Roundhay Garden Scene
Roundhay Garden Scene | |
---|---|
Pengarah | Louis Aimé Augustin Le Prince |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Louis Aimé Augustin Le Prince |
Disunting oleh | Louis Aimé Augustin Le Prince |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 2.11 saat |
Negara | United Kingdom |
Bahasa | Filem senyap |
Roundhay Garden Scene merupakan sebuah filem pendek pada tahun 1888 yang diarahkan oleh pencipta filem bergerak, Louis Le Prince. Ianya telah dirakamkan melalui 12 bingkai per saat dan berdurasi selama 2.11 saat. Selain itu, filem ini merupakan filem yang tertua yang masih wujud sehingga kini, sebagaimana yang dinyatakan oleh Guinness Book of Records.[1]
Gambaran keseluruhan
[sunting | sunting sumber]Menurut anak Le Prince, Adolphe, babak ini difilemkan di Oakwood Grange iaitu rumah Joseph dan Sarah Whitley di Roundhay, Leeds, West Riding of Yorkshire, United Kingdom pada 14 Oktober 1888.[2]
Selain itu, filem ini juga menampilkan Adolphe Le Prince,[3] Sarah Whitley, Joseph Whitley dan Harriet Hartley di sebuah taman sambil berjalan di sekitarnya. Sarah juga didapati berjalan ke belakang dan kemudian berpusing manakala kot bajang Joseph terbang semasa beliau berpusing.[2]
Bahan visual hasil pendigitalan semula
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1930, National Science Museum (NSM), London telah menghasilkan salinan foto berdasarkan bahagian lebihan daripada filem jalur tahun 1888. Urutan babak telah dirakamkan pada filem foto asas kertas Eastman Kodak pada tahun 1885 melalui projektor kamera lensa gabungan tunggal oleh Le Prince. Anak kepada Le Prince iaitu Adolphe telah menyatakan bahawa filem Roundhay Garden telah dirakamkan sebanyak 12 kadar bingkai (dan filem kedua, Traffic Crossing Leeds Bridge melalui 20 bingkai). Walau bagaimanapun, versi kemudiannya iaitu pendigitalan semula filem Roundhay Garden telah diterbitkan oleh National Media Museum, Bradford yang mengandungi 52 bingkai dan hanya berdurasi selama 2.11 saat sepertimana filem tersebut yang terdiri daripada 24.64 bingkai, sebuah kadar bingkai bagi sinematografik moden. Salinan yang ada pada National Science Museum ialah sebanyak 20 bingkai; pada 12 bingkai, ia akan menghasilkan masa tayangan selama 1.66 saat.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Guinness Book of Records, semua edisi.
- ^ a b Internet Movie Database Roundhay Garden Scene
- ^ Penyenaraian IMDb Adolphe Le Prince
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Media berkenaan Roundhay Garden Scene di Wikimedia Commons
- Roundhay Garden Scene di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Roundhay Garden Scene tersedia untuk muat turun secara percuma di Internet Archive [lagi]
- Roundhay Garden Scene di Youtube
- Louis Le Prince Centre for Cinema, Photography and Television University of Leeds. (Universiti ini berdekatan dengan bekas tapak bengkel Le Prince).
- St John's of Roundhay. Butiran memorial mengenai Sarah (meninggal dunia pada 24 Oktober 1888) dan Joseph Whitley (meninggal dunia pada 12 Januari 1891) di Beechwood, Leeds. (peta)