Pergi ke kandungan

Roxy Ixzy

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Roxy Ixzy
Kelahiran
Roziena Ixzy

Kampung Bratan, Kuching, Sarawak
Kerjaya muzik
GenreR&B
Pekerjaanpenyanyi
Instrumenvokal
Tahun aktif2021-sekarang
Syarikat rakaman
XIBO Entertainment

Roxy Ixzy atau Roziena Ixzy ialah seorang penyanyi berbangsa Bidayuh - Melanau dari Kuching, Sarawak . Dia mula menjadi popular pada konsert pertamanya dalam pertandingan Bintang RTM yang menjadikannya sebagai Peserta Terbaik.[1]

Kehidupan awal

[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak sulung daripada lima bersaudara. Bapanya, Halix Kuyong merupakan penyanyi Bidayuh yang telah mengeluarkan tiga buah single.[2] Beliau juga pernah menyertai pertandingan nyanyian di sekolah, kampung dan semasa menuntut di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Dalam sebuah pertandingan festival seni UNIMAS 2019, beliau bersama rakan-rakan mempersembahkan lagu-lagu berbahasa Bidayuh dan memenangi pertandingan tersebut. Beliau tidak pernah mendapat sebarang pendidikan formal dalam muzik atau vokal. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dari UNIMAS.[3]

Single pertamanya, Setia dikeluarkan pada 2021 dalam bahasa Melayu dan kemudiannya diterjemahkan semula ke dalam bahasa Bidayuh.[4] Beliau telah pun telah menyertai XiBO Entertainment.[2] Beliau kemudiannya menyertai pertandingan Bintang RTM 2024, dan memenangi pusingan pertama. Daripada pertandingan itu, beliau memenangi hadiah wang tunai RM78,000 dan sebuah kereta Proton Iriz.[4][5]

  1. ^ Kentigern Minggu (15 Januari 2024). "Bintang RTM 2024: Sarawak's Roxy Ixzy sings way to Best Contestant title". The Borneo Post (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ a b Henrietta Liza (4 Mac 2024). "Juara Bintang RTM 2024, Roxy Ixzy buat single lagu dalam versi Bidayuh". Utusan Borneo.
  3. ^ Shuhaniza Said (28 November 2021). "Penangan GV, siswi suka-suka 'cover' lagu Asmara uni... ramai terpesona suara anak Sarawak mirip Jaclyn Victor, Dayang Nurfaizag, tak sabar nak rakam Setia". mStar.
  4. ^ a b Mustazah GP (27 Februari 2024). "Biodata Penyanyi Roxy Ixzy, Juara / Peserta Bintang RTM 2024". Illuminasi.
  5. ^ Affan Rostam (26 Februari 2024). "Roxy Ixzy mahu kekal identiti muzik". Berita Harian.