Pergi ke kandungan

Rubens Barrichello

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rubens Barrichello
Barrichello pada tahun 2022.
Kerjaya Kejuaraan Dunia Formula Satu
KewarganegaraanBrazil Brazil
Tahun aktif19932011
TeamsJordan, Stewart, Ferrari, Honda, Brawn, Williams
Entri326 (322 permulaan)
Kejuaraan0
Kemenangan11
Podium68
Mata kerjaya658
Petak pertama14
Pusingan terpantas17
Perlumbaan pertamaGrand Prix Afrika Selatan 1993
Kemenangan pertamaGrand Prix Jerman 2000
Kemenangan terakhirGrand Prix Itali 2009
Perlumbaan terakhirGrand Prix Brazil 2011
Kedudukan 2011Ke-17 (4 mata)

Rubens Gonçalves Barrichello (lahir 23 Mei 1972 di São Paulo) ialah seorang pemandu kereta lumba dari Brazil, yang paling dikenali untuk bersaing dalam Formula Satu antara tahun 1993 dan 2011.[1] Selepas gagal mengekalkan kerusi perlumbaannya di pasukan Williams F1, beliau bertanding dalam kejuaraan IndyCar bersama KV Racing Technology pada tahun 2012.[2] Selepas bersaing hanya setahun dan gagal mencari mana-mana pasukan untuk berlumba pada musim 2013, Barichello kembali ke Brazil untuk bertanding dalam kejuaraan Brazilian Stock Car V8 Series.

Kerjaya Formula Satu

[sunting | sunting sumber]

2010–2011: Williams

[sunting | sunting sumber]
Barrichello memandu untuk Williams di Grand Prix Malaysia 2010

Pada 2 November 2009, Williams mengesahkan bahawa Barrichello dan Nico Hülkenberg akan menjadi pemandu mereka bagi musim 2010.[3] Ini bermakna bahawa Barrichello akan menjadi pemandu pertama dalam sejarah Formula Satu untuk bersaing dalam lebih 300 Grand Prix.[4]

Pada perlumbaan pertama musim di Bahrain, Barrichello bermula di tempat kesebelas dan menamatkan perlumbaan di tempat kesepuluh. Di Australia, beliau mendapat tempat kelapan. Kereta Barrichello terhenti pada petak permulaan di Malaysia kerana klac kereta beliau terlampau panas, namun beliau kembali untuk menamatkan perlumbaan di tempat ke-12. Di China, beliau sekali lagi mendapat tempat ke-12. Di Sepanyol, beliau mendapat tempat kesembilan.

Pada 15 November 2010, Williams mengesahkan bahawa Barrichello akan terus memandu untuk mereka bagi musim 2011.[5] Rakan sepasukannya pada tahun 2011 ialah Pastor Maldonado.

Di Australia, beliau bersara disebabkan masalah kotak gear. Beliau bersara sekali lagi di Malaysia disebabkan oleh sistem hidraulik yang bocor. Beliau menamatkan perlumbaan di luar petak mata pada tiga perlumbaan seterusnya sebelum mendapat tempat kesembilan di Monaco dan Kanada. Beliau mendapat tempat ke-12 di Valencia dan tempat ke-13 di Britain, namun bersara di Jerman kerana kebocoran minyak. Selepas itu, beliau menamatkan setiap perlumbaan di luar petak mata, namun tidak bersara dari perlumbaan lagi.[6] Perlumbaan terakhirnya ialah di Grand Prix Brazil, selepas menamatkan perlumbaan di tempat ke-14, di hadapan bekas rakan sepasukan, Michael Schumacher.

Pada 17 Januari 2012, Williams mengesahkan bahawa Bruno Senna akan menggantikan Barrichello bagi musim 2012.[7]

  1. ^ Lewandowski, Dave (1 Mac 2012). "Barrichello 'ups the level of competition'". IndyCar Series. IndyCar. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 1 Mac 2012.
  2. ^ Freeman, Glenn (1 Mac 2012). "Rubens Barrichello commits to full IndyCar season with KV Racing". Autosport. Haymarket Media Group. Dicapai pada 1 Mac 2012.
  3. ^ "Barisan pemandu 2010". williamsf1.com. WilliamsF1. 2 November 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-05. Dicapai pada 2 November 2009.
  4. ^ Gorman, Edward (3 November 2009). "Rubens Barrichello akan memecahkan rekod setelah menandatangani kontrak bersama Williams". The Times. London. Dicapai pada 4 November 2009.
  5. ^ English, Steven (15 November 2010). "Williams mengekalkan Barrichello bagi musim". autosport.com. Haymarket Publications. Dicapai pada 15 November 2010.
  6. ^ "Formula 1 - Laman sesawang rasmi F1". Dicapai pada 16 Oktober 2011.
  7. ^ "Senna akan berlumba untuk Williams pada tahun 2012". Formula1.com. Kumpulan Formula Satu. 17 Januari 2012. Dicapai pada 17 Januari 2012.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]