Ruang Terbuka
Ruang Terbuka | |
---|---|
Persembahan | |
Dihoskan oleh | Adriana Adnan |
Format |
|
Bahasa | Melayu |
Kemaskini | Mingguan (Rabu) |
Panjang | 50 minit |
Penerbitan | |
Format video | |
Bil. episod | 8 |
Keluaran | |
Keluaran asal | 23 Mac 2024 | – kini
Penyedia | FYP Entertainment |
Laman web | Ruang Terbuka |
Ruang Terbuka ialah sebuah siniar yang dihoskan oleh Adriana Adnan. Episod pertamanya dikeluarkan pada 23 Mac 2024 dengan episod baharu disiarkan setiap Rabu di saluran YouTube beliau. Dalam setiap episod, Adriana menemubual tetamu undangan dengan pelbagai topik perbincangan dengan nuansa ceria dan ramah.[1][2]
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Ruang Terbuka pada mulanya diwujudkan selepas Adriana meninggalkan rancangan HLive di Astro Ria. Untuk siniar kendaliannya, beliau mahu membawa kelainan yang mana sesiapa sahaja boleh menjadi tetamu, tidak terhad kepada selebriti atau pempengaruh.[1][3][4]
Adriana berkata mengenai siniarnya:
"Saya mahu Ruang Terbuka menjadi tempat semua orang selesa untuk berkongsi cerita mereka, tidak kira siapa pun mereka. Kita hidup dalam dunia yang penuh dengan pelbagai pandangan dan cerita. Saya mahu ia menjadi satu ruang yang selamat untuk semua orang berkongsi apa yang mereka rasa dan alami. Semuanya saya buat sendiri supaya segala konsep dan hala tuju perbualan saya boleh kawal,".[1]
Adriana turut mengakui, mengendalikan siniar sendiri disifatkannya "lebih santai".[1] Ruang Terbuka menampilkan tetamu jemputan dalam setiap episod termasuk selebriti terkenal seperti Liyana Jasmay, Hawa Rizwana dan Ahirine Ahirudin.[1]
Keluaran dan siaran
[sunting | sunting sumber]Musim pertama Ruang Terbuka bersiaran sebanyak 8 episod sejak bersiaran pada 23 Mac 2024 di saluran YouTube Adriana Adnan dan Spotify.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d e Georgie Joseph (18 Jun 2024). "Lebih bebas mengacara". Harian Metro. Dicapai pada 29 Jun 2024.
- ^ Muhammad Haikal Ramli (15 Jun 2024). "Adriana Adnan seronok dapat lepas 'gian'". Kosmo!. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Irfan Muqris Kamaruddin (8 Jun 2024). "Adriana Adnan tak boleh tinggal dunia pengacaraan, 'podcast' Ruang Terbuka beri peluang semua golongan berkongsi pendapat & pengalaman". UtusanTV. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Siti Athirah Dzulkifly (13 Jun 2024). "Terlalu banyak podcast? Itu lebih baik – Adriana Adnan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 30 Jun 2024.
- ^ Alia (16 Jun 2024). "[VIDEO] Adriana Adnan Jadikan Podcast Ruang Terbuka 'Safe Space' Untuk Kongsi Cerita, Idam KJ Sebagai Tetamu Musim Kedua". Oh Bulan!. Dicapai pada 30 Jun 2024.