Pergi ke kandungan

Rumah-Muzium M. Yu Lermontov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah-Muzium M. Yu Lermontov
Pemandangan luar Rumah-Muzium M. Yu Lermontov
Map
Maklumat am
Ditubuhkan1981
JenisMuzium Sastera
Maklumat geografi
Negara Rusia
Lokasi
jalan Malaya Molchanovka, 2
Maklumat pelawat
Laman sesawang
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Rumah-Muzium M. Yu Lermontov merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Moscow tempat tinggal penyair ternama Rusia Mikhail Lermontov.

Rumah itu dibina pada tahun 1814 oleh saudagar P. M. Chernov. Sejak tahun 1814 sampai tahun 1841 bangunan itu mempunyai beberapa tuan punya. Pada 1 Ogos 1828, Elizaveta Alekseevna Arseneva, nenek Mikhail Yuryevich Lermontov telah menyewa bangunan ini. Di sini, bakal penyair duduk sehingga pertengahan tahun 1832.

Sejak 19 Februari 1981, Rumah-Muzium M. Yu. Lermontov dirasmilan sebagai cawangan Muzium Sastera Negara. Pada tahun 2014, bersempena dengan dua abad kelahiran penyair maka Rumah-Muzium itu dipulihkan dan diubahsuai.[1].

Apabila bangunan itu dibina, ia adalah sebuah bangunan bertingkat satu dengan mezanin yang diperbuat daripada kayu dalam gaya Empayar. Selepas itu, sehingga tahun 1841 bilik depan, mezanin dan loteng direkabentuk semula. Walau bagaimanapun, bangunan itu sendiri tidak dibina semula[2].

Eksposisi

[sunting | sunting sumber]

Sejak tahun 1934 ada usaha untuk mengumpulkan barang pamen. Muzium ini membentangkan pameran khusus tentang kehidupan Mikhail Yurevich Lermontov di Moscow. Mengandungi potret, lukisan, coretan dan buku eksklusif yang ditandatangani oleh Lermontov. Terdapat potret diri Lermontov dan potret ibu bapa dan neneknya yang dilukisnya sendiri[3].

Kakitangan terkenal

[sunting | sunting sumber]

Pembinaan Rumah-Muzium M. Yu Lermontov dijayakan oleh pengubah suai B. Veselkov, A. Kazakov, P. Zharov, arkitek V. Egorov dan Alexander Mikhailovsky, pelukis E. Lavrova, Z.V. Grodskoy, E. M. Varentsova, E. V. Alehina, N.A. Marchenko, N. M. Rubashova, E.D. Mikhailova, A.A. Shiryaeva, S. A. Boyko.

  1. ^ Государственный литературный музей. Дом-музей М.Ю. Лермонтова. Путеводитель. Москва, 2008, с. 4 (Muzium Sastera Negara Rumah-Muzium M.Yu. Lermontov. Buku panduan. Moscow, 2008, p. 4
  2. ^ Виктор Сутормин. По обе стороны Арбата, или Три дома Маргариты. Москва, 2017 (Victor Sutormin. Di Kedua Tepi Arbat atau Tiga Rumah Margarita. Moscow, 2017)
  3. ^ Мелентьев Ю. “На Малой Молчановке, у Симеона: [О Доме- музее Л.]” – “Огонек”. 1981. No 30. С. 16 (Melentyev Yu. Di Malaya Molchanovka, pada Simeon [Tentang Rumah-Muzium] – “Ogonyok”, 1981, N 30, hlm. 16)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]