Roy W. Allen
Roy W. Allen | |
---|---|
Kelahiran | Illinois, A.S. | 30 September 1882
Meninggal dunia | 26 Mac 1968 | (umur 85)
Terkenal kerana | Pengasas A&W Restaurants, pemilik A&W Root Beer |
Pasangan | Luella Alice Allen |
Roy W. Allen (30 September 1882–26 Mac 1986) merupakan ahli perniagaan Amerika Syarikat yang terkenal sebagai pengasas dan pemberi nama untuk A&W Root Beer dan A&W Restaurants[1].
Allen dilahirkan di Illinois pada 1882 kepada bapa dan ibu (née Davis) Allen. Dari Illinois Allen berpindah ke barat menuju California, bekerja sebagai usahawan hotel[2], selama menjadi usahawan hotel Allen bertemu dengan[2] ahli kimia atau ahli famasi[3], ketika sedang menjalankan perniagaan di Arizona[4]. Ahli farmasi itu berbicara kepada Allen bahawa dirinya memiliki kombinasi campuran yang sempurna untuk rutbir. Allen kemudian membeli resepi tersebut. Beliau kemudian membuka kios untuk menjual minuman tersebut di Lodi, California pada Jun 1919 dengan harga 5 sen[2][3]. Gelas pertama dijual kepada tentera yang baru pulang dari Perang Dunia I[5]. Letika itu, larangan penjualan minuman beralkohol telah mendorong penjualan minuman ringan di seluruh Amerika Syarikat, dan Allen meraih kejayaan hasil penjualan rutbir[6]. Minuman tersebut menggunakan nama "A&W Root Beer" saat pegawai Allen di Stockton[7] yang bernama Frank Wright bekerja bersama pemilikan dengan Allen. Di tahun yang sama A&W membuka restoran dengan perkhidmatan pandu lalu pertama yang terletak di Sacramento[2]. Meskipun pemilikan Frank Wright dibeli setahun kemudian, francais ini tetap menggunakan nama yang sama. Pada tahun 1925, restoran A&W telah dibuka di California, Texas, dan Utah[6], Allen mula memperluaskan dan menjadikan francais restorannya, yang menjadi restoran francais pandu lalu pertama di Amerika Syarikat, dengan jumlah dibawah 200 lokasi di bahagian barat dan tengah Amerika Syarikat pada 1930[2][6]. Demi menjaga konsistensi produk dalam francaisnya, Allen menggunakan sistem dimana kepekatan rutbir yang rahsia dijual kepada setiap pemilik francais[6]. Pada 1941, terdapat kurang lebih 260 restoran di seluruh Amerika Syarikat[7], walaupun Perang Dunia II menyebabkan masalah terhadap perniagaan francis Allen kerana kekuragqn produk dan tenaga kerja, dengan beberapa francais telah diisytihar muflis. Tetapi, pasca perang, francais ini berkembang sangat pesat[7].
Allen bersara pada 1950, menjual perniagaan rutbitnya kepada Gene Hurtz, usahawan Nebraska[5][6]. Allen wafat pada tahun 1968[8][9]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ http://www.straitstimes.com/lifestyle/food/aw-returning-to-singapore-5-things-about-the-old-time-fast-food-chain
- ^ a b c d e Fast Food: Roadside Restaurants in the Automobile Age — John A. Jakle, Keith A. Sculle — Google Books. 1924-10-01. Dicapai pada 2013-08-25 – melalui Google Books.
- ^ a b "A&W Root Beer Facts — Yahoo! Voices". voices.yahoo.com. 2007-08-31. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-14. Dicapai pada 2013-08-25.
- ^ Sundae Best: A History of Soda Fountains — Anne Cooper Funderburg — Google Books. Dicapai pada 2013-08-25 – melalui Google Books.
- ^ a b "Chronology of A & W Root Beer (USA)". Kpolsson.com. Dicapai pada 2013-08-25.
- ^ a b c d e The American Highway: The History and Culture of Roads in the United States — William Kaszynski — Google Books. Dicapai pada 2013-08-25 – melalui Google Books.
- ^ a b c Encyclopedia of Junk Food and Fast Food — Andrew F. Smith — Google Books. Dicapai pada 2013-08-25 – melalui Google Books.
- ^ "A&W Timeline". Web.bryant.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-06-03. Dicapai pada 2013-08-25.
- ^ "Person Details for Roy W Allen, "California, Death Index, 1940-1997" —". Familysearch.org. Dicapai pada 2013-08-25.