempat pelancongan semasa peristiwa Tahun Melawat Terengganu pada tahun 2017[5]. Su Mohammed Salleh bin Haji Mohamad merupakan pemilik asal rumah warisan ini sebelum kerajaan Terengganu melalui Lembaga Muzium Negeri Terengganu membeli rumah warisan ini dengan harga sebanyak RM3.2 juta[6].
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1850, Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed telah membina Rumah Bujang Berpeleh Berkembar Tiga manakala Rumah Limas Belanda pula dibina pada tahun 1940an. Kedua-dua rumah berkenaan dibina menggunakan kaedah pembinaan pasang siap dengan kayu cengal sebagai bahan binaan[7].
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sejarah Rumah Warisan Haji Su
- ^ a b "Conservation of Rumah Warisan Haji Su, Kuala Terengganu". Arkitek Punca Cipta. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2019. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ "Rumah Warisan Haji Su". Discovery Terengganu. 1 April 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ Muhammad Hasif Mohd Jelani (11 November 2019). "What to Experience, Eat & Stay in Setiu, Marang & Kuala Terengganu?". GayaTravel. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Februari 2020. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ a b "Rumah Warisan Haji Su Produk Pelancongan Terbaru". TRDI. 6 Oktober 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2022. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ Nurul Husna Mahmud (26 Jun 2018). "Rumah kayu berpasak". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.
- ^ "Rumah Unik 70 Tingkap di Losong Terengganu". Kerajaan Negeri Terengganu. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Julai 2024. Dicapai pada 17 Julai 2024.