Pergi ke kandungan

Rumah Terbuka Malaysia Madani

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Latar Belakang

Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, Kadazandusun, Bajau, Murut dan lain-lain. Terdapat pelbagai sambutan perayaan yang disambut oleh masyarakat seperti Sambutan Hari Raya, Deepavali, Tahun Baharu Cina, Gawai dan Krismas. Rumah Terbuka Malaysia Madani yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 (PMX) iaitu YAB Dato’ Seri Anuar Ibrahim bersama Jemaah Menteri telah berjaya mengumpulkan semua lapisan masyarakat tanpa mengambil kira kaum dan agama. Rumah terbuka ini bukan sahaja disambut oleh penganut agama Islam tetapi agama lain juga dijemput hadir memeriahkan sambutan hari raya aidilfitri. Rumah Terbuka Malaysia Madani diadakan di 6 negeri iaitu di Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu dan Selangor. Rumah Terbuka Malaysia Madani ini selaras dengan dasar kepimpinan yang berlandaskan kepada enam aspek utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan.

"Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri". ecentral.my. 24 April 2023. Dicapai pada 17 Jun 2023. |first= missing |last= (bantuan); More than one of |work= dan |newspaper= specified (bantuan); Check |archive-url= value (bantuan)

https://malaysiamadani.gov.my

Lokasi & Masa Rumah Terbuka Malaysia Madani 2023 Bersama Perdana Menteri

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Kedah

Pada 29 April 2023, Rumah Terbuka Malaysia Madani telah diadakan di Hotel Raia, Alor Setar, Kedah bermula jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Kerajaan membelanjakan sebanyak RM3.1 Juta bagi negeri Kedah dengan jumlah kehadiran seramai 25,000 orang yang hadir ke program tersebut. Turut hadir Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor di tempat tersebut dilihat beramah mesra bersama barisan Jemaah Menteri yang lain. Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah juga turut berkenaan berangkat ke majlis itu.  Sultan Negeri Kedah, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Besar Negeri Kedah bersama-sama duduk di meja utama yang menunjukkan kematangan orang politik untuk mengenepikan sebarang sentimen dan perbedaan dari segi politik. Pemimpin-pemimpin politik boleh berada di platform yang sama bagi merayakan Aidilfitri ini. Sebanyak lima buah khemah besar beserta meja dan kerusi untuk para hadirin di pekarangan Hotel Raia di Alor Setar, Kedah. Antara menu yang disediakan kepada orang ramai termasuk kuey teow, mee hoon goreng, bubur cha cha, nasi tomato, ayam masak merah, daging masak kuzi, ayam goreng berempah dan acar buah yang dihidangkan kepada pengunjung yang hadir.

https://www.malaysiakini.com/news/663571

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/majlis-rumah-terbuka-malaysia-madani-kedah-capai-sasaran-25000-pengunjung-417419

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/05/1104698/rm63-juta-anjur-rumah-terbuka-aidilfitri-malaysia-madani

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pulau Pinang

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Permatang Pauh, Pulau Pinang telah menjadi lokasi yang dipilih oleh Perdana Menteri. Kira-kira seramai 15,000 ke 18,000 orang pengunjung membanjiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani. Hampir 50 gerai makanan disediakan kepada para pengunjung serta menu-menu yang dihidangkan kepada orang ramai seperti nasi hujan panas, kambing golek, pasembur, laksa, martabak, roti John, sate, cendol, lemang, rendang, mi sotong, ais tingkap serta char kuetiau. Pada jam 12 tengah hari Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba disambut dengan laungan reformasi. Disusuli hadir ke Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani Yang di-Pertua Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Nor. Turut hadir sama barisan Kabinet Menteri Kerajaan Perpaduan iaitu Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kom Yeow, Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Saifudin Nasution, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fong, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta pemimpin negeri. Dalam pada itu juga, bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin seramai 23 pegawai dan 149 anggota polis yang ditugaskan untuk memantau lalu lintas dan keselamatan perjalanan program itu.

https://malaysiagazette.com/2023/05/06/rumah-terbuka-malaysia-madani-p-pinang-terima-sambutan-luar-biasa/

https://www.sinarharian.com.my/article/257147/berita/nasional/orang-ramai-banjiri-rumah-terbuka-malaysia-madani

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Negeri Sembilan

Pada 7 Mei 2023, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Majlis Rumah Terbuka Kerajaan Negeri Sembilan. Sultan Negeri Sembilan juga berangkat mencemar duli ke majlis, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir serta Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud. Turut hadir bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun juga hadir pada rumah terbuka Malaysia Madani. Rumah Terbuka Malaysia Madani di Negeri Sembilan berlangsung pada pukul 10.30 pagi sehingga 3 petang itu. Terdapat 52 buah gerai makanan menyajikan pelbagai juadah termasuk sate, kambing golek, rendang maman, lemang daun lerek dan apam Johol yang disediakan kepada pengunjung yang hadir pada majlis tersebut. Ramai pengunjung yang begitu teruja hadir kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk berjumpa Perdana Menteri Malaysia.

  https://malaysiagazette.com/2023/05/07/anwar-zahid-meriahkan-suasana-rumah-terbuka-aidilfitri-negeri-sembilan/

https://www.kosmo.com.my/2023/05/07/orang-ramai-mula-banjiri-rumah-aidilfitri-negeri-sembilan-malaysia-madani/

Rumah Tebuka Malaysia Madani di Kelantan

Anwar Ibrahim menghadiri Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani di Pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan pada 12 Mei 2023. Turut hadir Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob bagi memudahkan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan sekaligus membolehkan perkara melibatkan kepentingan rakyat diberi keutamaan. Antara agenda yang dibincangkan sepanjang Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani ialah potensi besar negeri Kelantan sebagai hub pelaburan baharu di Malaysia dan bagi merelaisasikan serta memastikan pelaksanaan semua projek-projek yang telah dirancang khususnya di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dapat berjalan dengan lancar. Rakyat negeri ini juga turut berharap projek-projek yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus memacu lebih banyak pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan.

https://www.utusan.com.my/berita/2023/05/rumah-terbuka-malaysia-madani-eratkan-hubungan-kelantan-dengan-persekutuan/

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Terengganu

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Terengganu bertempatkan di Dewan Al-Muktafi Billah Shah, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Kuala Terengganu, Terengganu. Majlis ini berlangsung pada 13 Mei 2023, kira-kira lebih 15,000 pengunjung yang telah memeriahkan majlis tersebut. Seawal jam 6 petang lagi rakyat telah mula memenuhi sekitar pekarangan universiti. Ketibaan Perdana Menteri sekitar jam 8.45 malam membuatkan rakyat lebih teruja dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang turut disambut oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar. Antara juadah yang disajikan seperti nasi minyak, ayam masak merah dan gulai daging, ketupat, lemang, rendang ayam, satar, akok, pulut lepa, tapai dan keropok lekor yang disediakan untuk orang ramai.

https://www.kosmo.com.my/2023/05/13/15000-meriah-rumah-terbuka-malaysia-madani-terengganu/

Rumah Terbuka Malaysia Madani di Selangor

Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Sri Gombak, Selangor telah menjadi lokasi Rumah Terbuka Malaysia Madani di negeri Selangor. Majlis ini telah berlangsung pada 14 Mei 2023 dengan kehadiran pengunjung lebih 30,000 orang. Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan begitu gembira bertemu dengan ramai anak Selangor dan melihat semangat kasih sayang serta silaturahim terus utuh dan kuat bersemangatkan Aidilfitri Mubarak. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari juga turut hadir ke lokasi rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri itu. Di dalam ucapan Menteri Besar Selangor, ujar beliau ialah kerajaan negeri  berazam dan bertekad melaksanakan dasar-dasar serta pelaksanaan agar negeri ini menjadi negeri  ‘tahan uji’. Di mana negeri Selangor pernah berhadapan dengan ketidaktentuan politik pada 2020, pandemik Covid-19, masalah kegawatan ekonomi pada 2020 dan 2021, banjir besar yang melanda negeri Selangor. Namun begitu, Selangor tetap menjadi penyumbang KDNK terbesar bagi negara Malaysia walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran.

https://malaysiagazette.com/2023/05/14/mb-yakin-kesesakan-rumah-terbuka-madani-selangor-isyarat-sokongan-rakyat/

https://www.kosmo.com.my/2023/05/15/anwar-terharu-ramai-banjiri-rumah-terbuka-malaysia-madani/

Perspektif Terhadap Rumah Terbuka Malaysia Madani

Terdapat pelbagai pandangan daripada semua pihak terhadap anjuran Rumah Malaysia Madani yang diterajui oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pandangan yang kita dapat lihat adalah daripada pihak Kerajaan Perpaduan yang dibentuk oleh Perdana Menteri Malaysia sendiri yang terdiri daripada barisan Kabinet, Jabatan Perdana Menteri serta penjawat awam. Terdapat juga golongan rakyat yang memuji dan menyokong usaha anjuran majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani ini. Namun terdapat juga pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan majlis yang dianjurkan ini kerana beranggapan bahawa majlis rumah terbuka ini adalah satu pembaziran yang amat merugikan rakyat. Hal ini kerana, peruntukan bagi mengadakan majlis ini dapat digunakan bagi menyelesaikan isu dan masalah rakyat. Walaupun begitu, terdapat juga perspektif bagi sudut penganalisis politik di Malaysia yang melihat Rumah Terbuka Malaysia Madani dari konteks yang berbeza.

Kerajaan Perpaduan

Kehadiran pengunjung yang begitu memberangsangkan ke Rumah Terbuka Malaysia Madani dianggap satu bentuk sokongan rakyat kepada kerajaan menurut pandangan pihak kerajaan. Salah satu negeri yang mendapat kehadiran pengunjung yang begitu ramai adalah Negeri Selangor iaitu lebih 30,000 pengunjung telah menghadirkan diri ke Rumah Terbuka Madani di Taman Seri Gombak, Selangor. Menurut Menteri Besar Selangor ini merupakan isyarat sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kos perbelajaan yang digunakan bagi menjalankan Majlis Rumah Terbuka Malaysia Madani sebanyak RM6.3 juta sudah dibelanjakan bagi mengadakan rumah terbuka di tiga buah negeri itu. Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani Kedah mencatatkan jumlah kos tertinggi RM3.1 juta manakala Kelantan dan Terengganu masing-masing RM1.5 juta. Jumlah pengunjung bagi negeri Kedah mencatatkan seramai 25,000 orang manakala di Kelantan dan Terengganu seramai 15,000 orang rakyat di setiap negeri. Jumlah perbelanjaan ini merangkumi semua perkara seperti persiapan tempat, logistik dan perbelanjaan jamuan kepada orang ramai. Sebelum ini, ketika pentadbiran Keluarga Malaysia di bawah pimpinan Ismail Sabri Yaakob Majlis Sambutan Perayaan Aidilfitri yang dilakukan menelan kos RM11 juta, dengan kehadiran 70,000 orang. Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer menolak dakwaan penganjuran itu satu pembaziran namun ia medium pemimpin bertemu rakyat di peringkat akar umbi.

https://malaysiagazette.com/2023/05/14/mb-yakin-kesesakan-rumah-terbuka-madani-selangor-isyarat-sokongan-rakyat/

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/05/969699/belanja-rm63-juta-anjur-rumah-terbuka-aidilfitri-malaysia-madani-di-tiga

Pihak Pembangkang

Rumah Terbuka Malaysia Madani dianggap satu pembaziran menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bemban, Dr Mohd Yadzil Yaakub yang berpendapat bahawa majlis ini menunjukkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim terdesak untuk memulihkan persepsi imej beliau yang rosak sebelum ini lebih-lebih lagi Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin hampir. Bagi tiga buah negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan sahaja kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.3 juta. Sebaliknya jumlah peruntukan itu seharusnya digunakan bagi tujuan membantu secara tersasar rakyat yang memerlukan dan menyalurkan duit tersebut kepada mereka secara langsung.

https://www.sinarharian.com.my/article/255564/edisi/melaka-ns/rumah-terbuka-malaysia-madani-satu-pembaziran

Penganalisis Politik

Penganjuran Rumah Terbuka Malaysia Madani bukan penanda aras dalam mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Kerajaan Perpaduan menjelang pilihan raya negeri (PRN) nanti menurut penganalisis politik. Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, Profesor Sivamurugan Pandian berpendapat walaupun lebih 25,000 pengunjung hadir ke Rumah Terbuka Madani namun itu bukanlah satu penanda aras untuk menyatakan sokongan rakyat kepada Kerajaan Perpaduan.

https://premium.sinarharian.com.my/article/227158/fokus/semasa/rumah-terbuka-malaysia-madani-bukan-kayu-ukur-sokongan